Dipterocarpaceae Keruing-keruingan Julat zaman:
| |
---|---|
Dipterocarpus retusus | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Order: | Malvales |
Keluarga: | Dipterocarpaceae Blume (1825)[1] |
Genera | |
|
Dipterocarpaceae (turut disebut keruing-keruingan atau meranti-merantian)[2][3] ialah keluarga dengan 16 genus dan sekitar 580-680 spesies[4] yang kebanyakannya adalah pokok hutan hujan tanah rendah tropika. Nama keluarganya, daripada genus jenis Dipterocarpus, diambil daripada Yunani (di = dua, pteron = sayap dan carpus = buah) dan merujuk pada buahnya yang bersayap dua. Genus-genus terbesarnya termasuklah Shorea (360 spesies), Hopea (105 spesies), Dipterocarpus (70 spesies) dan Vatica (60 spesies).[5]
Kebanyakan daripada spesies dalam keluarga Dipterocarpaceae besar dan tingginya biasa mencapai tinggi 40-70 m; beberapa sampai lebih 80 m (dalam genus Dryobalanops,[5] Hopea[6] dan Shorea), dengan spesimen hidup tertinggi (Shorea faguetiana) 93.0 m tinggi.[6] Spesies-spesies dalam keluarga ini amat penting dalam perdagangan balak. Taburannya adalah di seluruh kawasan tropika, dari utara Amerika Selatan ke Afrika, Seychelles, India, Indochina, Indonesia, Malaysia dan Filipina.[7][8] Kerencaman terbesar Dipterocarpaceae ditemui di Borneo.[9] Kini, sebilangan spesies itu terancam kesan penebangan yang berlebihan, pembalakan haram yang meluas dan kemusnahan habitat. Ia membekalkan kayu yang bernilai, minyak pati yang harum, balsam dan resin, dan menjadi sumber bagi papan lapis.
Pengelasan
Keluarga dipterokarpa ini secara amnya dibahagikan kepada dua subkeluarga:
Kladogram: Filogeni Dipterocarpaceae[10] | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
- Dipterocarpoideae: mengandungi 13 genus dan sekitar 470 spesies, ia merupakan subfamili yang terbesar. Taburannya termasuklah Seychelles, Sri Lanka, India, Asia Tenggara sehingga New Guinea, dan bertaburan besar di Borneo, di mana ia merupakan spesies yang utama di hutan tanah rendah. Dipterocarpoideae boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:[9][11]
- Kumpulan Valvat - Dipterocarpeae (Anisoptera, Cotylelobium, Dipterocarpus, Stemonoporus, Upuna, Vateria, Vateriopsis, Vatica). Genus-genus untuk kumpulan ini mempunyai kelopak bervalvat di dalam buah, saluran tunggal, salur resin berselerak dan bilangan kromosom asas x = 11.
- Kumpulan Imbrikat-Shoreae (Balanocarpus, Hopea, Parashorea, Shorea). Genus-genus untuk kumpulan ini mempunyai kelopak berimbrikat di dalam buahnya, saluran berkelompok, salur resin dalam pita menyeleweng dan bilangan kromosom asas x = 7. Kajian molekul terkini mencadangkan bahawa genus Hopea membentuk klad bersama Shorea ceraian Anthoshorea dan Doona, dan harus digabungkan dengan Shorea.[12]
- Monotoideae: tiga genus, 30 spesies. Marquesia berasal dari Afrika. Monotes mempunyai 26 spesies, yang tersebar menyeberangi Afrika dan Madagascar. Pseudomonotes pula berasal dari Amazon Colombia.
Kajian genetik terbaru mendapati bahawa dipterokarpa Asia mempunyai leluhur yang sama dengan Sarcolaenaceae, sebuah famili pokok yang banyak didapati di Madagascar.[13] Ini menunjukkan bahawa leluhur dipterokarpa berasal dari selatan superbenua Gondwana, dan leluhur yang sama untuk kedua-dua dipterokarpa Asia dan Sarcolaenaceae telah didapati di daratan India-Madagascar-Seychelles berjuta-juta tahun dahulu, dan dibawa ke utara oleh India, dan kemudian berlanggar dengan Asia dan membenarkan dipterokarpa tersebar menyeberangi Asia Tenggara dan Malesia.
Subfamili Pakaraimoideae yang dahulunya ditempatkan di sini dan tempatan dari tanah tinggi Guyana di Amerika Selatan, kini ditemukan lebih berkait rapat dengan Cistaceae dan ditempatkan di situ dalam APG IV (2016).[14]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Angiosperm Phylogeny Group (2009). "An update of the Angiosperm Phylogeny Group classification for the orders and families of flowering plants: APG III". Botanical Journal of the Linnean Society. 161 (2): 105–121. doi:10.1111/j.1095-8339.2009.00996.x.
