Balau laut | |
---|---|
Daun balau laut di FRIM Kepong | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Order: | Malvales |
Keluarga: | Dipterocarpaceae |
Genus: | Shorea |
Spesies: | S. glauca
|
Nama binomial | |
Shorea glauca King.
|
Balau laut, dengan nama saintifiknya Shorea glauca ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Dipterocarpaceae genus Shorea.[2][3][4]
Ia dipanggil damar laut daun besar untuk bahasa Melayu, resak remenia di Melaka, selimbar di Pahang serta terbak di Kelantan.[3][5]
Penerangan
Ciri fizikal
Balau laut tumbuh sehingga 30 meter (98 kaki) tingginya.[6] Ciri-ciri lapangan fizikalnya seperti berikut:[5]
- Daun: berbentuk ovat-lanseolat (kadangkala serong), licin, agak nipis serta terdapat glaukus putih pada permukaan bawah daun sea-seakan daun balau pasir.
- Bunga: kudup berbentuk bujur bulat dan berwarna putih.
- Biji benih: biji berbentuk globos dan sayap nipis berkertas (warna merah jika belum matang).
- Batang pokok: berwarna kekuningan hingga coklat gelap dengan bintik kemerahan dan kulit pokok meretak tidak seragan serta melintang batang.
Taburan
Taburan pokok balau laut terdapat di Semenanjung Malaysia, Semenanjung Thailand dan Sumatera sahaja.[3]
Bagi di kawasan Semenanjung Malaysia dengan menurut buku Malaysian Plant Red List: Peninsular Malaysian Dipterocarpaceae, Malaysia Red List: Plants of Peninsular Malaysia Volume 1, Part 1 dan Kaum Dipterokarpa Negeri Pahang, pokok balau laut mampu dijumpai di Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Johor. Bagi di negeri Pahang, pokok ini boleh dijumpai di Daerah Temerloh, Daerah Rompin dan Daerah Kuantan seperti di Hutan Simpan Berserah.[3][4][5]
Balau laut hidup di kawasan berbukit batu, lereng bukit curam, permatang dengan ketinggian 150 hingga 500 meter. Ada juga tumbuh hingga 600 meter.[5]
Rujukan
- ^ Newman, M.F.; Pooma, R. (2017). "Shorea glauca". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T33113A2832740. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-3.RLTS.T33113A2832740.en. Dicapai pada 2 September 2025.
- ^ "Shorea glauca". www.mybis.gov.my. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai pada 2 September 2025.
- ^ a b c d Chua, L. S. L., penyunting (2010). Malaysia plant red list: peninsular Malaysian Dipterocarpaceae. Research pamphlet / Forest Research Institute Malaysia. Kepong, Selangor: Forest Research Institute Malaysia [u.a.] ISBN 978-967-5221-34-7.
- ^ a b Malaysia Red List: Plants of Peninsular Malaysia. 1 (ed. 1). Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). 2021. ISBN 978-967-2149-91-0.
- ^ a b c d Kamaruzaman, Haji Mohd Paiz; Yunus, Norhaidi; Abdul Jalil, Abdul Rahman; Mohd, Mohd Nasir (2011). Kaum Dipterokarpa Negeri Pahang. Kuantan, Pahang: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. ISBN 978-983-41623-1-3.
- ^ "Shorea glauca". www.nparks.gov.sg. Dicapai pada 2025-09-02.