Badak sumbu India Badak India Julat zaman:
| |
---|---|
Badak India | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | R. unicornis
|
Nama binomial | |
Rhinoceros unicornis (Linnaeus, 1758)
| |
Kawasan Badak India |
Badak sumbu India atau badak sumbu tanduk tunggal Asia (Rhinoceros unicornis) merupakan mamalia besar yang kebanyakannya terdapat di timur laut India dan Nepal, ia mendiami padang rumput tinggi dan hutan di kaki gunung banjaran Himalaya. Ia merupakan haiwan daratan keempat terbesar diketahui dengan berat ditimbang antara 2260 kg dan 3000 kg. Badak sumbu India tergolong dalam keluarga Rhinocerotidae, dan disenaraikan sebagai spesies terancam. Ia memiliki sebatang tanduk tunggal yang berukuran sepanjang antara 20 sm hingga 57 sm.
Badak sumbu India pernah merayau sepanjang Dataran Indo-Gangetik tetapi pemburuan melampau mengurangkan habitat semulajadi mereka dengan drastik. Hari ini, sekitar 3,000 badak sumbu India hidup liar, 2,000 darinya terdapat di Assam India.[2]
Badak sumbu India mampu berlari pada kepantasan sehingga 55 km/j (34 mph) untuk tempoh pendek dan turut juga merupakan perenang yang baik. Ia memiliki deria pendengaran dan bau yang amat baik tetapi penglihatan yang agak lemah.
Taxonomi
Badak sumbu India merupakan badak sumbu pertama yang diketahui oleh orang-orang Eropah.[Citation?] Badak sumbu ("Rhinoceros") berasal dari perkataan Greek, "rhino" bererti hidung dan "ceros" bererti tanduk. Badak sumbu India merupakan monotypic, bererti tidak terdapat spesies kecil yang jelas. Rhinoceros unicornis merupakan type species bagi keluarga rhinoceros, pertama kali dikelaskan oleh Carolus Linnaeus pada tahun 1758.[3]
Evolusi
Leluhur badak sumbu mula berpecah dari Perissodactyl lain pada Eosen Awal ("Early Eocene"). Perbandingan DNA Mitochondrial mencadangkan bahawa leluhur badak sumbu moden berpecah daripada leluhur Equidae sekitar 50 juta tahun dahulu.[4] Keluarga besar, Rhinocerotidae, mula muncul pada Eosen Akhir ("Late Eocene") di Eurasia, dan leluhur kepada spesies badak besar tersebar dari Asia bermula pada Miosen.[5]
Fosil Rhinoceros unicornis muncul pada Pleistosen Pertengahan ("Middle Pleistocene"). Semasa Pleistocene, genus Rhinoceros merayau sepanjang Asia Tenggara dan Asia Selatan, dengan spesimen terdapat di Sri Lanka. Sehingga Holosen ("Holocene"), sesetengah badak sumbu hidup ke barat sehingga Gujarat dan Pakistan sehingga 3,200 tahun dahulu.[3]
Badak sumbu India dan badak sumbu Kerbau, anggota genus Rhinoceros, mula muncul dalam rekod fosil di Asia sekitar 1.6 juta–3.3 juta tahun dahulu. Anggaran melekul, bagaimanapun, mencadangkan spesies ini mungkin berpisah lebih awal lagi, sekitar 11.7 juta tahun dahulu.[4][6] Sungguhpun tergolong dalam type genus, badak sumbu India dan badak Kerbau dipercayai tidak berkait rapat dengan spesies badak sumbu yang lain. Kajian berlainan telah membuat hipotesis bahawa mereka mungkin berkait rapat dengan Gaindetherium atau Punjabitherium yang kini pupus. Analisa cladistic terperinci bagi Rhinocerotidae meletakkan Rhinoceros dan Punjabitherium yang pupus dalam clade bersama Dicerorhinus, badak sumbu Sumatra. Kajian yang lain pula mencadangkan bahawa badak sumbu Sumatra lebih berkait rapat dengan dua spesies Afrika.[7] Badak sumbu Kerbau mungkin berpisah daripada badak sumbu Asia yang lain seawal 15 juta tahun dahulu.[5][8]
Gambaran
Dari segi saiz badak sumbu India menyamai badak sumbu Putih di Afrika; kedua-duanya merupakan badak sumbu terbesar dalam semua spesies badak sumbu. Jantan yang matang adalah lebih besar berbanding betina yang hidup liar, mencecah berat sehingga 2,200 hingga 3,000 kg (4,900 hingga 6,600 lb). Badak sumbu India betina seberat sekitar 1,600 kg. Badak sumbu India adalah setinggi 1.7 hingga 2 m (5 ka 7 in hingga 6 ka 7 in) dan mampu mencecah sepanjang 4 m (13 ka). Spesiment memecah rekod bagi badak sumbu ini adalah sekitar 3,500 kg.
