Keruing merkah | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Order: | Malvales |
Keluarga: | Dipterocarpaceae |
Genus: | Dipterocarpus |
Spesies: | D. acutangulus
|
Nama binomial | |
Dipterocarpus acutangulus |
Keruing merkah;[3] dengan nama saintifik Dipterocarpus acutangulus ialah spesies pokok dalam keluarga Dipterocarpaceae (keruing-keruingan). Nama spesiesnya acutangulus terbit daripada Latin (angulus = sudut, acutus = tirus) dan merujuk pada tetulang tabung salut buahnya. Ia tempatan dari semenanjung Thailand dan Malaysia dan juga Borneo. Ia pokok timbul yang lebih 60 m tinggi. Pokoknya ditemukan di hutan dipterokarpa campuran, dijumpai di tanah berpasir dan berpasir liat di tepi bukit dan rabung pedalaman, lebih daripada 1000 m ketinggian. Ia ditemukan sekurang-kurangnya di dua kawasan terlindung (Hutan Simpan Kabili-Sepilok).
Ia turut dipanggil keruing beludu (di Sarawak) dan keruing merah dalam bahasa Melayu.[3]
Rujukan
- ^ Luu, H.T.; Newman, M.F.; Ly, V.; Pooma, R.; Nanthavong, K.; Khou, E. (2017). "Dipterocarpus acutangulus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T36274A2864976. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-3.RLTS.T36274A2864976.en. Dicapai pada 20 November 2021.
- ^ Ashton, P. S. (September 2004). "Dipterocarpus acutangulus Vesque". Dalam Soepadmo, E.; Saw, L. G.; Chung, R. C. K. (penyunting). Tree Flora of Sabah and Sarawak. (free online from the publisher, lesser resolution scan PDF versions). 5. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. m/s. 92–93. ISBN 983-2181-59-3. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 September 2013. Dicapai pada 22 November 2007.
- ^ a b Dipterocarpus acutangulus. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/2613. [Didapat kembali 08 Julai 2023].