Badak sumbu Julat zaman: Eosen - Kini
| |
---|---|
Badak sumbu hitam, Diceros bicornis | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | Rhinocerotidae Gray, 1821
|
Genus masih wujud | |
Ceratotherium | |
Taburan badak sumbu |
Badak sembu (Jawi: بادق سومبو ) ialah sejenis haiwan ungulat berjari ganjil tergolong dalam keluarga Rhinocerotidae. Haiwan ini sangat besar dan mempunyai satu hingga dua tanduk atau "sumbu"[1] diperbuat daripada keratin, bahan protein sama yang menghasilkan rambut dan kuku.[2] Ada lima spesies badak sumbu yang masih wujud iaitu badak sumbu hitam (Diceros bicornis) dan badak sumbu putih (Ceratotherium simum) ditemui di Afrika manakala badak sumbu kerbau (Dicerorhinus sumatrensis), badak sumbu India (Rhinoceros unicornis) dan badak raya (Rhinoceros sondaicus) ditemui di Asia. Terdapat dua subfamili badak sumbu iaitu yang mempunyai satu sumbu dan yang mempunyai dua sumbu. Spesies Afrika dan badak sumbu kerbau memiliki dua tanduk, sementara badak India dan badak raya memiliki satu tanduk.
Badak sumbu menjadi buruan bagi tanduknya yang dikehendaki di China dan Vietnam sebagai bahan perubatan tradisional Cina, sungguhpun tidak ada bukti kukuh manfaat kesihatannya.[3][4] Tanduk badak juga diburu sebagai bahan hulu pisau belati orang Yaman pada 1970-an dan 1980-an.[5]
Taksonomi dan penamaan
Nama keluarga haiwan ini, Rhinocerotidae diambil dari perkataan Bahasa Yunani Kuno: ῥῑνόκερως rhinokerōs terdiri daripada kata ῥῑνο- rhino- bererti "hidung" dan κέρας keras bererti "tanduk" dengan itu bermaksud "hidung bertanduk" memandangkan hanya spesies badak sumbu yang mempunyai tanduk di atas hidungnya.
Ciri-ciri
Keluarga badak sumbu bersaiz besar (salah satu dari haiwan besar (megafauna) yang masih hidup hari ini) dengan kesemua spesies mampu mencapai berat sehingga satu tan; diet maun; dan kulit perlindungan yang tebal, setebal 1.5–5 sentimeterm, terbentuk dari lapisan kolagen terletak dalam kedudukan bersilang (lattice); saiz otak yang agak kecil berbanding saiz mamalia sebesar ini(400–600g); dan tanduk besar. Mereka biasanya makan bahan berdaun, sungguhpun keupayaan bagi memeram makanan dalam kolon (perut tengah) membenarkan mereka hidup memakan bahan tumbuhan lebih berserat, jika perlu. Tidak seperti perissodactyl lain, spesies badak sumbu Afrika ketiadaan gigi pada bahagian hadapan mulut, sebaliknya bergantung kepada gigi premolar dan molar yang kuat bagi menghancurkan makanan tumbuh-tumbuhan.[6] Bilangan gigi berbeza dengan banyaknya antara spesis, tetapi secara umum adalah: Templat:Dentition2
Lima spesis yang masih hidup jatuh kepada tiga kategori. Dua spesis Afrika, badak sumbu putih dan badak sumbu hitam, berpisah semasa awal Pliosen (sekitar 5 juta tahun dahulu) tetapi kumpulan Dicerotini yang kedua mereka termasuk kedalamnya berasal pada pertengahan Miosen, sekitar 14.2 juta tahun dahulu. Perbezaan utama antara badak-badak sumbu putih dan hitam adalah bentuk mulut mereka. Badak sumbu putih memiliki bibir leper bagi meragut sementara badak sumbu hitam mempunyai bibir tirus bagi makan dedaunan. Nama badak sumbu putih adalah sebenarnya satu kesalahan, atau lebih tepat lagi herotan bagi perkataan wijd ("lebar" dalam bahasa Afrika) merujuk kepada bibir lebar spesies ini.
