Pontianak vs Orang Minyak | |
---|---|
Pengarah | Afdlin Shauki |
Penulis | Afdlin Shauki |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Helmi Yusof |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | Pacai |
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 103 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.8 juta |
Pecah panggung | RM 1.71 juta |
Pontianak vs Orang Minyak (juga dikenali sebagai Ponti vs Omi) merupakan sebuah filem seram komedi fantasi Malaysia 2012 arahan Afdlin Shauki.[1] Ia mengisahkan mengenai perjalanan dua pemuda yang terjebak dalam dunia halus setelah masing-masing kecewa dengan haluan hidup mereka.[2] Filem ini dibintangi oleh Nabil Ahmad dan Johan Raja Lawak sebagai watak tajuk dan ditayangkan di pawagam pada 22 November 2012.[3]
Sinopsis
Mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita.
Omi pula ialah orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau. Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka.
Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu.
Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur.
Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka, Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.
Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak. Apa akan jadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka? Yang lebih penting, apa akan jadi kepada Ponti dan Omi? Adakah mereka berdua akan menjadi hantu yang sejati?
Pelakon
Pelakon utama
- Nabil Ahmad sebagai Ponti/Sirun:Lelaki mati tikam diri sendiri semasa berada di sebuah warung
- Johan Raja Lawak sebagai Omi/Ketiak, Lelaki lembut telah dikecewakan dalam percintaan
- Sharifah Shahirah sebagai Ratu Syaira, Ketua Pontianak
- Sharifah Amani sebagai Maria, Rakan kepada Ponti/Sirun & Mentor
Pelakon pembantu
- Afdlin Shauki sebagai Pak Rejab, Ketua Kampung Puaka (suara latar untuk setiap babak)
- Harun Salim Bachik sebagai Lembaga Hitam, Ketua Orang Minyak
- Lana Nordin sebagai Ruminah, Isteri kepada Sudiro yang kemudian menjadi pontianak
- Khir Rahman sebagai Sudiro, Pembantu Pak Rejab yang menyimpan perasaan jahat kepada Pak Rejab dan penduduk kampung kemudian menjadi orang minyak
- Adibah Noor sebagai Saodah, Ibu tunggal Melor dan Kasturi
- Isma Hanum sebagai Bunga Cinta Melor, Anak sulung kepada Saodah & Kakak kepada Kasturi yang mahir guna memanah
- Nur Atirah Rahani sebagai Bunga Cinta Kasturi, Adik kepada Melor & Anak kedua kepada Saodah yang pandai menyanyi
- Fizz Fairuz sebagai Hentak, Pemburu Hantu yang mahir memukul
- Tepet Raja Lawak sebagai Pakok, Pemburu Hantu yang memakok kepala pontianak
- Man Raja Lawak sebagai Penasihat OMI
- Mia Sara Shauki sebagai Budak Kampung
- Rahim R2 sebagai Emcee Kampung
- Dira Abu Zahar sebagai Penasihat Pontianak 1
- Ozlynn Waty sebagai Penasihat Pontianak 2
- Yasmin Hani sebagai Pelanggan Kedai Kain
- Ayu Shuhara Sulaiman sebagai Kawan Melur
- Mak Jah sebagai Mak Jah
- Henzi Andalas sebagai Kawan Ketiak
Penampilan khas
- Fara Fauzana sebagai Pengusaha Warung
- Vanida Imran sebagai Gadis Kampung 1
- Adrea Abdullah sebagai Gadis Kampung 2
- Dr. Azizan Osman sebagai Pakar Motivasi Orang Minyak
- Noh Hujan sebagai dirinya sendiri
Penerbitan
Pontianak vs Orang Minyak merupakan filem ke-12 arahan Afdlin Shauki yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip dan penerbit eksekutif. Ia juga merupakan filem seram komedi sulung arahannya. Untuk filem ini, Afdlin memilih dua jenis hantu yang paling popular di kalangan masyarakat melayu sebagai subjek utama.[3]
Penggambaran dijalankan selama 32 hari di Hulu Langat dan juga Gua Damai di Batu Caves, Selangor. Satu set latar khas yang dibina di Kemensah sebagai sebuah perkampungan juga digunakan bagi mencantikkan suasana. Afdlin turut menggunakan solekan bagi memperlihatkan wajah semula jadi Pontianak dan orang minyak.[3]
Lateks yang ditempah khas dari luar negara diperuntukkan selama 2 jam untuk hasil solekan yang memuaskan bagi setiap Pontianak manakala setiap orang minyak telah dicat dan disemburkan dengan cecair yang juga ditempah khas bagi menjamin keselesaan kulit para pelakon terlibat.[3]
Keluaran dan sambutan
Pontianak vs Orang Minyak dikeluarkan di pawagam pada 22 November 2012.[3]
Feride Hikmet Atak, menulis untuk mStar Online berkata filem ini memiliki unsur-unsur komedi ringan dan berbeza, sambil menyifatkan plotnya agak perlahan sedikit dan lawak Nabil dan Johan menghiburkan.[4] Peter Chai dari Cinema Online mengulas filem ini "hanya cebisan yang mengecewakan dari seorang pelawak yang hebat dan membazir wang untuk membeli tiket".[5]
Rujukan
- ^ Esme Johari Wahab (20 November 2012). "Pontianak vs Orang Minyak". Rentak Artis Popular (RAP). Harian Metro. m/s. 12–13.
- ^ Budiey (20 November 2012). "Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 12 November 2013.
- ^ a b c d e Budiey (22 November 2012). "Filem PONTIANAK VS ORANG MINYAK Yang Giler Komedi". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 12 November 2013.
- ^ Feride Hikmet Atak (4 Disember 2012). "Pontianak Vs orang Minyak: Lawak Nabil dan Johan Menghiburkan". mStar Online. Dicapai pada 12 November 2013.
- ^ Peter Chai (5 Disember 2012). "Movie Review: Pontianak Vs Orang Minyak" (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 12 November 2013.