Banda Hilir merupakan sebuah kawasan pelancongan di Melaka, Malaysia. Kawasan ini terletak di Bandaraya Melaka dalam daerah Melaka Tengah, bersebelahan dengan Banda Kaba dan Melaka Raya. Di antara tempat-tempat menarik ialah seperti:
- A Famosa
- Istana Kesultanan Melaka
- Dataran Pahlawan
- Bangunan Stadthuys
- Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
- Menara Taming Sari
Di sini juga terdapat beberapa pusat membeli belah seperti:
Selain itu terdapat banyak hotel seperti:
- Hotel Equatorial Melaka
- Hotel Holiday Inn
- Hotel Mahkota Century
- Hotel Pahla1 (sedang dibina)
Artifak Kesultanan Melayu Melaka
Pusat Penyelidikan Arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) mengesahkan 4 rangka manusia yang ditemui di Bandar Hilir, Melaka merupakan rangka manusia yang hidup sekitar tahun 1400 hingga 1450 iaitu era Kesultanan Melayu Melaka. Turut dijumpai ialah 23 jenis artifak seperti tembikar dari China. Antaranya ialah tembikar batu, paip Belanda, tembikar tanah, botol kaca, atap genting, duit syiling pelbagai tahun, bata merah yang kebanyakannnya dari era Belanda, peluru senapang dari bahan timah, pelita minyak tanah, gelang jed dan teko.
Semua artifak ini ditemui ketika kerja-kerja pembinaan Menara Tinjau Bandar Hilir berhampiran Unit Polis Perlancongan Melaka di Bandar Hilir pada Ogos 2007. Lantaran itu, bangunan RM23 juta itu dialihkan ke tempat lain.[1][2]
Penginapan di Sekitar Bandar Hilir, Melaka
- Homestay Melaka
- INDAH Kembara Apartment & Hostel Melaka Diarkibkan 2017-09-20 di Wayback Machine
- Qish Hotel Melaka Diarkibkan 2017-09-16 di Wayback Machine
- Villa Heritage Residence Melaka Diarkibkan 2014-03-06 di Wayback Machine
- Hotel Dream Melaka Diarkibkan 2014-02-28 di Wayback Machine
- Hotel Shahbandar Melaka Diarkibkan 2014-02-28 di Wayback Machine
- Laksamana Townlodge Melaka Diarkibkan 2014-02-28 di Wayback Machine
- Mahkota Guest House Melaka Diarkibkan 2014-02-28 di Wayback Machine