Fajar Di Bukhara ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Zulkifli R. Shad dibintangi Azrel Ismail, Maria Farida, Ainul Aishah dan pelakon asal Uzbekistan, Aziza Halilova. Siri ini memulakan tayangan di Slot Widuri, TV1 bermula 22 Jun 2015 menggantikan Jangan Lafazkan Janji .
| Fajar Di Bukhara | |
|---|---|
| Genre | Drama Cinta Konflik Agama |
| Ditulis oleh | Marini Mat Zain |
| Pengarah | Zulkiflie R. Shad |
Dibintangi oleh | Azrel Ismail Maria Farida Ainul Aishah Aziza Halilova |
| Lagu pembukaan | "Jangan Pergi Dariku" oleh Jay Jay |
| Lagu penutup | "Jangan Pergi Dariku" oleh Jay Jay |
| Negara asal | |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Bilangan episod | 26 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Zizan Nin |
| Penerbit | Syarizan Md Isa |
| Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat pengedaran | Aquila Emas Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV1 (Slot Widuri) |
| Siaran asal | 22 Jun 2015 – 17 Julai 2015 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Jangan Lafazkan Janji |
| Diikuti oleh | Dan Hati Pun Berkata |
Sinopsis
Humairah, usahawan tekstil berjaya berusia 40 tahun, hidup bersama adik angkatnya Husna di Bukhara. Fahim pula mendapat tawaran belajar di sana selepas bersetuju bertunang dengan Citra atas permintaan ibunya, Mak Siti. Di Bukhara, Fahim mengenali Humairah dan mereka mula menaruh perasaan antara satu sama lain. Namun, Fahim kemudian menyelamatkan gadis tempatan bernama Nargiza daripada sindiket pemerdagangan manusia dan berkahwin dengannya. Berita itu mengejutkan Humairah dan Citra. Sekembali ke tanah air, Fahim juga menikahi Citra. Walaupun sudah beristeri dua, Fahim tetap merindui Humairah. Sementara itu, Nargiza difitnah mempunyai hubungan dengan Rustam dan akhirnya diceraikan Fahim. Namun, dia kemudian benar-benar berkahwin dengan Rustam dan bahagia. Citra melahirkan anak perempuan tanpa Fahim di sisi kerana lelaki itu kembali ke Bukhara menjejak Humairah. Akhirnya, jodoh mempertemukan mereka dan Fahim menikahi Humairah. Walau begitu, kebahagiaan mereka diuji apabila Fahim mengetahui Humairah menyembunyikan penyakitnya demi melahirkan zuriat.
Pelakon
Pelakon utama
- Azrel Ismail sebagai Fahmi
- Maria Farida sebagai Humairah
- Ainul Aishah sebagai Citra
- Aniza Halilova sebagai Nargiza
Pelakon pembantu
- Mardiana Alwi sebagai Husna
- Sasha Saidin sebagai Jasmin
- Zizan Nin sebagai Duan
- El Azmeer sebagai Rustam
- Hashimah Zaki sebagai Mak Siti
- Rashid Jaafar sebagai Pak Abdullah
- Sakuranneda sebagai Mak Sal
- Haeriyanto Hassan sebagai Pak Zahim








