Empayar Rom Timur Βασιλεία Ῥωμαίων Basileía Romaíon | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
330–1453 | |||||||||
| |||||||||
Ibu negara | Constantinopolis¹ | ||||||||
Agama | Ortodoks Timur | ||||||||
Kerajaan | Monarki | ||||||||
Maharaja | |||||||||
• 306–337 | Constantinus Agung | ||||||||
• 1449–1453 | Constantinus XI | ||||||||
Era Sejarah | Zaman Pertengahan | ||||||||
• Penemuan Constantinopolis² | 11 Mei 330 | ||||||||
• Perpecahan Timur-Barat | 1054 | ||||||||
• Kejatuhan Constantinopolis semasa Perang Salib Keempat | 1204 | ||||||||
• Penawanan semula Constantinopolis | 1261 | ||||||||
• Kejatuhan Constantinopolis | 29 Mei 1453 | ||||||||
Populasi | |||||||||
• Kurun ke-4³ | 34000000 | ||||||||
• Kurun ke-8 | 7000000 | ||||||||
• Kurun ke-11³ | 18000000 | ||||||||
• Kurun ke-12³ | 12000000 | ||||||||
• Kurun ke-13 | 3000000 | ||||||||
Mata wang | Solidus, Hyperpyron | ||||||||
| |||||||||
¹ Constantinople (330–1204 and 1261–1453). Ibu kota Empayar Nicaea, empayar selepas Perang Salib Keempat, terletak di Nicaea, sekarang İzmit, Turki. ² Tarikh ditubuhkan ini secara tradisi dianggap sebagai penemuan kembali Constantinople sebagai ibu kota Empayar Rom walaupun tarikh lain selalu digunakan ³ Lihat angka populasi disediakan oleh Jabatan Sejarah Universiti Tulane. Angka berdasarkan anggaran yang dibuat oleh J.C. Russell dalam "Late Ancient and Medieval Population," diterbitkan dalam Transactions of the American Philosophical Society (1958), ASIN B000IU7OZQ. |
Empayar Byzantium (juga: Empayar Bizantium) atau Empayar Rom Timur (Bahasa Greek: Βασιλεία Ῥωμαίων , Vasileía Romaíon) merujuk kepada Empayar Rom semasa Zaman Pertengahan, dan pusatnya terletak di Constantinopolis (Kustantiniyah) yang sekarang dikenali sebagai Istanbul di Turki. Walaupun empayar ini dikenali masyarakat barat sebagai Empayar Yunani kerana budaya dan populasinya, ia dikenali oleh rakyatnya sendiri sebagai Empayar Rom atau Romania kerana maharajanya adalah daripada maharaja berketurunan Rom dan menurut dunia Islam, mereka ialah orang Rom.
Permulaan (330-440 M)
Maharaja Constantinus I memindahkan Empayar Rom ke bandar Byzantium[2] dan menamakan bandar tersebut Constantinopolis. Beberapa tahun kemudian, selepas bandar Rom diambil alih oleh orang Jermanik; keseluruhan Empayar Rom berpindah ke kota tersebut, dan satu empayar baru terbina. Empayar baru ini masih mengikut cara Empayar Rom Kristian tetapi mempunyai wilayah yang lebih kecil berbanding Empayar Rom lama.
Zaman peperangan (476-717 M)
Peperangan di barat
Empayar Bizantium cuba untuk menakluk Rome dan Itali dari orang Jerman. Di antara tahun 500 ke 600 SM, mereka memenangi banyak peperangan dan menawan kembali Rome.
Kemenangan ini tidak kekal apabila orang Jerman menawan kembali Itali dan Rome. Lebih memburukkan keadaan, orang Avar datang dan menawan Bulgaria dan Yunani (Greece) dari orang Bizantium. Selepas beberapa peperangan, orang Avar menang dan mengambil utara Greece dan Bulgaria. Mereka kemudiannya menggelar diri mereka sebagai orang Bulgar.
