Dimana Kan Ku Cari Ganti ialah album studio kedua oleh penyanyi Malaysia, Liza Hanim, dikeluarkan pada 23 Mac 1998, oleh Suria Records. Dalam pengeluaran album, Liza telah menggunakan khidmat Adnan Abu Hassan sebagai penerbit. Album ini dirakamkan khas untuk menghargai Seniman Negara, Tan Sri P. Ramlee dan Biduanita Negara Puan Sri Saloma.
Ironi setelah 10 tahun album ini dirakam, pada tahun 2008 Liza diberi peluang untuk melakonkan watak biduanita negara tersebut dalam Muzikal P. Ramlee di Istana Budaya. Persembahan teater muzikal itu mendapat sambutan dan disambungkan ke musim kedua. Liza juga diberi jolokan sebagai Saloma Jelmaan. Menerusi watak Saloma, Liza mendapat pencalonan Aktres Terbaik (Watak Utama) di Anugerah Seni Boh Cameronian pada tahun 2009.
"Hening Pagi Raya" • "Tibanya Syawal Bahagia" • "Aidilfitri di Alaf Baru" bersama Siti, Noraniza & Anis Suraya • "Ku Pohon Doa di Hari Raya" • "Zapin Aidilfitri"