Badak sumbu putih dibahagikan kepada subspesies Utara dan Selatan. Terdapat dua spesis Rhinocerotini yang masih hidup, badak sumbu India yang terancam dan badak raya yang amat terancam, yang berpisah antaranya sekitar 10 juta tahun dahulu. Badak kerbau yang amat terancam merupakan satu-satunya spesies yang masih hidup dari kelompok paling primitif, Dicerorhinini, yang muncul pada era Miosen (sekitar 20 juta tahun dahulu).[7] Badak sumbu berbulu yang telah pupus dari Eropah utara dan Asia juga merupakan dari puak ini.
Sub-spesifik badak sumbu putih kacukan (Ceratotherium s. simum × C. s. cottoni) merupakan baka dari Dvůr Králové Zoo (Zoological Garden Dvur Kralove nad Labem) di Republik Czech pada tahun 1977. Kacukan antara spesies Badak Sumbu Hitam dan Putih juga telah disahkan.[8]
Kesemua spesies badak sumbu memiliki sebanyak 82 kromosom (diploid number, 2N, setiap sel) kecuali badak sumbu hitam yang mempunyai 84 kromosom. Ini merupakan jumlah kromosom yang dikenalpasti tertinggi di antara semua mamalia.
Badak sembu putih
Badak sumbu putih atau Ceratotherium simum merupakan haiwan darat terbesar yang tinggal di dunia selepas gajah, bersama badak sumbu hitam dan badak air, yang bersaiz hampir sama. Terdapat dua subspesies badak sumbu putih; sehinga 2005, Afrika Selatan memiliki subspesies pertama, badak sumbu putih selatan (Ceratotherium simum simum). Populasi badak sumbu putih selatan adalah sekitar 14,500 ekor, menjadikannya subspesies badak sumbu terbanyak di dunia. Bagaimanapun, populasi subspesies kedua, amat terancam badak sumbu putih utara (Ceratotherium simum cottoni), merosot kepada serendah empat individual secara liar, dan menghadapi bahaya kepupusan.[9]
Badak sumbu putih mempunyai bahagian badan dan kepala yang besar, tengkuk yang pendek, dada yang luas. Badak sumbu putih boleh melebihi 3000 kilogram (6000 paun) mempunyai ukuran kepala dan badan kira-kira 3.35-4.2 meter (11-13.9 kaki) dan ketinggian bahu kira-kira 150-185 sentimeter (60-73 inci). Rekod menunjukkan saiz badak ini sekitar 4500 kilogram (10,000 paun).[10]. Hujung muncungnya mempunyai dua tanduk. Tanduk paling hadapan adalah lebih panjang dari tanduk yang lagi satu dan dianggarkan sepanjang 89.9 sentimeter (23.6 inci) panjang dan ia boleh mencapai 150 sentimeter (59 inci). Badak sumbu putih juga dikenalpasti mempunyai bonggol di belakang tengkuknya iaitu untuk menyokong kepalanya yang besar. Warna haiwan ini dalam lingkungan warna coklat kekuningan ke kelabu salak. Badak sumbu putih mempuunyai rambut di sekitar tepi telinga dan ekor merentangi badannya. Badak sumbu putih kebiasaannya mempunyai keluasan mulut yang leper yang tersendiri yang boleh membantu mereka untuk ragutan/meragut.
Badak sumbu hitam
Nama badak sumbu hitam (Diceros bicornis) dipilih untuk membezakan spesis ini dari badak sumbu putih. Ini boleh mengelirukan kerana kedua-dua spesis ini tidak dapat dibezakan melalui warna. Terdapat empat jenis spesis bagi badak sumbu hitam: Selatan-pusat (Diceros bicornis minor), spesis paling banyak, di mana jarak kedudukan dari selatan pusat Tanzania hingga ke Zambia, Zimbabwe dan Mozambique ke utara dan timur Afrika Selatan; barat daya (Diceros bicornis bicornis) wujud lebih sesuai di kawasan gersang dan separa kering savanna seperti Namibia, selatan Angola, barat Botswana dan barat Afrika Selatan; Afrika Timur (Diceros bicornis michaeli), terutamanya di Tanzania; dan Afrika Barat (Diceros bicornis longipes) yang telah diisytiharkan pupus buat sementara waktu pada tahun 2006.[11]
Badak sumbu hitam dewasa berdiri setinggi 147–160 cm (57.9–63 inci) pada paras bahu dan mencapai 3.3-3.6 m (10.8–11.8 kaki) panjang.[12] Berat dewasa badak sumbu hitam mencapai 800 sehingga 1400 kg (1,760 hingga 3,080 lb), berat luar biasa sehingga 1820 kg (4,000 lb), di mana betina adalah lebih kecil berbanding jantan. Dua tanduk pada tengkorak dibentuk dari keratin di mana bahagian depan lazimnya 50 cm panjang, luar biasa sehingga 140 cm. Kadang kala satu tanduk yang ketiga boleh terbentuk. Badak sumbu hitam kelihatan lebih kecil berbanding badak sumbu putih, dan mempunyai mulut yang tajam yang digunakan untuk memeggang daun dan ranting semasa makan.