Peperangan di timur
Selepas Rome ditawan orang Jerman, Empayar Bizantium masih mengawal Mesir, Greece, Palestin, Syria dan Turki. Tetapi, satu lagi empayar yang dikenali dengan Empayar Parsi, mahu menawan kawasan-kawasan ini. Di antara tahun 476 ke 628 SM, Empayar Bizantium dan Parsi berperang dan ramai yang terkorban. Peperangan berakhir dengan tewasnya orang Parsi di Iraq, berdekatan dengan bandar lama Ninevah pada tahun 627 SM.
Malang bagi empayar apabila musuh baru muncul iaitu orang Arab. Empayar Bizantium yang baru sahaja tamat berperang dengan orang Parsi tewas dalam banyak peperangan dengan orang Arab. Palestin, Syria dan Mesir jatuh ke tangan Arab walaupun mereka dapat mempertahankan Turki dan menyekat kemaraan orang Arab.
Pemulihan (717-1025)
Pada tahun 717, orang Arab dikalahkan di Constantinople yang menyaksikan berakhirnya ancaman Arab di timur. Di barat, empayar melancarkan peperangan dengan orang Bulgar. Sesetengah serangan ini berjaya tetapi ada juga yang gagal dan menyebabkan kematian ramai maharaja. Empayar Bizantium bagaimanapun menjadi kuat kerana musuh-musuhnya berperang sesama sendiri.
Pemulihan di barat
Antara tahun 1007-1014, Maharaja Basil II kerap menyerang Bulgaria sehingga dapat menawan kembali Greece. Beliau kemudian berjaya menawan Bulgaria pada tahun 1018.
Pemulihan di timur
Di timur, orang Arab sekali lagi menjadi ancaman kepada Empayar. Serangan Maharaja Basil II bagaimanapun berjaya dan sebahagian dari Syria kembali ke tangan empayar selain dari Turki dan Armenia. Selepas 1025, Arab tidak lagi menjadi ancaman kepada empayar.
Kejatuhan empayar (1025-1453)
Zaman 1025-1071
Selepas kemangkatan Maharaja Basil II, empayar diterajui oleh ramai maharaja yang tamak. Mereka membazirkan wang negara dan mengurangkan jumlah tentera. Ini melemahkan pertahanan empayar. Empayar juga tidak mempunyai tentera yang benar-benar ikhlas berjuang tetapi hanya mahukan wang dan tentera ini lebih mahal untuk diupah.
Pencerobohan Turki (1071-1091)
Bangsa dari Asia Tengah yang menunggang kuda (kemudiannya dikenali sebagai bangsa Turki) menyerang dan berjaya menawan seluruh Turki pada 1091. Tetapi empayar mendapat pertolongan dari tentera salib dari Eropah ketika Perang Salib Pertama. Mereka bukan sahaja mahu menolong empayar tetapi juga menawan kembali Jerusalem dari tangan orang Islam.
Empayar berjaya diselamatkan (1091-1185)
Empayar Bizantium selamat dengan pertolongan bangsa Eropah yang menawan kembali separuh dari Turki. Empayar juga selamat kerana diperintah oleh tiga orang maharaja yang berkebolehan secara berterusan.
Pelemahan semula empayar (1185-1261)
Selepas tiga orang maharaja yang berkebolehan, empayar diperintah kembali oleh maharaja jahat yang membazirkan wang dan tentera. Orang Turki menyerang kembali dan menawan lebih banyak kawasan Turki.
Di barat, bangsa Eropah mengkhianati empayar dengan menyerang ibu kota Konstantaniah. Empayar kehilangan ibu kota pada tahun 1202 dan tidak berjaya merampas kembali sehingga tahun 1261.
Kemusnahan (1261-1453)
Selepas berjaya menawan Konstantinopolis (dilatinkan kemudiannya kepada Constantinipolis), empayar sibuk berperang dengan bangsa Eropah dan tidak mempunyai cukup tentera dan wang untuk berperang dengan bangsa Turki. Akhirnya, keseluruhan empayar jatuh ke tangan bangsa Turki pada 1331.