Badak sumbu India memiliki tanduk tunggal; ia terdapat pada badak jantan dan betina, tetapi tiada bagi badak yang baru lahir. Tanduk tersebut sama seperti kuku manusia, keratin tulin dan mula menonjol selepas 6 tahun. Bagi kebanyakan dewasa tanduk mencecah panjang sekitar 25 sentimeter,[9] tetapi terdapat rekod tanduk yang sepanjang 57.2 sentimeter. Tanduk hidung melengkung kebelakang dari hidung. Tanduknya secara semulajadi bewarna hitam. Dikalangan badak dalam kurungan, tanduk itu sering kali haus ke ketulan tebal.[3]
Badak sumbu yang kelihatan seperti haiwan purba ini memiliki kulit tebal perang-keperakan yang menjadi merah jambu berhampiran dengan lipatan kulit tebal yang melitupi badannya. Badak sumbu jantan memiliki lipatan tengkuk tebal. Kaki hadapan dan bagunya diselitupi dengan bonggol seperti ketuat. Ia memiliki bulu badan yang jarang , selain bulu mata, tepi telinga dan bulu ekor yang seperti berus lukis.[3]
Dalam kurungan, empat ekor diketahui hidup melebihi 40 tahun, yang tertua hidup sehingga 47 tahun.[3]
Tabiat
Badak ini hidup di padang rumput tinggi dan hutan pinggir sungai tetapi akibat kehilangan habitat mereka diasak ke kawasan pertanian. Mereka kebiasaannya haiwan bersendirian, kecuali ibu dan anak atau pasangan mengawan, sungguhpun mereka kadang-kala berkelompok di kawasan mandian. Mereka memiliki kawasan rumah, kawasan rumah jantan biasanya seluas 2-8 kilometer persegi, dan bertindanan sesama sendiri. Badak jantan yang berkuasa biasanya membiarkan sahaja jantan lain merentasi kawasan mereka kecuali ketika mereka dalam musim mengawan, bilamana pertempuran yang merbahaya meletus. Mereka aktip pada waktu malam dan awal pagi. Mereka menghabiskan masa tengahari berendam dalam tasik, sungai, kolam, dan lopak bagi menyejukkan badan. Badak sumbu merupakan perenang yang baik. Lebih 10 bentuk bunyi komunikasi badak telah direkodkan.
