Nama asli |
|
---|---|
Dinamakan sempena | Charlotte Buff |
Jenis/bentuk sah | Awam |
Didagangkan sebagai | KRX: 004990 |
Industri | Konglomerat |
Pendahulu | Lotte Confectionery |
Ditubuhkan | 24 Mac 1967 |
Pengasas | Shin Kyuk-ho |
Ibu pejabat | Daerah Songpa, Seoul, Korea Selatan |
Kawasan perkhidmatan | |
Tokoh penting |
|
Perkhidmatan | |
Hasil | ₩67,418,470 juta[1] (2011) |
Pendapatan kendalian |
|
Pendapatan bersih | ₩3,289,570 juta[1] (2011) |
Bilangan kakitangan | 60,000 |
Syarikat induk | Lotte Holdings |
Anak syarikat |
|
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Lotte Corporation | |
Nama bahasa Korea | |
---|---|
Hangul | 롯데 그룹 |
Perumian Semakan | Rotdegeurup |
McCune–Reischauer | Rottegŭrup, Rotte-kŭrup |
Lotte Corporation (Hangul: 롯데 그룹 ), ialah konglomerat multinasional Jepun dan Korea. Lotte memulakan sejarahnya pada 28 Jun 1948 di Tokyo oleh ahli perniagaan Jepun-Korea Shin Kyuk-ho. Shin memperluaskan Lotte ke negara leluhurnya, Korea Selatan dengan penubuhan Lotte Confectionery di Seoul pada 3 April 1967. Lotte akhirnya berkembang menjadi konglomerat perniagaan kelima terbesar di Korea Selatan.[2]
Lotte terdiri daripada lebih daripada 90 unit perniagaan yang mempekerjakan 60,000 orang yang terlibat dalam pelbagai industri seperti pembuatan gula-gula, minuman, hotel, makanan segera, peruncitan, perkhidmatan kewangan, bahan kimia berat, elektronik, IT, pembinaan, penerbitan dan hiburan. Lotte menjalankan perniagaan tambahan di China, Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, India, Amerika Syarikat, United Kingdom,Rusia, Filipina, Pakistan dan Poland (Lotte membeli syarikat konfeksioneri terbesar Poland, Wedel dari Kraft Foods pada Jun 2010). Hari ini, Lotte merupakan pengeluar biskut terbesar di Korea Selatan.
Sejarah
Lotte ditubuhkan pada Jun 1948 di Tokyo, oleh ahli perniagaan Korea Shin Kyuk-ho, dua tahun selepas beliau tamat belajar di Sekolah Tinggi Waseda Jitsugyo (早稲田実業学校 ). Pada asalnya dikenali sebagai Lotte Co., Ltd, syarikat itu telah berkembang dari menjual gula-gula getah kepada kanak-kanak di pasca perang Jepun untuk menjadi sebuah syarikat multinasional utama.
Rujukan
Pautan luar
- Tapak web rasmi (Korea)
- Tapak web rasmi (Bahasa Inggeris)