Epilog | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 25 Ogos 1997 | |||
Dirakamkan pada | Januari - Julai 1997 | |||
Studio | PRO Recording Studio | |||
Genre | Pop Akustik | |||
Panjang | 50:51 | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | Suria Records | |||
Penerbit |
| |||
Kronologi Liza Hanim | ||||
| ||||
Single daripada Epilog | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Epilog ialah album studio sulung oleh penyanyi Malaysia, Liza Hanim. Ia dikeluarkan pada 25 Ogos 1997, oleh Suria Records. Kolabrasi penerbit yang ditampilkan termasuk Adnan Abu Hassan, Azmeer dan LY.
Lagu Getaran Cinta Di Jiwa yang merupakan single pertama album ini pernah mencipta rekod sebagai lagu paling lama berada di dalam carta Muzik Muzik TV3 iaitu 56 minggu. Lagu ini juga melonjakkan nama Liza Hanim di persada seni sekaligus mara ke Juara Lagu 1998 bagi kategori Balada. Lagu-lagu lain yang popular adalah Siapa Sangka Siapa Menduga yang sering diputarkan di Radio Ria Singapura, Cintailah Aku Sepenuh Jiwa juga sering dimainkan di Radio RFM ketika itu dan Dunia Cinta di Radio Muzik.
Lagu Menanti Kehadiran merupakan percubaan 2By2 setelah kejayaan mereka bersama Siti Nurhaliza menerusi lagu Mawarku, Tiga Malam & Gubahanku. Manakala lagu Jeritan Batinku merupakan cubaan Liza Hanim menyanyikan semula lagu nyanyian P. Ramlee dan hasilnya, album kedua Liza Hanim yang juga album tribute kepada P. Ramlee & Saloma, Di Mana 'Kan Ku Cari Ganti dipasarkan pada tahun 1998. Kesimpulannya, album Epilog adalah album terbaik yang pernah dirakamkan oleh Liza Hanim.
Keluaran dan sambutan
Album ini dikeluarkan dalam bentuk fizikal (CD, kaset) pada 28 Ogos 1997. Album ini mendapat maklum balas positif daripada pengkritik muzik tanah air. Album ini dilancarkan sembilan belas hari selepas Krisis Kewangan Asia 1997.
Epilog telah terjual melebihi 100, 000 unit dan telah diulang cetak berbanyak kali kerana mendapat sambutan yang menggalakan daripada peminat. Suria Records juga telah mengeluarkan pelbagai versi alternatif album ini dengan kulit depan album berbeza mengikut peredaran masa. Album ini dikeluarkan dalam bentuk digital (muat turun digital) pada Januari 2013.
Bagi mempromosikan album ini, lagu Getaran Cinta Dijiwa, Siapa Sangka Siapa Menduga, Dunia Cinta, Cintailah Aku Sepenuh Jiwa dan Nilai Cintamu telah dikeluarkan sebagai single. Lagu Cintailah Aku Sepenuh Jiwa telah dipersembahkan oleh Liza Hanim semasa beliau membuat persembahan rancangan Temasya Aidilfitri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1998 sempena Hari Raya Aidilfitri.
Album ini memiliki dua versi di mana versi kedua ialah keluaran pasaran Indonesia yang diberi judul Nilai Cinta. Suria Records telah bekerjasama dengan syarikat rakaman Indonesia, PT Suara Sentral Sejati untuk memasarkan album Nilai Cinta ke negara Indonesia pada June 1998. Album Nilai Cinta edaran pasaran Indonesia turut memiliki 10 senarai runut, namun lagu "Getaran Cinta Dijiwa" tidak di muat naik dalam versi tersebut tetapi digantikan dengan lagu "Nilai Cintamu" versi Indonesia. Nilai Cinta telah terjual sebanyak 10, 000 unit di Indonesia dalam masa lima bulan direkodkan.
Selepas album pertamanya, Liza Hanim terus bekerjasama dengan Adnan Abu Hassan untuk merakamkan empat lagi album iaitu Di Mana Kan Ku Cari Ganti (1998), Puteri Jelmaan (1999), Istimewa (2000) dan Isyarat Jiwa (2001)
Penarafan profesional
Penarafan profesional | |
---|---|
Markah ulasan | |
Sumber | Taraf |
Discogs | [1] |
Prestasi komersial
Pada 13 Jun 2000, The Malay Mail melaporkan bahawa Epilog telah menjual lebih 80,000 salinan pada empat bulan pertamanya di Malaysia.[2] Epilog secara rasmi memulakan kerjaya di bahagian atas carta RIM, dengan lebih 100,000 salinan terjual, menjadi album nombor satu pertama Liza sebagai artis solo. Ini menjadikan Liza antara artis wanita yang mempunyai debut album pertama mereka di atas carta sejak Januari 1997.[3] Sehingga Mac 1998, album itu telah terjual sebanyak 80,000 salinan di Malaysia dan telah disahkan platinum berganda oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).
Pada tahun Januari 1999, Epilog telah disenaraikan sebagai antara album paling popular pada tahun 1998 oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).[4] Ia kemudiannya menjadi antara album paling popular pada carta itu pada tahun yang sama.