Badak sumbu India tidak banyak mempunyai pemangsa semulajadi kecuali harimau. Harimau kadangkala membunuh anak badak yang tidak dijaga, tetapi badak dewasa kurang terancam disebabkan saiz mereka. Manusia merupakan ancaman yang lain, memburu badak sumbu terutamanya bagi sukan dan bagi kegunaan tanduknya. Mynah dan egret kedua-dua makan invertebrat daripada kulit badak dan sekeliling kakinya. Lalat Tabanus, sejenis lalat kuda diketahui menggigit badak. Badak juga terdedah kepada penyakit yang disebarkan oleh parasit seperti lintah, kutu, dan nematod. Antraks dan septisemia penyakit darah juga diketahui berlaku.[3]
Diet
Badak sumbu India adalah peragut. Dietnya terdiri hampir sepenuhnya rumput, tetapi badak juga diketahui makan daun, ranting pokok renek dan pokok, buah dan pokok akuatik terapung dan bawah air.[3]
Meragut berlaku semasa pagi dan petang. Badak menggunakan bibir pemaut ("prehensile lip") bagi mengenggam batang rumput, melenturkan ranting ke bawah, menggigit pucuknya dan makan rumput. Dengan rumput amat tinggi atau anak pokok, badak seringkali merempuh pokok, dengan kakinya di kedua belah, menggunakan berat badannya bagi menolak hujung pokok kebawah pada aras mulutnya. Ibu badak juga menggunakan teknik ini bagi memudahkan anak badak makan. Badak minum selama seminit atau dua suatu masa, seringkali minum air yang dipenuhi air kencing badak.[3]
Kehidupan bermasyarakat
Badak sumbu India membentuk pelbagai kelompok masyarakat. Badak sumbu India dewasa seringkali bersendirian, kecuali untuk tujuan mengawan atau berlawan. Badak sumbu India betina kebanyakannya hidup bersendirian apabila tidak melahirkan anak. Si ibu akan kekal berhampiran anaknya sehingga empat tahun selepas kelahirannya, kadangkala membenarkan anak lebih tua untuk menemaninya apabila anak baru dilahirkan. Badak sumbu India remaja jantan dan betina turut juga membentuk kelompok yang tetap. Sekumpulan dua atau tiga badak jantan muda sering terbentuk dipinggir kawasan rumah jantan berkuasa, kemungkinannya bagi perlindungan secara berkelompok. Badak betina muda kurang bersosial berbanding badak jantan. Badak sumbu India turut membentuk kumpulan jangka pendek, terutama di lopak hutan semasa musim monsun dan di padang rumput semasa Mac dan April. Sekumpulan sehingga 10 badak mungkin berkumpul dalam kubang—biasanya jantan berkuasa dengan badak betina dan anak-anaknya, tetapi tiada jantan muda.[10]
Badak sumbu India menghasilkan pelbagai bunyi. Sekurang-kurangnya sepuluh bunyi jelas telah dikenal pasti: berdengkur, honking, mengembek, mengaum, squeak-panting, moo-grunting, berteriak, mengerang, merungut ("rumbling") and humphing. Tambahan kepada bunyi, badak turut menggunakan perhubungan olfaktori. Jantan dewasa kencing songsang, sejauh sehingga 3–4 meter dibelakang mereka, seringkali sebagai tindakbalas kepada gangguan pemerhati. Sebagaimana badak lain, badak sumbu India sering kali membuang najis berhampiran timbunan besar najis lain. Badak sumbu India memeliki kelenjar bau bahagian kaki yang digunakan oleh mereka bagi menanda kehadiran mereka di jamban badan ini. Badak jantan telah dilihat berjalan dengan kepala mereka tunduk ke tanah menghidu, kemungkinannya mengekori bau badak betina.[10]
Dalam kelumpulan, badak sumbu India seringkali ramah-tamah. Ia seringkali menyambut sesama sendiri dengan mengeleng atau menganggukkan kepala mereka, memanjat sisi ("mounting flanks"), melaga hidung, atau menjilat. Badak akan bermain tolak-tolakkan, berlari keliling, dan bermain dengan ranting pada mulut mereka. Badak jantan dewasa merupakan punca utama dalam perkelahian. Pertempuran antara jantan berkuasa merupakan punca utama kematian badak dan badak jantan turut ganas terhadap badak betina semasa mengawan. badak jantan akan mengejar badak betina pada jarak yang jauh malah menyerang mereka secara berdepan.[10] Tidak seperti badak sumbu Afrika yang menyerang dengan menggunakan tanduk, badak sumbu India menyerang dengan menggunakan gigi kacipnya.[11]