Badak sumbu India
Badak sumbu India (Rhinoceros unicornis) terdapat di Nepal dan di Assam, India. Ia juga dikenali sebagai Gaida di kalangan orang Nepal. Sewaktu ketika, badak sumbu ini dahulu pernah mendiami kawasan dari Pakistan sehingga ke Burma dan mungkin pernah sampai ke China. Namun begitu pengaruh dari manusia terhadapnya telah menyebabkan populasinya menurun dan sekarang badak sumbu ini hanya wujud di kawan berpopulasi kecil di bahagian selatan India dan Nepal. Ia telah dikelilingi dengan ketinggian padang rumput dan hutan di kaki gunung Himalaya.
Badak sumbu India mempunyai kulit coklat keperakan yang tebal, di mana telah menyebabkan liaptan yang ketara di seluruh badannya. Di bahagian atas kaki dan bahunya diliputi dengan ketuat seperti bonggolan, dan ia mempunyai bulu badan yang amat sedikit. Tumbesaran keseluruhan jantan adalah lebih besar dari betina di dalam hutan, dan ia boleh mencapai berat dari 2200-3000 kilogram (4,800–6,600 lb). Badak sumbu India betina mempunyai berat kira-kira 1600 kilogram. Badak sumbu India boleh mencapai ketinggian dari 5.7–6.7 kaki dan boleh mencapai 13 kaki (4.0 m) tinggi. Rekod spesimen badak sumbu ini menunjukkan badak sumbu ini dianggarkan 3500 kilogram. Badak sumbu India mempunyai satu tanduk yang boleh mencapai panjang di antara 20 sentimeter dan 101 sentimeter. Saiznya setanding saiz badak sumbu putih di Afrika.
Badak raya
Badak Raya (Rhinoceros sondaicus) adalah di antara salah satu haiwan yang paling sukar dilihat dan merupakan mamalia paling terancam jumlahnya diseluruh dunia.[13] Menurut anggaran 2002, hanya tinggal 60 ekor, di Jawa (Indonesia) dan Vietnam. Dari kesemua spesis badak sumbu, kumpulan ini dikenali sebagai badak sumbu Jawa. Haiwan-haiwan ini menyukai kawasan tanah pamah, padang rumput yang tinggi, dan semak mensiang yang banyak ditemukan di dataran banjir besar dan kubang lumpur. Walaupun terdapat meluas di seluruh Asia, dalam tahun 1930 badak sumbu ini telah diburu di India, Burma, Semenanjung Malaysia, dan Sumatera untuk tujuan perubatan daripada tanduk dan darahnya.
Sebagaimana badak sumbu India yang lebih besar, badak raya hanya memiliki tanduk tunggal. Ia tidak memiliki bulu, kulit kelabunya berlipat pada bahagian bahu, belakang, dan punggung memberikannya rupa seperti berperisai. Tubuh badak raya mencecah sehingga 3.1-3.2 m (10-10.5 kaki), termasuk kepalanya dan setinggi 1.5–1.7 m (4.9-5.6 kaki). Badak dewasa dilaporkan memiliki berat antara 900–1,400 kg[14] or 1,360-2,000 kg.[15] Tanduk badak jantan mampu mencecah panjang sehingga 26 cm sementara badak betina hanya memiliki bonggol atau langsung tiada.[15]
Tempat terakhir bagi badak sumbu India adalah di Taman Negara Kaziranga yang terletak di jajahan Golaghat di Assam.