Antara 1354-1450, Turki menawan kebanyakan kawasan Greece dan empayar kehilangan banyak kawasan jajahan. Empayar menjadi lemah dan menagih pertolongan dari Eropah yang tidak menolong bersungguh-sungguh. Akhirnya, bangsa Turki menyerang Konstantaniah dalam bulan April 1453. Pada akhir Mei 1453, bangsa Turki berjaya menawan Kustantiniyah dan berakhirlah Empayar Bizantium.
Politik
Secara amnya, empayar Byzantium ialah sebuah teokrasi; pemerintahan diketuai oleh Tuhan melalui maharaja dan fahaman-fahaman politik banyak dipengaruhi ajaran Kristian.[3] Maharaja Empayar Byzantium ialah pemerintah mutlak empayar dan kuasanya dikatakan bersifat kedewaan.[4] Pihak Senat tidak lagi memiliki kuasa politik dan perundangan yang sebenar tetapi kekal sebagai majlis dengan ahli-ahli nominal. Pada akhir abad kelapan, sebuah pentadbiran awam bertumpukan mahkamah ditubuhkan sebagai usaha penumpuan kuasa di ibu kota. Theme, kawasan-kawasan pentadbiran tempatan pula diasaskan pada pertengahan abad ketujuh dan dikawal oleh seorang strategos yang mengetuai pentadbiran awam dan ketenteraan.[4]
Ekonomi
Ekonomi Byzantium ialah salah satu ekonomi-ekonomi termaju di Eropah dan Mediterranean pada masa itu. Constantinople bertindak sebagai hab perdagangan utama sebagai hujung barat Laluan Sutera. Hingga separuh pertama abad keenam, ekonomi empayar ini berkembang pesat serta kukuh.[5]
Keilmuan
Kesusasteraan purba klasik berlanjutan dan berkembang pada zaman Byzantium, dan oleh itu, bidang keilmuan Byzantium berkait rapat dengan falsafah purba dan metafizik.[6] Reka bentuk singgah kuba mula diguna pakai pada abad ketiga di Byzantium, tetapi mencapai kemuncak pada abad keenam.[7] Konsep hospital sebagai tempat rawatan dan penjagaan kesihatan dirintis oleh pihak empayar Byzantium berdasarkan fahaman-fahaman kebajikan Kristian dan tidak lagi disifatkan sebagai tempat menunggu ajal.[8]
Kebudayaan
Kesenian dan kesusasteraan
Seni Byzantium yang kekal hingga kini kebanyakannya berunsur keagamaan dan dengan pengecualian pada masa-masa tertentu adalah sangat konvensional, menuruti model tradisional yang melakarkan teologi gereja terkawal menjadi bahan seni. Lukisan di manuskrip fresco bercahaya dan panel kayu serta mozek (terutamanya pada zaman awal) ialah media utama, dan arca patung adalah sangat jarang ditemui kecuali gading kecil yang diukir. Seni Byzantium adalah sangat berprestij dan dicari-cari di Eropah Barat, dan mempunyai pengaruh berterusan di situ terhadap seni zaman pertengahan hingga menjelang zaman akhir. Ini terutama berlaku di Itali; gaya Byzantium bertahan dalam bentuk diubah suai hingga abad ke-12, dan menjadi pengaruh formatif terhadap seni Zaman Pembaharuan Itali. Namun begitu, sedikit sahaja pengaruh yang mempengaruhi gaya Byzantium. Dengan pengembangan gereja Ortodoks Timur, bentuk dan gaya Byzantium tersebar ke seluruh dunia Ortodoks dan luar lingkungan tersebut.[9][10][11] Pengaruh dari seni bina Byzantium, terutamanya pada bangunan keagamaan dapat ditemui di wilayah-wilayah seperti Mesir dan Arab sehingga Rusia dan Romania.