Senarai runut
No. | Tajuk | Penulis | Penerbit | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Getaran Cinta Di Jiwa" | Hani MJ | Adnan Abu Hassan | 5:38 | ||||||
2. | "Cintailah Aku Sepenuh Jiwa" | Baiduri | LY | 5:28 | ||||||
3. | "Dunia Cinta" | Hani MJ | Helen Yap | 4:40 | ||||||
4. | "Siapa Sangka Siapa Menduga" | Lukhman S | Azmeer | 5:01 | ||||||
5. | "Temanku Tersayang" | Habsah Hassan | Adnan Abu Hassan | 5:12 | ||||||
6. | "Nilai Cintamu" | Baiduri | LY | 5:34 | ||||||
7. | "Menanti Kehadiran" (menampilkan 2 by 2) | Zulkefli Majid | Zulkefli Majid | 4:53 | ||||||
8. | "Menjunjung Asmara" | Azmira | Azmira | 4:30 | ||||||
9. | "Jeritan Batinku" | S. Sudarmaji | P. Ramlee | 5:29 | ||||||
10. | "Mimpi Berulang Kembali" | Shaharum | Shaharum | 4:21 | ||||||
Jumlah masa: 50:51 |
Versi Indonesia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Penulis | Penerbit | Masa | ||||||
1. | "Nilai Cintamu" (Versi I) | Baiduri / Yusac | LY | 5:25 | ||||||
2. | "Cintailah Aku Sepenuh Jiwa" | Baiduri | LY | 5:28 | ||||||
3. | "Menjunjung Asmara" | Azmira | Azmira | 4:30 | ||||||
4. | "Menanti Kehadiran" (menampilkan 2 by 2) | Zulkefli Majid | Zulkefli Majid | 4:53 | ||||||
5. | "Siapa Sangka Siapa Menduga" | Lukhman S | Azmeer | 5:01 | ||||||
6. | "Nilai Cintamu" (Versi II) | Baiduri | LY | 5:34 | ||||||
7. | "Temanku Tersayang" | Habsah Hassan | Adnan Abu Hassan | 5:12 | ||||||
8. | "Dunia Cinta" | Hani MJ | Helen Yap | 4:40 | ||||||
9. | "Mimpi Berulang Kembali" | Shaharum | Shaharum | 4:21 | ||||||
10. | "Jeritan Batinku" | S. Sudarmaji | P. Ramlee | 5:29 | ||||||
Tenaga kerja
Ahli Muzik
- Liza Hanim - vokal utama, vokal latar (trek 3, 10)
- Adnan Abu Hassan - penerbit, komposer (trek 1, 5), konsep muzik, vokal latar (trek 3, 10)
- Azmeer - penerbit (trek 4, 8), komposer (trek 4), susunan muzik (trek 4, 8), keyboard (trek 4, 8)
- L.Y - penerbit (trek 2, 6), komposer (trek 2, 6)
- Helen Yap - komposer (trek 3), susunan muzik (trek 3), bass (trek 3), keyboard (trek 3)
- Zulkefli Majid - komposer (trek 7), penulis lirik (trek 7)
- Azmira - komposer (trek 8), penulis lirik (trek 8)
- P. Ramlee - komposer (trek 9)
- Shaharum - komposer (trek 10), penulis lirik (trek 10)
- Eddie Marzuki - konsep muzik, susunan muzik (trek 1, 5, 7, 9, 10), bass (trek 5, 7, 9, 10), guitar akustik (trek 1, 3, 5, 7, 9, 10), guitar (trek 2, 4, 6)
- Hamdan Yusof - lead guitar akustik (trek 2)
- Kamarullizam "Syam" bin Kamarudin - guitar (trek 3)
- Hillary Ang - guitar (trek 8)
- Gary Gideon - drum (trek 3, 5, 7, 9, 10)
- Mahmud - drum (trek 2, 4)
- Rawita - bass (trek 1)
- Bong - bass (trek 2, 4, 6, 8)
- Muriz - keyboard (trek 7), saxophone (trek 9)
- Seroja Groups - strings (trek 2)
- Lin - vokal latar (trek 2, 6)
- Adibah - vokal latar (trek 2, 6)
- 2 by 2 - duet bersama (trek 7), vokal latar (trek 7)
- Hani MJ - penulis lirik (trek 1, 3)
- Baiduri - penulis lirik (trek 2, 6)
- Lukhman S - penulis lirik (trek 4)
- Habsah Hassan - penulis lirik (trek 5)
- S. Sudarmaji - penulis lirik (trek 9)
Teknikal
- Vincent - juru rakam
- Wong - juru rakam
- Genesis Mastering Lab - adunan
- Zulkefli Majid - koordinator A&R
- Paul Wong - pengarah video
- Addy Ho - pengarah video
- Eric See - penerbit video
- Mercury Point Sdn. Bhd - unit penggambaran dan pos produksi
Pembungkusan
- Tan Su Loke - penerbit eksekutif
- Jason Foo - penyelaras produksi
- Bard - pengurus promosi
- Ariffin - unit promosi
- Riz - unit promosi
- Rahayu - unit promosi
- Sabariah - unit promosi (Singapura)
- AS Design & Print - konsep kulit album
- Hana - fotografi
- Joey - juru solek
- Nurul - juru solek
- Dicky - juru solek, pakaian
Penaja
- Restoran Seri Melayu
Rujukan
- ^ Epilog. Discogs.
- ^ "Something special". The Malay Mail. 13 June 2000. Dicapai pada 1 September 2024 – melalui KLiK.
- ^ "Bintang popular diraikan". Harian Metro. 7 January 1998. Dicapai pada 1 September 2024 – melalui KLiK.
- ^ "New marketing strategies for industry". New Straits Times. 30 December 1998. Dicapai pada 1 September 2024 – melalui KLiK.