Badak sumbu kerbau
Badak sumbu kerbau (Dicerorhinus sumatrensis) adalah spesies rhinoceros terkecil, dan juga yang paling berbulu, yang membenarkannya hidup pada altitud amat tinggi di Borneo dan Sumatera. Akibat kehilangan habitat dan pemburu haram, jumlahnya merosot dan ia merupakan salah satu haiwan mamalia paling jarang ditemui di dunia. Hanya sekitar 275 Badak Kerbau dipercayai masih tinggal.
Biasanya seekor badak kerbau dewasa berdiri kira-kira 130 cm (4.3 kaki) tinggi di bahu, panjang badan 240–315 cm (7.9kaki - 10.3 kaki) dan berat sekitar 700 kg (1543 paun), sungguhpun individual terbesar yang diketahui mencecah berat sehingga 1,000 kilogram. Sebagaimana spesies Afrika, ia memiliki dua tanduk, yang terbesar di hadapan (25–79 cm) dan yang lebih kecil di belakang biasanya kurang dari 10 cm panjang. Haiwan jantan memiliki tanduk lebih besar berbanding betina. Rambut boleh berbeza dari amat tebal (rambut paling tebal pada hawian muda) sehingga jarang-jarang. Warna badak sumbu ini adalah merah keperangan. Badannya pendek dan memiliki kaki montok. Ia juga memiliki bibir panjang ("prehensile").
Evolusi
Rhinocerotoids berpisah dari perissodactyls lain pada awal tempoh Eocene. Fosil Hyrachyus eximus dijumpai di Amerika Utara bertarikh pada tempoh ini. Leluhur badak tanpa sumbu menyerupai tenuk atau kuda kecil berbanding badak sumbu. Tia keluarga, kadang kala dikumpulkan bersama sebagai keluarga besar Rhinocerotoidea, berevolusi pada akhir Eocene: Hyracodontidae, Amynodontidae dan Rhinocerotidae.
Hyracodontidae, juga dikenali sebagai "badak berlari," menunjukkan adaptasi bagi kepantasan, dan akan kelihatan lebih menyerupai kuda berbanding badak sumbu moden. Hyracodontids terkecil bersaiz anjing; sementara yang terbesar merupakan Indricotherium, dipercayai salah satu haiwan mamalia daratan terbesar pernah wujud. Indricotherium tak bertanduk hampir setinggi tujuh meter, sepanjang sepuluh meter, dengan berat sehingga 15 tan. Sebagaimana zirafah, ia makan daun pokok. Hyracodontids tersebar sepanjang Eurasia dari tempoh pertengahan-Eocene hingga awal Miocene.
Keluarga Amynodontidae, juga dikenali sebagai "badak sumbu air," tersebar sepanjang Amerika Utara dan Eurasia, dari akhir Eocene hingga awal Oligocene. Amynodontids menyerupai badak air dari segi ekologi dan rupanya, mendiami sungai dan tasik, dan berkongsi banyak adaptasi yang sama bagi kehidupan di air sebagaimana Badak Air.
Keluarga bagi semua badak sumbu moden, Rhinocerotidae, mula muncul pada Akhir Eocene di Eurasia. Ahli terawal bagi Rhinocerotidae adalah kecil dan banyak; sekurang-kurangnya 26 genera hidup di Eurasia dan Amerika Utara sehingga gelombang kepupusan pada pertengahan Oligocene menghapuskan kebanyakan spesies lebh kecil. Bagaimanapun, beberapa susur galur bebas masih tinggal. Menoceras, badak sumbu bersaiz babi yang memiliki tanduk melintang kiri dan kanan atau Teleoceras dari Amerika Utara yang memiliki kaki pendek dan dada lebar dan hidup sehingga sekitar 5 juta tahun dahulu. Badak sumbu terakhir di Amerika pupus pada tempoh pliocene.
Badak Sumbu moden dipercayai tersebar dari Asia pada permulaan Miocene. Dua spesies yang terselamat tempoh glasiar terakhir dan mendiami Europah sehingga 10,000 tahun dahulu. Badak Sumbu Berbulu muncul di China sekitar 1 juta tahun dahulu dan mula tiba di Europah sekitar 600,000 dahulu, di mana bersama Mamoth Berbulu, mereka membiak tetapi akhirnya diburu sehingga pupus oleh manusia awal. Satu lagu spesies badak sumbu besar, Elasmotherium, terselamat zaman air batu terakhir. Juga dikenali sebagai Badak Sumbu Rhinoceros, Elasmotherium berdiri setinggi dua meter, lima meter panjang dan seberat sekitar lima tan, dengan satu tanduk gergasi, didi hypsodont dan kaki panjang bagi berlari pantas.
