Blackheart | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 14 November 2014 | |||
Dirakamkan pada | 2012–2014 | |||
Genre | ||||
Panjang | 29:58 | |||
Syarikat | Amanda Imani Productions | |||
Kronologi Amanda Imani | ||||
| ||||
Single daripada Blackheart | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Blackheart ialah album studio kedua dan terakhir oleh penyanyi wanita Malaysia, Amanda Imani. Ia dikeluarkan pada 14 November 2014 oleh label miliknya, Amanda Imani Productions. Album ini merupakan album bahasa Inggeris pertamanya.[1][2][3][4]
Latar belakang
Berbanding dengan album terdahulu, Blackheart menonjolkan kematangan bakat Amanda Imani yang mana kesemua 7 lagu dalam album ini dicipta sendiri oleh beliau yang turut menulis lirik.[3][4] Biarpun tajuk album ini dianggap 'gelap' dan berbaur kontroversi, Amanda berkata mengenai album ini: "Saya mahu Blackheart menjadi bukti kepada masyarakat bahawasanya wanita mempunyai naik turunnya tetapi wanita tetap tabah untuk teruskan kehidupan dan terus belajar. Di setiap tahap yang kita lalui, kita tempuhi cabaran dan kejayaan, ada dan hilang seseorang itu adalah perkara biasa. Ia berpaksikan kepada nilai kepercayaan kepada diri sendiri untuk pejalanan hidup yang bermakna. Kepuasan adalah rekaan minda, perasaan yang membentuk kita sebagai manusia,”.[4]
Keluaran dan promosi
Blackheart dikeluarkan pada 14 November 2014 dengan majlis pelancaran album diadakan di kedai buku Borders, The Curve, Mutiara Damansara.[3]
Bagi mempromoskan album ini, Amanda telah mengambil inisiatif dengan menyerahkan sebahagian daripada hasil jualan album Blackheart untuk tujuan amal dengan kerjasama kedai buku Borders Malaysia dan kafe Starbucks Malaysia, yang mana ia akan disumbangkan kepada Malaysian Independent Animal Rescue (MIAR) dan ‘Make A Wish Malaysia’ bagi membantu kanak-kanak yang memerlukan.[3][5][6]
Selain itu, beliau turut mengadakan persembahan khas di No Black Tie, Kuala Lumpur pada 25 Januari 2015 bagi mempromosikan Blackheart.[7]
Tiga lagu dari album Blackheart telah dikeluarkan sebagai single, iaitu "Like a Boss" yang dikeluarkan sebagai single pertama pada 2012, iaitu hampir dua tahun sebelum ini dikeluarkan. Kemudian diikuti oleh single kedua, "Billionaire Boy" dan single ketiga, "Next Generation". "Like a Boss" dan "Billionaire Boy" dimuatkan sebagai trek bonus untuk album ini.[8]
Senarai runut
No. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "City of Angels" | 3:57 | |
2. | "Black Widow" | 3:25 | |
3. | "Blackheart" | 3:49 | |
4. | "Next Generation" | 3:50 | |
5. | "Heart for Hire" | 3:15 | |
6. | "Newlyweds" | 3:10 | |
7. | "I've Got It All" | 3:45 | |
8. | "Like a Boss" (Bonus track) | 3:23 | |
9. | "Billionaire Boy" (Bonus track) | 3:14 | |
Sejarah keluaran
Negara | Tarikh | Format | Syarikat rakaman |
---|---|---|---|
Malaysia | 14 November 2014 | Muat turun digital,[9] media penstriman[10] | Amanda Imani Productions |
Rujukan
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (28 Februari 2015). "Sisi gelap Amanda Imani". Berita Harian. Dicapai pada 28 Februari 2018 – melalui KLiK.
- ^ Desiree Tresa Gasper (15 Disember 2014). "Darker side makes Amanda kinder" [Sisi yang lebih gelap jadikan Amanda lebih ceria] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 28 Februari 2018.
- ^ a b c d "Blackheart selah bakat Amanda Imani". Sinar Harian. 25 Disember 2014. Dicapai pada 28 Februari 2018.
- ^ a b c Budiey (28 Oktober 2015). "Amanda Imani lancar album Blackheart". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 14 Mac 2018.
- ^ Fatiha Mokhtar dan Hidayah Nazri (17 November 2014). "Blackheart speaks volumes of Amanda Imani's love and concerns" [Blackheart menonjolkan cinta dan prihatin Amanda Imani] (dalam bahasa Inggeris). Youth BERNAMA. Dicapai pada 14 Mac 2018.
- ^ Emma Mallaburn (19 November 2014). "Borders goes beyond books with Blackheart" [Borders melangkaui buku dengan Blackheart] (dalam bahasa Inggeris). Lipstiq. Dicapai pada 14 Mac 2018.
- ^ Budiey (3 Februari 2015). "Gambar sekitar showcase Blackheart Amanda Imani di No Black Tie". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 14 Mac 2018.
- ^ "Amanda Imani lancar album - Foto". mStar Online. 15 November 2014. Dicapai pada 14 Mac 2018.
- ^ "Blackheart - album by Amanda Imani" (dalam bahasa Inggeris). iTunes (MY). Dicapai pada 28 Februari 2018.
- ^ "Blackheart - album by Amanda Imani" (dalam bahasa Inggeris). Spotify. Dicapai pada 28 Februari 2018.