Kuang raya | |
---|---|
Burung jantan | |
Burung betina | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Tribus: | |
Genus: | Argusianus
|
Spesies: | A. argus
|
Nama binomial | |
Argusianus argus | |
Sinonim | |
Kuang raya, kuang, kuau, karuai atau keruai (nama saintifik: Argusianus argus)[4][5][6][7] ialah spesies burung tanah besar dalam keluarga Phasianidae ditemukan di hutan-hutan Borneo, Sumatra, dan Semenanjung Malaysia di Asia Tenggara.[1]
Burung ini merupakan spesies haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.
Peristilahan
Nama kuang (Jawi: کواڠ ) digunakan di Perak;[6] nama kuau (Jawi: کواو ) digunakan di Negeri Sembilan, Johor, dan Tanah Tinggi Minangkabau di Sumatera Barat.[7]
Nama karuai (Jawi: کارواي ) dan keruai (Jawi: کرواي ) digunakan di Brunei.[4][6]
Ciri-ciri
Badan burung kuang raya diselubungi bulu pelepah berwarna perang. Kepala dan lehernya berwarna biru, jambul dan tengkuknya berbulu hitam. Bahagian atas dadanya berwarna kemerahan.
Burung ini ganjil antara spesies burung Galliformes kerana ia tiada kelenjar selisik. Paruhnya tidak bergigi.
Bulu burung jantan dan betina
Burung kuang raya jantan ialah antara burung kuang yang paling besar dengan panjang badan 160–200 sentimeter termasuk ekor 105–143 sm dan dengan berat 2.04–2.72 kilogram[8] Burung jantan dewasa mempunyai bulu-bulu ekor yang sangat panjang dan lebar serta bulu sayap panjang dihiasi tompok mata besar. Burung jantan muda mendapatkan bulu-bulu ini pada usia tiga tahun.[9]
Badan kuang raya betina lebih kecil dan kusam dari kuang jantan, dengan ekor lebih pendek dan kurang tompok mata. Panjang seluruh badan kuang betina 72–76 sentimeter termasuk ekor 30–36 sm dengan berat antara 1.59–1.7 kilogram.[8]
Tabiat
Pemakanan
Ia makan di lantai hutan pada awal pagi dan petang.
Pembiakan
Burung betina bertelur dua biji[10] yang bercangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.
Rujukan
- ^ a b BirdLife International (2020). "Argusianus argus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T22725006A183255774. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-3.RLTS.T22725006A183255774.en. Dicapai pada 22 Oktober 2022.
- ^ "Appendices". CITES. Dicapai pada 22 Oktober 2022.
- ^ William Beebe (1922). "A Monograph of the Pheasants" (PDF). m/s. 131. Dicapai pada 22 Oktober 2022.
- ^ a b "Argusianus argus". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ ENAKMEN-ENAKMEN YANG BERKAITAN DENGAN PEMULIHARAAN DI SABAH, 1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997[pautan mati kekal]
- ^ a b c Wilkinson, Richard James (1932). "kuang". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 615 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ a b Wilkinson, Richard James (1932). "kuau". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 616 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ a b del Hoyo, J.; Elliott, A.; Sargatal, J. (1994). Handbook of the Birds of the World. 2: New World Vultures To Guineafowl. Lynx Edicions. m/s. 550–563. ISBN 8487334156.
- ^ "Great Argus Pheasants". Beauty Of Birds (dalam bahasa Inggeris). 16 September 2021. Dicapai pada 22 Oktober 2022.
- ^ Koffler, Barry (2004). "Great Argus Pheasant". FeatherSite. Dicapai pada 22 Oktober 2022.