Kongsi | |
---|---|
Pengarah | Farid Kamil |
Penulis |
|
Lakon layar | Farid Kamil |
Dihasilkan oleh | David Teo |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | MIG Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.82 juta[1] |
Pecah panggung | RM 8.09 juta[1] |
Kongsi merupakan sebuah filem komedi aksi Malaysia 2011 arahan Farid Kamil dan ditulis bersama oleh Farid dan adiknya Fadzil Zahari terbitan Metrowealth Pictures. Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam, Fizo Omar dan Yana Samsudin, ia menceritakan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak, yang datang ke Malaysia untuk mengucar-ngacirkan kumpulan kongsi gelap yang ada di Malaysia dan hubungan Tumulak dengan ASP Shariff. Filem ini ditayangkan pada 12 Mei 2011 dan telah mencipta rekod dengan mencatat kutipan RM 1.1 juta dalam masa 1 hari tayangan.[2]
Sinopsis
Seorang pembunuh upahan bernama Tumulak dihantar oleh majikannya yang benama Kimpedu, untuk mengucar-ngacirkan kongsi gelap yang ada di Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur. Ketika itu, Kuala Lumpur dikuasai oleh tiga kumpulan kongsi gelap, masing-masing diketuai oleh Pak Maliki (ketua kongsi gelap Melayu), Jimmy (ketua kongsi gelap Cina) dan Victor (ketua kongsi gelap India). Antara kekacauan yang ditimbulkan oleh Tumulak termasuklah membunuh orang bawahan Pak Maliki serta anak Victor. Hal ini telah menarik perhatian ASP Shariff untuk menyiasat kejadian yang berlaku.
Pelakon
- Shaheizy Sam sebagai Tumulak
- Fizo Omar sebagai ASP Shariff
- Yana Samsudin sebagai Inspektor Olla
- Azad Jasmin sebagai Mikail
- Bront Palarae sebagai Kempedu
- Piee sebagai Pak Maliki
- K. Veerasingam sebagai Victor
- Chew Kin Wah sebagai Jimmy
- Alex Yanz sebagai Robert
- Azlan Komeng sebagai Rahim
- Putri Mardiana sebagai Inspektor Yati
- Shah Rempit sebagai Radhi
- Farid Kamil sebagai Ketua Polis
- Sasqia Dahuri sebagai Sara isteri Mikail
- Rafidah Ibrahim sebagai isteri ASP Shariff
- Zulkifli Alias sebagai Man Jawa
- Fadzil Zahari sebagai Peragut
- Nizar Jefri sebagai Boboy
Ulasan
Lakonan
Kekuatan filem Kongsi ini bertunjangkan pelakon utamanya (Shaheizy Sam) yang berjaya melakukan tugas yang baik sebagai pembunuh upahan yang kelam-kabut[3]. Shaheizy Sam berjaya mewarnakan lakonannya dengan baik dan harus dipuji.[4] Keharmonian hidup di Malaysia turut dipaparkan, walaupun dari segi kehidupan kongsi gelap berjaya menarik perhatian penonton dan turut menyelitkan unsur-unsur nilai moral kepada mereka yang menonton.
Kutipan
Setelah dibuka di 87 pawagam di seluruh Malaysia,[1] filem Kongsi telah mencipta sejarah dengan berjaya mencapai kutipan RM 1.08 juta dalam masa satu hari.[5] Dalam seminggu pertama sahaja, filem ini berjaya mengaut kutipan hampir RM7 juta,[6] Setakat 15 Jun 2011, kira-kira sebulan selepas mula ditayangkan, filem Kongsi mengaut sebanyak RM 8.09 juta.[1]
Teknikal
Ulasan akhbar juga mendapati masalah teknikal yang dapat dikesan apabila ada beberapa syot yang kelihatan agak kabur hingga mencacatkan sedikit pemandangan filem ini. Hal ini turut diakui oleh pengarahnya, Farid Kamil, dan menyatakan ada beberapa babak yang disengajakan untuk syot tersebut. Apa-apa pun, rata-rata pengkritik filem memberi pujian kepada beliau atas usaha menghasilkan filem ini yang terbukti menyeronokan dan bakal menarik ramai peminat lebih-lebih lagi penggemar filem-filem aksi.[7]
Anugerah dan pencalonan
- Anugerah Skrin 2011:
- Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Shaheizy Sam (Pencalonan)
- Festival Filem Malaysia ke-24
- Pelakon Lelaki Terbaik - Shaheizy Sam
- Filem Pilihan Astro First
- Lakon Layar Terbaik - Farid Kamil (Pencalonan)
- Penyuntingan Terbaik - Brian Ng (Pencalonan)
- Pereka Kostum/Busana Terbaik - Didie Diana (Pencalonan)
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b c d TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas. Dicapai pada 21 Jun 2011
- ^ http://www.rindok.com/blog/kutipan-filem-kongsi-1-1-juta-dalam-1-hari/
- ^ http://www.kakiwayang.com/2011/review-filem-kongsi-2011-bukan-tak-nak-support-filem-malaysia-tapi.html
- ^ http://beautifulnara.com/review-filem-kongsi-lu-langsi-lu-mati/
- ^ Kongsi raih RM1.08 juta hari pertama Diarkibkan 2011-07-06 di Wayback Machine, Berita Harian, 14 Mei 2011. Dicapai pada 12 Jun
- ^ Rahsia Kejayaan Kongsi, Harian Metro. Dicapai pada 21 Jun 2011.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-15. Dicapai pada 2011-05-21.