| Dan Hati Pun Berkata | |
|---|---|
| Genre | |
Berdasarkan daripada | Dan Hati Pun Berkata karya Nurriez |
| Ditulis oleh | Farhana Fauri |
| Pengarah | Jo Yusof |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Hilang" oleh Najwa Latif |
| Lagu penutup | "Matahari" oleh Hafiz Suip |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 26 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif |
|
| Penerbit |
|
| Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Pacific Inferma Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV1 (Slot Widuri) |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 18 Julai 2015 – 11 Oktober 2015 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Fajar Di Bukhara |
| Diikuti oleh | Setulus Janji |
Dan Hati Pun Berkata ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Jo Yusof dibintangi Uqasha Senrose, Shah Iskandar, Syatilla Melvin, Amar Asyraf dan Kilafairy. Siri ini memulakan tayangan di Slot Widuri (TV1) bermula 18 Julai 2015 menggantikan Fajar Di Bukhara.
Sinopsis
Drama adaptasi novel karya Nurriez ini mengisahkan Adirra, gadis berusia 21 tahun yang merajuk setelah ayahnya, Malek, berkahwin semula dengan Umi, janda beranak satu bernama Natrah. Adirra beranggapan papanya tidak lagi menyayanginya. Selepas perkahwinan itu, Adirra menjauhkan diri dan tinggal bersama sepupunya, Kak Ina, sambil membantu menjual pisang goreng. Di situ, dia berkenalan dengan Rashdan, lelaki yang banyak menasihati dan membantu mengubah sikapnya. Kepulangan Adirra menggembirakan ayahnya, dan hubungan Adirra serta Rashdan direstui. Namun, Natrah yang cemburu mula menabur fitnah dan mempergunakan orang lain termasuk Maya dan Zarif untuk memisahkan mereka. Akhirnya, Adirra dan Rashdan berkahwin secara rahsia. Dendam dan kebencian Natrah memuncak hingga dia berniat membunuh Adirra, namun perbuatannya akhirnya memakan diri sendiri.
Pelakon
Pelakon utama
- Uqasha Senrose sebagai Adirra
- Shah Iskandar sebagai Rashdan
- Syatilla Melvin sebagai Natrah
- Amar Asyraf sebagai Zafril
- Kilafairy sebagai Maya
Pelakon pembantu
- Shaharuddin Thamby sebagai Tuan Zahari
- Arash Mohamad sebagai Malek
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Umi
- Khaty Azean sebagai Rohani
- Aidil Aziz sebagai Zakuan
- Ben Amir sebagai Adam
- Norisz Ismail sebagai Kak Lina
- Boy Iman sebagai Zain
- Asri Mokhtar sebagai Fuad
- Ayuna Yusoff sebagai Puan Khalida
- Zulkifli Salleh sebagai Pak Usop
- Nor Amisah Abdullah sebagai Mak Biah
- Raysha Rizrose sebagai Nadia
- Oktovia Manrose sebagai Uji
- Dzikir Zulkarnain sebagai Bos Nadia








