Menara DBKL, pejabat pentadbiran DBKL. | |
| Intisari agensi | |
|---|---|
| Dibentuk | 1 Februari 1972 |
Agensi-agensi terdahulu |
|
Bidang kuasa | Kuala Lumpur |
| Ibu pejabat | Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia |
| Moto | "Bersedia Menyumbang Bandaraya Cemerlang" |
| Belanjawan tahunan | RM 2.905 billion (2018) [1] |
Eksekutif agensi |
|
Laman sesawang | www |
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ialah pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Agensi ini ialah di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. DBKL bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar. Kuasa eksekutif datangnya dari datuk bandar di dalam dewan bandaraya, yang mana ia dilantik setiap tiga tahun oleh Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia semenjak pilihan raya perbandaran digantung dalam tahun 1970.[2]
Sejarah
DBKL ditubuhkan pada 1 Februari 1972 serentak dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandar raya pertama di Malaysia selepas mencapai kemerdekaan. Datuk Bandar Kuala Lumpur pertama ialah Allahyarham Tan Sri Lokman Yusof yang juga Pesuruhjaya Tinggi Ibu Kota pada masa itu.
Senarai Datuk Bandar Kuala Lumpur
Sejak tahun 1972, Kuala Lumpur telah dipimpin oleh 16 orang Datuk Bandar. Jawatan Datuk Bandar diwujudkan bagi menggantikan jawatan Pesuruhjaya Tinggi Ibu Kota selepas ibu kota Malaysia itu menerima penaiktarafan menjadi bandar raya. Berikut ialah senarai Datuk Bandar Kuala Lumpur : [3]
| # | Datuk Bandar | Tahun Menjawat |
|---|---|---|
| 1. | Tan Sri Dato' Lokman bin Yusof | 1972 |
| 2. | Tan Sri Dato' Seri Yaacob Latiff | 1972 - 1980 |
| 3. | Tan Sri Dato' Seri Dr Elyas Omar | 1980 - 1992 |
| 4. | Tan Sri Dato' Dr. Mazlan Ahmad | 1992 - 1995 |
| 5. | Tan Sri Dato’ Indera Kamaruzzaman Shariff | 1995 - 2001 |
| 6. | Datuk Mohmad Shaid Mohd Taufek | 2001 - 2003 |
| 7. | Datuk Seri Ruslin Hasan | 2003 - 2005 |
| 8. | Datuk Seri Abdul Hakim Borhan | 2005 - 2007 |
| 9. | Tan Sri Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail | 2007 - 2013 |
| 10. | Tan Sri Datuk Seri Ahmad Phesal Talib | 2013 - 2015 |
| 11. | Tan Sri Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz | 2015 - 2018 |
| 12. | Datuk Seri Nor Hisham Bin A Dahlan | 2018 - 2020 |
| 13. | Datuk Seri Mahadi Che Ngah | 2020 - 2023 |
| 14. | Datuk Haji Kamarulzaman Mat Salleh | 2023 - 2024 |
| 15. | Datuk Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif | 2024 - 2025 |
| 16. | Datuk Fadlun bin Mak Ujud | 2025 - Kini |
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya
Lembaga Penasihat Bandaraya dianggotai oleh seorang wakil dari Kementerian Wilayah Persekutuan, dua orang lantikan negeri Selangor, seorang wakil Kementerian Kewangan, seorang wakil Unit Perancang Ekonomi dan sepuluh orang individu yang tidak memegang jawatan perkhidmatan awam. [4]
| # | Jawatan | Nama | Catatan |
|---|---|---|---|
| # | Datuk Bandar | YBhg. Datuk Fadlun bin Mak Ujud | Pengerusi |
| 1 | Ahli Lembaga Penasihat | YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim | Wakil Jabatan Wilayah Persekutuan |
| 2 | Ahli Lembaga Penasihat | YAD Raja Dato' Muzzafar bin Raja Redzwa | Wakil Kerajaan Negeri Selangor [5] |
| 3 | Ahli Lembaga Penasihat | YB Dato' Setia Haji Haris bin Kassim | Wakil Kerajaan Negeri Selangor |
| 4 | Ahli Lembaga Penasihat | YBhg. Datuk Ramzi bin Mansor | Wakil Kementerian Kewangan |
| 5 | Ahli Lembaga Penasihat | YBrs. Encik Che Kodir bin Bahrum | Wakil Unit Perancang Ekonomi |
Zon pentadbiran
| Zon | Kawasan | Peta |
|---|---|---|
| Damansara | Taman Tun Dr Ismail, Bangsar, Bukit Damansara, Bukit Kiara, Pusat Bandar Damansara, Kerinchi, Bangsar South, Segambut, Mont Kiara, Sri Hartamas, Segambut, Sentul | |
| Klang Lama | Seputeh, Pantai Baharu, Kuchai Lama, Taman OUG, Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Sri Petaling, Bukit Jalil, Sungai Besi | |
| Kepong | Kepong, Jinjang | |
| Pusat Bandar Kuala Lumpur | — | |
| Setiawangsa | Ampang, Setiawangsa | |
| Cheras | Maluri, Miharja, Bandar Tun Razak, Bandar Sri Pemaisuri |
UNESCO City of Design
Pada 30 Oktober 2025, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) secara rasmi mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai Bandar Kreatif Dunia dalam kategori Reka Bentuk sempena sambutan World Cities Day 2025 di Paris.
Pengiktirafan ini menzahirkan usaha berterusan Kuala Lumpur dalam menjadikan kreativiti sebagai pemacu utama pembangunan bandar yang mampan. Ia mengukuhkan komitmen bandar raya ini untuk memanfaatkan reka bentuk dalam membentuk persekitaran bandar yang inklusif, berdaya tahan dan beridentiti budaya, selaras dengan pelaksanaan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) serta aspirasi Warisan KL.
Dengan pengiktirafan ini, Kuala Lumpur kini sebaris dengan 57 bandar lain yang turut tersenarai dalam kategori sama, termasuk Riyadh (Arab Saudi), Sao Paulo (Brazil), Ho Chi Minh City (Vietnam), Lucknow (India) dan Varna (Bulgaria). Secara keseluruhan, rangkaian UNESCO Creative Cities Network (UCCN) kini merangkumi 408 bandar daripada lebih 100 negara di seluruh dunia
Lihat juga
Rujukan
- ^ "DBKL allocates RM2.9b under 2018 budget | Malay Mail".
- ^ "Kuala Lumpur". Columbia Encyclopedia, Sixth Edition 2007. Columbia University Press. Dicapai pada 6 December 2007.
- ^ "Malaysia's towns and cities are governed by appointed mayors". City Mayors. 2006. Dicapai pada 9 October 2006.
- ^ Vijenthi Nair dan Shalini Ravindran (13 Julai 2018). "All political appointees on DBKL advisory board step down". The Star. Dicapai pada 30 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=(bantuan) - ^ Merupakan Orang Besar Daerah Klang