Tiga elemen budaya yang berbeza diakui dalam kesusasteraan Byzantium: Yunani, Kristian, dan Timur Dekat Kuno. Sastera Byzantium sering dikelaskan dalam lima kumpulan: sejarawan dan ahli sejarah, ahli ensiklopedia (Patriarch Photios, Michael Psellus, dan Michael Choniates dianggap sebagai ahli-ahli ensiklopedia terpengaruh Byzantium) dan pengarang serta penulis puisi sekular. Satu-satunya epik kepahlawanan Bizantium yang tulen adalah Digenis Acritas. Dua kumpulan yang lain termasuk kelas sastera baru: sastera gereja serta teologi, dan puisi popular.[4]
Tinggalan empayar
Antara tinggalan Empayar pada tamadun masa kini ialah:
- ilmu pengetahuan
- hasil seni
- Kristian Ortodoks
Beberapa gereja yang cantik dan masjid di Turki dan Greece hari ini dibina dari bangunan zaman Bizantium atau ditiru melalui seni bina Bizantium. Kebanyakan darinya boleh didapati di Istanbul dan salah satu yang terkenal ialah Hagia Sophia.
Nota kaki
- ^ Neubecker, Ottfried (1977). Le grand livre de l’héraldique. Elsevier Séquoïa: Brussels.
- ^ Speake, Jennifer (2003). Literature of Travel and Exploration: A to F. Taylor & Francis. m/s. 160. ISBN 9781579584252.
- ^ Jennifer Fretland VanVoorst (2012). The Byzantine Empire. Capstone. m/s. 14. ISBN 978-0-7565-4565-9.
- ^ a b c Mango, Cyril A. (2007). Η Αυτοκρατορία της Νέας Ρώμης [Byzantium: The Empire of the New Rome] (dalam bahasa Greek). Diterjemahkan oleh Dimitris Tsoungarakis. Athens: Educational Institution of the National Bank of Greece.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ Laiou, Angeliki E.; Morisson, Cécile (2007). The Byzantine Economy. Cambridge , England: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-84978-4.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ Anastos, Milton V. (1962). "The History of Byzantine Science. Report on the Dumbarton Oaks Symposium of 1961". Dumbarton Oaks Papers. 16: 409–11. doi:10.2307/1291170. ISSN 0070-7546. JSTOR 1291170.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ "Pendentive – architecture".
- ^ Lindberg, David. (1992) The Beginnings of Western Science. University of Chicago Press. p. 349.
- ^ Rice, David Talbot (1968). Byzantine Art (ed. 3rd). Harmondsworth: Penguin Books Limited.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ Weitzmann, Kurt (1982). The Icon (dalam bahasa Inggeris). London: Evans Brothers. ISBN 978-0-237-45645-0.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ Evans, Helen C. (2004). Byzantium, Faith and Power (1261–1557) (dalam bahasa Inggeris). New York, NY: Metropolitan Museum of Art/Yale University Press. ISBN 978-1-58839-114-8.CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
- Media berkenaan Empayar Byzantium di Wikimedia Commons
- (Inggeris) De Imperatoribus Romanis. Biografi maharaja-maharaja Empayar Byzantium
- (Inggeris) 12 Byzantium Rulers Diarkibkan 2016-07-18 di Wayback Machine oleh Lars Brownworth; audio
- (Inggeris) Byzantium & Christian Museum
- (Inggeris) Byzantium in Crimea: Political History, Art and Culture.
- (Inggeris) Institute for Byzantium Studies of the Austrian Academy of Sciences (dengan rujukan-rujukan dan bahan lanjut tentang pelbagai aspek Empayar Byzantium)
{{#switch:||Kategori=
- CS1 menggunakan tulisan bahasa Greek (el)
- Sumber CS1 bahasa Greek (el)
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Yunani Purba (sehingga 1453)
- Halaman menggunakan kotak info negara atau kotak info bekas negara dengan parameter flag caption atau type
- Rencana dengan pengenalan IEU
- Tunas sejarah
- Bekas empayar
- Empayar Byzantium
- Empayar Rom