- ^ Huili; Yancong (30 Mei 2018). Jejak-jejak Hidup Tang Sanzang Menurut Penuturan Muridnya (dalam bahasa Indonesia). Diterjemahkan oleh Tony Mustika. Cermin Hening. m/s. 585. Dicapai pada 25 Januari 2022.
- ^ Sarah R. Megumi (18 Julai 2017). "Suku Meranti-Merantian, Buahnya Seperti Baling-Baling". Greeners.co (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 25 Januari 2022.
- ^ Christenhusz, M. J. M. & Byng, J. W. (2016). "The number of known plants species in the world and its annual increase". Phytotaxa. 261 (3): 201–217. doi:10.11646/phytotaxa.261.3.1.
- ^ a b Ashton, P.S. Dipterocarpaceae. In Tree Flora of Sabah and Sarawak, Volume 5, 2004. Soepadmo, E., Saw, L. G. and Chung, R. C. K. eds. Government of Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia. ISBN 983-2181-59-3
- ^ a b "Borneo". Eastern Native Tree Society. Dicapai pada 2009-04-17.
- ^ Simon Gardner, Pindar Sidisunthorn and Lai Ee May, 2011. Heritage Trees of Penang. Penang: Areca Books. ISBN 978-967-57190-6-6
- ^ Pang Sean E H, De Alban Jose Don T, & Webb Edward L. (2021). Effects of climate change and land cover on the distributions of a critical botanical family in the Philippines. Scientific Reports, 11(1), 276–276. [./Https://doi.org/10.1038/s41598-020-79491-9
- ^ a b Ashton, P.S. Dipterocarpaceae. Flora Malesiana, 1982 Series I, 92: 237-552
- ^ Sass dll. 2016.
- ^ Maury-Lechon, G. and Curtet, L. Biogeography and Evolutionary Systematics of Dipterocarpaceae. In A Review of Dipterocarps: Taxonomy, ecology and silviculture, 1998. Appanah, S. and Turnbull, J. M. eds. Center for International Forestry Research, Bogor, Indonesia. ISBN 979-8764-20-X
- ^ S Dayanandan; P S Ashton; S M Williams; R B Primack (1999). "Phylogeny of the tropical tree family Dipterocarpaceae based on nucleotide sequences of the chloroplast RBCL gene". American Journal of Botany. 86 (8): 1182–90. doi:10.2307/2656982. JSTOR 2656982. PMID 10449398.
- ^ M. Ducousso, G. Béna, C. Bourgeois, B. Buyck, G. Eyssartier, M. Vincelette, R. Rabevohitra, L. Randrihasipara, B. Dreyfus, Y. Prin. The last common ancestor of Sarcolaenaceae and Asian dipterocarp trees was ectomycorrhizal before the India-Madagascar separation, about 88 million years ago. Molecular Ecology 13: 231 Januari 2004.
- ^ Angiosperm Phylogeny Group (2016), "An update of the Angiosperm Phylogeny Group classification for the orders and families of flowering plants: APG IV", Botanical Journal of the Linnean Society, 161 (2): 105–20, doi:10.1111/boj.12385
- Ashton, P.S. Dipterocarpaceae. Flora Malesiana, 1982 Siri I, 92: 237-552.
- Maury-Lechon, G. and Curtet, L. Biogeografi dan Sistematik Evolusi Dipterocarpaceae. Dalam Tinjauan Semula Dipterokarp: Taksonomi, ekologi dan silvikultur (Biogeography and Evolutionary Systematics of Dipterocarpaceae. In A Review of Dipterocarps: Taxonomy, ecology and silviculture), 1998. Appanah, S. dan Turnbull, edisi J.M., Center for International Forestry Research, Bogor, Indonesia. ISBN 979-8764-20-X.
- Dayanandan, S. Ashton, P.S. Williams, S.M. Primack, R.B. 1999. Filogeni famili pokok tropika, Dipterocarpaceae, berdasarkan jujukan nukleotid untuk kloroplas gen RBCL (Phylogeny of the tropical tree family Dipterocarpaceae based on nucleotide sequences of the chloroplast RBCL gene). American Journal of Botany. 86(8): 1182.
- M. Ducousso, G. Béna, C. Bourgeois, B. Buyck, G. Eyssartier, M. Vincelette, R. Rabevohitra, L. Randrihasipara, B. Dreyfus, Y. Prin. Leluhur sama yang terakhir untuk pokok-pokok Sarcolaenaceae dan dipterokarp Asia ialah Ectomycorrhizal sebelum pemisahan India dan Madagascar, kira-kira 88 juta tahun dahulu. Molecular Ecology 13:23 1 Januari 2004.