Pembiakan
Dalam zoo, badak betina mungkin membiak semuda empat tahun, tetapi badak betina liar biasanya mencecah enam tahun sebelum mereka membiak.[12] Usia lebih tua secara liar mungkin membayangkan bahawa badak betina perlu cukup besar bagi mengelak daripada terbunuh oleh badak jantan yang ganas. Badak sumbu India memiliki tempoh bunting yang agak panjang sekitar 15.7 bulan. Jarak antara kelahiran antara 34–51 bulan.[12] Dalam tahanan, badak jantan mungkin membiak pada usia lima tahun. Tetapi secara liar, hanya jantan berkuasa membiak dan badak tidak mencapai penguasaan sehingga mereka lebih tua dan lebih besar. Dalam satu kajian lima tahun di lapangan, hanya satu badak mencapai kejayaan membiak yang dianggarkan kurang dari 15 tahun.[13]
Taburan
Badak ini pernah merayau sepanjang utara India dari Peshawar hingga ke Burma. Sekitar 5,000 tahun dahulu, ia mendiami Lembah Indus di Pakistan. Akibat kemusnahan habitat dan perubahan cuaca julat mereka perlahan-lahan berkurangan sehinggakan menjelang abad ke-19, mereka hanya masih hidup di padang rumput Terai di selatan Nepal, bahagian utara Uttar Pradesh, bahagian utara Bihar, bahagian utara Bengal, dan di Lembah Brahmaputra di Assam.[14]
On the former abundance of the species, Thomas C. Jerdon wrote in 1874 in the Mammals of India:
This huge rhinoceros is found in the Terai at the foot of the Himalayas, from Bhotan to Nepal. It is more common in the eastern portion of the Terai than the west, and is most abundant in Assam and the Bhotan Dooars. I have heard from sportsmen of its occurrence as far west as Rohilcund, but it is certainly rare there now, and indeed along the greater part of the Nepal Terai; ... Jelpigoree, a small military station near the Teesta River, was a favourite locality whence to hunt the Rhinoceros and it was from that station Captain Fortescue, of the late 73rd N.I., got his skulls, which were, strange to say, the first that Mr. Blyth had seen of this species, of which there were no specimens in the Museum of the Asiatic Society at the time when he wrote his Memoir on this group.
— Jerdon, T. C. 1874 The Mammals of India.
hari ini, julat mereka merosot kepada beberapa poket di selatan Nepal, utara Bengal dan di Lembah Brahmaputra. pada tahun 1980-an, badak sering kali dilihat di kawasan padang sempit Taman Negara Diraja Sungai Manas di Bhutan. pada awal 1980-an, skim pemindahan badak dimulakan. pasangan badak pertama diperkenalkan dari Nepal Terai ke Taman Negara Lal Suhanra di Punjab, Pakistan pada 1982. Pada 1984, lima ekor badak dipindahkan ke Taman Negara Dudhwa -- empat dari lapangan di luar Taman Perlindungan haiwan Liar Pabitora dan satu dari Goalpara.[14]
Populasi dan ancaman
Pada abad ke sembilan belas dan awal abad ke dua puluh, badak sumbu India diburu secara meluas dan berterusan. Laporan dari pertengahan abad ke sembilan belas mendakwa bahawa sesetengah pegawai tentera di Assam setiap seorangnya menembak lebih dari 200 ekor badak. Pada awal 1900-an, pegawai menjadi bimbang dengan bilangan badak yang menjunam. Menjelang 1908 di Kaziranga, salah satu dari julat badak utama, populasi merosok kepada hanya 12 individu. pada tahun 1910, semua pemburuan badak di India dilarang.[3]
This rhino is a major success of conservation. Only 100 remained in the early 1900s; a century later, their population has increased to about 2500 again, but even so the species is still endangered. The Indian rhino is illegally poached for its horn, which some cultures in East Asia believe has healing and potency powers and therefore is used for Traditional Chinese Medicine and other Oriental medicines. Habitat loss is another threat.
