Jenis/bentuk sah | |
---|---|
Industri | Radio |
Pendahulu |
|
Ditubuhkan | 3 Oktober 2005 |
Ibu pejabat | Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting | Muhammad Nazri Noran Ketua pegawai eksekutif |
Keluaran |
|
Jenama | |
Syarikat induk | Media Prima Berhad |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Media Prima Audio (dahulu dikenali sebagai Rangkaian Radio Media Prima dan kemudian Ripple) ialah syarikat rangkaian radio Malaysia yang dimiliki oleh konglomerat media dan hiburan Malaysia, Media Prima Berhad.
Profil syarikat
Rangkaian Radio Media Prima mengendalikan lima stesen radio komersial – Eight FM (dahulu One FM dan 8FM), Kool 101 (dahulu Kool FM dan Buletin FM), Fly FM, Hot FM, Molek FM dan platform siniar – Audio+ (dahulu dikenali sebagai Ais Kacang). Tidak seperti Astro Radio dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang memiliki stesen radio berbahasa Tamil, Media Prima tidak mempunyai stesen radio bahasa Tamil.
Rangkaian Radio Media Prima dijenamakan semula sebagai Ripple pada Oktober 2018 yang menggabungkan media digital, penyiaran dan perdagangan. Ripple berhubung dengan penonton melalui muzik, hiburan dan gaya hidup, melalui pendekatan massa dan hubungan khusus, selain memanfaatkan jurang dalam khalayak penyiaran yang ada dengan pelancaran tujuh aset digital baru - Dhia, Donna, Lunaria, The Laki, Likely, Chapters dan Wakeke.[1][2][3]
Pada 2 Ogos 2021, Ripple bertukar nama kepada Media Prima Audio bersempena penjenamaan semulanya untuk tampil kompetitif serta hala tuju lebih strategi, dengan menjadikan industri penyiaran radio kembali meriah selain pemerkasaan kandungan agar lebih terkini dan mantap.[4][5]
Senarai stesen
Nama | Pengendali | Bahasa | Catatan |
---|---|---|---|
Fly FM | Max-Airplay Sdn Bhd | Inggeris | Dilancarkan pada 3 Oktober 2005 |
Hot FM | Synchrosound Studios Sdn Bhd | Melayu | Dilancarkan pada 6 Februari 2006 |
Eight FM | One FM Radio Sdn Bhd | Cina (Mandarin dan Kantonis) | Dilancarkan pada 19 Januari 2009 (sebagai One FM) 2 Ogos 2021 (sebagai 8FM) 1 Ogos 2023 (sebagai Eight FM) |
Kool 101 | Kool FM Radio Sdn Bhd | Melayu | Dilancarkan pada 3 Mac 2016 (sebagai Kool FM) 2 Ogos 2021 (sebagai Buletin FM) 3 Julai 2023 (sebagai Kool 101) |
Molek FM | Dilancarkan pada 9 Januari 2022 |
Lihat juga
- Senarai stesen radio di Malaysia
- Astro Radio – pesaing utama Media Prima Audio
- Star Media Radio Group – pesaing utama Media Prima Audio
Rujukan
- ^ Dennis Chua (17 Oktober 2018). "Seven new platforms join Media Prima radio stations in Ripple" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
- ^ Nabil Basaruddin (18 Oktober 2018). "Radio wajah baru". Harian Metro. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (17 Oktober 2018). "Ripple nama baru MPRN". Harian Metro. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
- ^ "#Showbiz: Ripple is now Media Prima Audio" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 2 Ogos 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
- ^ Georgie Joseph (2 Ogos 2021). "RIPPLE kini dikenali Media Prima Audio". Harian Metro. Dicapai pada 9 Ogos 2021.