Antara spesies badak sumbu, Badak Kerbau adalah yang paling tua, pertama kali muncul 15 juta tahun dahulu. Badak Kerbau berkait rapat dengan badak Sumbu Berbulu, tetapi tidak dengan spesies moden lain. Badak Sumbu India dan Badak Raya adalah berkait rapat dan berasal dari susur galur badak sumbu asia yang lebih kini. Leluhur awal badak sumbu India dan badak raya muncul sekitar 2-4 juta tahun dahulu.[16]
Asal badak sumbu Afrika yang masih ada dijejak kembali hingga spesies Ceratotherium neumayri akhir Miocene (6 mya). Leluhur mengandungi spesies yang berpisah sejak awal Pliocene (1.5 mya), apabila Diceros praecox, leluhur paling mungkin bagi Badak Sumbu Hitam, muncul dalam rekod fosil.[17] Badak Sumbu Hitam dan Badak Sumbu Putih kekal berkait rapat sehingga keduanya masih boleh mengawan dan menghasilkan anak.[8]
- Family Rhinocerotidae[18]
- Subfamily Rhinocerotinae
- Tribe Aceratheriini
- Tribe Teleoceratini
- Tribe Rhinocerotini
- Tribe Dicerorhinini
- Tribe Dicerotini
- Subfamily Elasmotheriinae
- †Gulfoceras
- Tribe Diceratheriini
- Tribe Elasmotheriini
- Subfamily Rhinocerotinae
Tanduk Badak
Ciri-ciri yang paling menonjol bagi badak sumbu adalah tanduk besar atas hidung. Tanduk Badak Sumbu, tidak seperti tanduk mamalia lain, hanya terdiri dari keratin tanpa teras tulang, seperti tanduk lembu. Tanduk badak sumbu digunakan dalam perubatan tradisi Cina, dan sebagai hulu pisau di Yemen dan Oman.
Salah satu salah faham mengenai kegunaan tanduk badak sumbu dalam bentuk serbuk adalah kegunaannya sebagai perangsang dalam perubatan tradisi Cina. Ia sebenarnya diberikan bagi merawat demam dan sawan.[19] Perbincangan dengan tabib Cina bagi mengurangkan penggunaannya mendapat keputusan bercampur kerana sebahagian tabib Cina melihat tanduk badak sebagai ubat penyelamat nyawa berkualiti berbanding penggantinya.[20] Bagaimanapun, China telah menandatangani persefahaman CITES. Bagi menghalang pemburuan haram, disesetengah kawasan badak sumbu telah pun diberi ubat pelali dan tanduk mereka dibuang. Banyak Negeri julat badak sumbu memiliki simpanan tanduk badak sumbu, yang perlu diselia dengan teliti..[21]
Gambaran budaya bagi Badak Sumbu
Terdapat beberapa lagenda mengenai badak sumbu memadamkan api. Kisah ini kelihatannya biasa di Malaysia, India, dan Burma. Badak sumbu jenis ini turut memiliki nama khas dalam bahasa Melayu, badak api. Haiwan ini akan datang apabila api dinyalakan dalam hutan dan akan memadamkannya. Samaaada ia adalah benar ataupun tidak masih belum dibuktikan, kerana tidak terdapat bukti ia dilihat kebelakangan ini. Kekurangan bukti ini mungkin akibat secara menyeluruh, badak sumbu semakin jarang dilihat di Asia Tenggara, kebanyakannya disebabakan pemburuan haram meluas bagi haiwan yang terancam ini. Lagenda ini ditonjolkan dengan jelas dalam filem The Gods Must Be Crazy dan juga dalam episode The Simpsons.
Sungguhpun badak sumbu merupakan haiwan maun, dalam novel James and the Giant Peach oleh pengarang Roald Dahl, keluarga watak utama dikatakan dimakan oleh badak sumbu yang bebas dari Zoo London Zoo.
Albrecht Dürer mencipta ukiran kayu terkenal mengenai badak sumbu pada 1515, tanpa pernah melihat haiwan yang digambarkannya. Akibatnya, Badak Sumbu Dürer tidak begitu tepat.