Kerajaan India dan Nepalese telah mengambil langkah besar kearah pemeliharaan badak sumbu India dengan bantuan World Wildlife Fund (WWF). Taman Negara Kaziranga dan Taman Negara Manas, hutan simpan Pobitora (memiliki kepadatan badak sumbu India tertinggi di dunia), Taman Negara Orang dan hutan simpan Laokhowa di Assam memiliki populasi amat kecil.
Pada tahun 2008, lebih dari 400 badak sumbu India dilihat di Taman Negara Chitwan, Nepal.[15]
Lokasi | Bilangan badak | Jumlah kawasan |
---|---|---|
Kaziranga NP, Assam | 1600 + | 430 km2 |
Chitwan NP, Nepal | 600 + | 932 km2 |
Pobitara WLS, Assam | 78 | 16 km2 |
Jaldapara WLS, West Bengal | 65 | 21 km2 |
Orang NP, Assam | 46 | 78 km2 |
Gorumara NP, West Bengal | 32 | 8.88 km2 |
Manas NP | Kewujudan dipertikai | - |
Laokhowa WLS | None known | - |
Lokasi | Bilangan badak |
---|---|
Dudhwa NP/ TR, India | 21 |
Taman Negara Bardia, Nepal | 85 |
Taman Pemeliharaan Sukla Phanta, Nepal | 16 |
Pola demografik bagi Rhinoceros unicornis. Sumber : here.
|
Dalam kurungan
Badak sumbu India pada awalnya sukar membiak dalam kurungan. Rekod kelahiran dalam kurungan pertama bagi badak sumbu adalah di Kathmandu pada 1826, tetapi kelahiran berjaya yang lain tidak berulang selama hampir 100 tahun kemudian; pada 1925 seekor badak sumbu dilahirkan di Kolkata. Tidak ada badak sumbu berjaya dibiakkan di Eropah sehingga tahun 1956. Pada 14 September 1956 Rudra dilahirkan di Zoo Basel, Switzerland.
Pada pertengahan kedua abad ke-20, zoo semakih mahir membiakkan Badak sumbu India. Pada tahun 1983, sekitar 40 telah dilahirkan dalam tahanan.[3] Sehingga tahun 2008, 31 badak sumbu India telah dilahirkan dalam sejarah Zoo Basel, yang bererti kebanyakan badak sumbu India yang terdapat di zoo mempunyai kaitan dengan populasi di Basel, Switzerland.
Gambaran budaya
Badak sumbu India merupakan badak sumbu pertama yang diketahui di luar julatnya. Badak sumbu India pertama sampai ke Eropah pada zaman moden tiba di Lisbon pada 20 May 1515. Raja Manuel I dari Portugis bercadang untuk menghantar badak sumbu itu kepada Paus Leo X, tetapi badak sumbu itu mati semasa kapal pecah. Bagaimanapun sebelum ia mati, badak tersebut telah dilakar oleh artis yang tidak diketahui. Seorang artis Jerman, Albrecht Dürer, melihat lakaran tersebut dan gambarannya dan menghasilkan cap kayu bagi badak tersebut, dikenali selepas itu sebagai Dürer's Rhinoceros. Sungguhpun lukisan tersebut mempunyai sifat antomi tidak tepat (terutamanya tanduk kecil pada bahu badak), lakarannya menjadi imej badak sumbu yang kekal dalam budaya barat selama beberapa abad.
Badak sumbu India juga merupakan haiwan rasmi negeri Assam, India. Ia juga merupakan logo organisasi bagi Syarikat Minyak Assam Ltd.
