Chiba Lotte Marines | |||||
---|---|---|---|---|---|
千葉ロッテマリーンズ | |||||
| |||||
Maklumat | |||||
Liga | Nippon Professional Baseball
| ||||
Lokasi | Mihama-ku, Chiba, Chiba, Jepun | ||||
Stadium | ZOZO Marine Stadium | ||||
Tahun penubuhan | 26 November 1949 | ||||
Nama gelaran | Kamome (鴎, camar) | ||||
Pennant PL | 5 (1950, 1960, 1970, 1974, 2005) | ||||
Kejuaraan Japan Series | 4 (1950, 1974, 2005, 2010) | ||||
Nama lama |
| ||||
Stadium lama |
| ||||
Warna | Hitam, putih | ||||
Maskot | Mar-kun, Rine-chan, dan Zu-chan | ||||
Kemunculan playoff | |||||
Nombor tidak digunakan | |||||
Pemilikan | Katsumi Kawai | ||||
Pengurusan | Lotte Holdings | ||||
Pengurus | Masato Yoshii | ||||
Seragam | |||||
Chiba Lotte Marines (千葉ロッテマリーンズ , Chiba Rotte Marīnzu) merupakan pasukan besbol profesional Jepun yang berpusat di Chiba. Pasukan ini telah dimiliki oleh Lotte Holdings Co., Ltd. Pasukan Marines merupakan anggota pengasas Liga Pasifik pada 1950 ketika menggunakan nama Mainichi Orions. Sejak tahun 1992, gelanggang pasukan ini ialah ZOZO Marine Stadium yang terletak di Mihama Chiba yang memuatkan 30,118 orang.
Nama "Marines" berasal daripada nama stadium mereka beraksi yang secara rasminya dikenali sebagai Stadium Marine Chiba kerana stadium itu terletak di atas air.
Pasukan ini mula diasaskan pada 1950 sebagai Mainichi Orions. Kemudian pada 1958, mereka bertukar nama kepada Daimai Orions, Tokyo Orions pula pada tahun 1964, beralih kepada Lotte Orions pada 1969 dan akhirnya mengguna pakai nama Chiba Lotte Marines sejak 1992. Pasukan ini telah dinobatkan sebagai juara Liga Pasifik sebanyak enam kali (1950, 1960, 1970, 1974, 2005 dan 2010). Pada masa yang sama, mereka turut meraih empat kejuaraan Japan Series iaitu pada tahun 1950, 1974, 2005 dan 2010.
Sehingga tahun 2022, rekod pasukan ini sepanjang zaman ialah 4,733-4,701-394 (.501).[1]
Pemain
Bekas pemain ternama
Benny Agbayani
Hiromitsu Ochiai
Alfredo Despaigne
Mike Diaz
Jose Fernández
Julio Franco
Matt Franco
Mel Hall
Isao Harimoto
Baek In-chun
Pete Incaviglia
Hideki Irabu
Kazuya Fukuura (bersara pada 2019)
Masaaki Kitaru
Kiyoshi Hatsushiba
Masahide Kobayashi
Tsuyoshi Nishioka
Satoru Komiyama (bersara pada 2009)
Bill Madlock
Leon Lee (bapa kepada Derrek Lee)
Leron Lee (pak cik kepada Derrek Lee)
Choji Murata (tersenarai ke dalam Dewan Kemahsyuran Besbol Jepun pada 2005)
Jim Lefebvre
Darryl Motley
Bill R.W. Murphy
Yuhei Nakaushiro
Katsuo So
Kazuhiro Yamauchi
Akihito Igarashi
Michiyo Arito
Saburo (bersara pada 2016)
Tomohiro Kuroki (juga dikenali sebagai "Johnny Kuroki")
Katsuya Nomura
Tomoya Satozaki (bersara pada 2014)
Dan Serafini
Lee Seung-yuop
Naoyuki Shimizu (dijual ke Yokohama BayStars pada 2009)
Kim Tae-kyun
Norifumi Nishimura
Shunsuke Watanabe
Julio Zuleta
Frank Bolick
Derrick May
Rick Short
Brian Sikorski
José Castillo
Chen Kuan-yu
Wei-Yin Chen
Luis Cruz
Toshihide Narimoto
Makoto Kosaka
Koichi Hori
Adeiny Hechavarria
Leonys Martín
Hiroyuki Yamazaki
Yukinaga Maeda
Kazuhiko Ushijima
Tadahito Iguchi
Hideaki Takazawa
Kihachi Enomoto
Eric Hillman
Pemain MLB
- Bersara
- Hideki Irabu (1997–2002)
- Masato Yoshii (1998–2002)
- Satoru Komiyama (2002)
- Tadahito Iguchi (2005–2008)
- Masahide Kobayashi (2008–2009)
- Tsuyoshi Nishioka (2011–2012)
- Ryohei Tanaka (2009–2011)
- Yasuhiko Yabuta (2008–2009)
- Shunsuke Watanabe (2014)
- Yuhei Nakaushiro (2016–2018)
- Hirokazu Sawamura (2021–2022)
Nombor kehormat
- 26 – Nombor ini tidak digunakan sebagai tanda menghargai para peminat Marines pada 2005. Ia telah diinsipirasikan daripada beberapa pasukan dalam sukan lain (seperti bola keranjang yang tidak menggunakan nombor "6" untuk "pemain ke-6"). Pasukan Tohoku Rakuten Golden Eagles juga tidak menggunakan No. 10 dalam hal yang sama. Pasukan MLB, Los Angeles Angels pula tidak menggunaka No. 26 untuk penubuhnya, Gene Autry.
Catatan
Pautan luar
- Official website (dalam bahasa Jepun)
- We Love Marines – English-language Marines fansite