Dang Anom | |
---|---|
Poster filem Filem Dang Anom. | |
Pengarah | Hussein Haniff |
Penulis | M. Amin Ali Aziz |
Lakon layar | Ali Aziz |
Cerita oleh | Ali Aziz |
Dibintangi | |
Disunting oleh | Cheng Liat Ng |
Muzik oleh | Zubir Said |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan | 1962 |
Negara | Singapura |
Bahasa | Melayu |
Dang Anom merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1962. Filem Dang Anom diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.[1]
Pengarah
Filem Dang Anom diarah oleh pengarah Hussein Haniff pada 1962.
Ringkasan
Filem ini mengisahkan mengenai Dang Anom anak kepada Sang Rajuna Tapa, yang ditunangkan kepada Panglima Malang. Bagaimanapun, Sultan telah jatuh hati kepadanya dan menjadikannya sebagai gundik. Panglima Malang telah mencuri masuk ke istana untuk berjumpa dengan Dang Anom tetapi telah ditangkap. Akibatnya kedua mereka dihukum bunuh. Sang Rajuna Tapa kemudiannya membuka pagar kota dan membiar tentera Majapahit masuk sebagai ikthiar menyelamatkan anaknya.
Pelakon
Pelakon utama
- Nordin Ahmad sebagai Panglima Malang
- Fatimah Ahmad sebagai Dang Anom
- Mahmud Jun sebagai Bija Sura
- M. Amin sebagai Sultan Iskandar
- Roseyatimah sebagai Kintan
- Mariam Rahim sebagai Permaisuri
Pelakon pembantu
- Ghazali Sumantri
- Ahmad Nisfu sebagai Sang Rajuna Tapa
- Siti Tanjung Perak
- Aini Jasmin
- Sariman Hamid
- Omar Hitam
- Pak Yem
- Rahmah Ali
- Rahman B
Pelakon tambahan
- Murni Sarawak sebagai Dayang Istana
Runut
- "Cita Tercapai" nyanyian Rahman B & Rosiah Chik
- "Saat Demi Saat" nyanyian Rosiah Chik
- "Paduan Budi" nyanyian Rosiah Chik