Nota kaki
- ^ Asian Rhino Specialist Group (2008). Rhinoceros unicornis. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 30 Jun 2008. Listed as Vulnerable (VU B1+2cde v3.1)
- ^ Sarma, P.K., Talukdar, B.K., Sarma, K., Barua, M. (2009) Assessment of habitat change and threats to the greater one-horned rhino (Rhinoceros unicornis) in Pabitora Wildlife Sanctuary, Assam, using multi-temporal satellite data. Pachyderm No. 46 July–December 2009: 18-24 pdf download[pautan mati kekal]
- ^ a b c d e f g h i j Laurie, W.A. (1983). "Rhinoceros unicornis". Mammalian Species. American Society of Mammalogists (211): 1–6. doi:10.2307/3504002. JSTOR 10.2307/3504002. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ a b Xu, Xiufeng (1 November 1996). "The Complete Mitochondrial DNA Sequence of the Greater Indian Rhinoceros, Rhinoceros unicornis, and the Phylogenetic Relationship Among Carnivora, Perissodactyla, and Artiodactyla (+ Cetacea)". Molecular Biology and Evolution. 13 (9): 1167–1173. PMID 8896369. Dicapai pada 2007-11-04. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ a b Lacombat, Frédéric. The evolution of the rhinoceros. In Fulconis 2005, halaman 46–49.
- ^ Tougard, C. (2001). "Phylogenetic relationships of the five extant rhinoceros species (Rhinocerotidae, Perissodactyla) based on mitochondrial cytochrome b and 12s rRNA genes". Molecular Phylogenetics and Evolution. 19 (1): 34–44. doi:10.1006/mpev.2000.0903. PMID 11286489. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Cerdeño, Esperanza (1995). "Cladistic Analysis of the Family Rhinocerotidae (Perissodactyla)" (PDF). Novitates. American Museum of Natural History (3143). ISSN 0003-0082. Dicapai pada 2007-11-04.
- ^ Dinerstein 2003, halaman 10–15
- ^ Dinerstein 2003, halaman 272
- ^ a b c Dinerstein 2003, halaman 283–286
- ^ Dinerstein 2003, halaman 134–135
- ^ a b Dinerstein 2003, halaman 142
- ^ Dinerstein 2003, halaman 148–149
- ^ a b Choudhury, A. U. (1985) Distribution of Indian one-horned rhinoceros. Tiger Paper 12(2): 25-30
- ^ Basu P. (2008) Rare One-Horned Rhino Bouncing Back in Nepal. National Geographic News article online
Rujukan
- Dinerstein, Eric (2003). The Return of the Unicorns; The Natural History and Conservation of the Greater One-Horned Rhinoceros. New York: Columbia University Press. ISBN 0-231-08450-1.
- Foose, Thomas J. and van Strien, Nico (1997). Asian Rhinos – Status Survey and Conservation Action Plan. IUCN, Gland, Switzerland, and Cambridge, UK. ISBN 2-8317-0336-0.
- Fulconis, R. (ed.) (2005). Save the rhinos: EAZA Rhino Campaign 2005/6. London: European Association of Zoos and Aquaria.CS1 maint: extra text: authors list (link)
Lihat juga
- The Soul of the Rhino (buku)
Pautan luar
- (Melayu) Maklumat mengenai badak dari Jabatan Hidupan Liar Malaysia Diarkibkan 2008-10-13 di Wayback Machine
- (Inggeris) Pusat badak Sumbu India
- (Inggeris) http://www.animalpicturesarchive.com/view.php?tid=2&did=28579 Diarkibkan 2008-03-03 di Wayback Machine
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Badak sumbu India |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Badak sumbu India. |
- The Rhino Resource Center
- Indian Rhino on Kaziranga National Park Official website
- Indian Rhino page at International Rhino Foundation website
- Greater Indian Rhinoceros page at TheBigZoo.com
- Indian Rhino page at AnimalInfo.org
- Indian Rhino page at AmericaZoo.com
- Indian Rhinoceros page at nature.ca
- Page Rhinocéros indien à nature.ca
- Indian Rhinoceros page at UltimateUngulate.com
- Population of Indian one-horned rhinoceros in India and Nepal Diarkibkan 2008-11-22 di Wayback Machine
- Short narrated video about the Indian Rhinoceros
- Images, videos and information on the Indian Rhinoceros Diarkibkan 2007-12-17 di Wayback Machine
- Asian Rhino Foundation
- Indian Rhino photo gallery
- Indian army to help prevent rhino poaching