Dalam ‘’The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch, and the Wardrobe’’, lima Badak Sumbu Hitam dilihat berjuang menentang ‘’White Witch’’.
Dalam penerbangan Amerika Syarikat, salah satu nama tidak rasmi bagi pesawat pejuang McDonnell Douglas F-4 Phantom II adalah "Rhino" dan pejuang serang di kapal pengangkut Boeing (McDonnell Douglas) F/A-18 E/F Super Hornet juga dikenali secara tidak rasmi sebagai "Rhino" bagi membezakannya dari model tinggalan F/A-18 Hornet apabila berhubung bagi pola pendaratan kapal pengangkut agar berat bersesuaian bagi peralatan penahan boleh di set tanpa kekeliruan antara "Hornet" dan "Super Hornet" melalui radio sekiranya isyarat pemancaran terherot.
Galeri
-
Badak sumbu di Zoo Negara, Malaysia.
Nota kaki
- ^ "sumbu". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ "What is a rhinoceros horn made of?". Yesmag.bc.ca. 9 Oktober 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2011. Dicapai pada 23 September 2010.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ "Vietnam's Appetite For Rhino Horn Drives Poaching In Africa". NPR.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 September 2021.
- ^ Cheung, Hubert; Mazerolle, Lorraine; Possingham, Hugh; Biggs, Duan (1 Februari 2021). "Rhino horn use by consumers of traditional Chinese medicine in China". Conservation Science and Practice. 3 (5). doi:10.1111/csp2.365.
- ^ Vigne, Lucy; Martin, Esmond (Januari-Mac 2018). "Amid conflict, Yemen's demand for rhino horn daggers continues" (PDF). Swara – melalui Rhino Resource Center. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Owen-Smith, Norman (1984). Macdonald, D. (penyunting). The Encyclopedia of Mammals. New York: Facts on File. m/s. 490–495. ISBN 0-87196-871-1.
- ^ Rabinowitz, Alan (June 1995) "Helping a Species Go Extinct: The<33 six. Sumatran Rhino in Borneo" Conservation Biology 9(3): pp. 482-488
- ^ a b Robinson, Terry J. (2005). "Interspecific hybridization in rhinoceroses: Confirmation of a Black × White rhinoceros hybrid by karyotype, fluorescence in situ hybridization (FISH) and microsatellite analysis". Conservation Genetics. 6 (1): 141–145. doi:10.1007/s10592-004-7750-9. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan); Unknown parameter|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)[pautan mati kekal] - ^ Times Online | News | Environment | Poachers kill last four wild northern white rhinos
- ^ "African Rhinoceros". Safari Now. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-22. Dicapai pada 2008-03-19.
- ^ "West African black rhino 'is extinct'". The Times. 7 Julai 2006. Dicapai pada 9 Oktober 2007.
- ^ Dollinger, Peter and Silvia Geser. "Black Rhinoceros". World Association of Zoos and Aquariums. Dicapai pada 9 Oktober 2007.
- ^ Derr, Mark (11 Julai 2006). [ttp://www.nytimes.com/2006/07/11/science/11rhin.html "Racing to Know the Rarest of Rhinos, Before It's Too Late"]. The New York Times. Dicapai pada 11 Oktober 2007.
- ^ Species Endangered: Badak Raya Diarkibkan 6 Mac 2008 di Wayback Machine
- ^ a b Rhino Guide: Javan Rhinoceros Diarkibkan 21 Mei 2008 di Wayback Machine
- ^ Lacombat, Frédéric (2005). "The evolution of the rhinoceros". Dalam Fulconis, R. (penyunting). Save the rhinos: EAZA Rhino Campaign 2005/6. London: European Association of Zoos and Aquaria. m/s. 46–49.
- ^ Geraads, Denis (2005). "Pliocene Rhinocerotidae (Mammalia) from Hadar and Dikika (Lower Awash, Ethiopia), and a revision of the origin of modern African rhinos". Journal of Vertebrate Paleontology. 25 (2): 451–460. doi:10.1671/0272-4634(2005)025[0451:PRMFHA]2.0.CO;2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-23. Dicapai pada 2008-09-05.
- ^ Haraamo, Mikko (2005-11-15). "Mikko's Phylogeny Archive entry on "Rhinoceratidae"". Dicapai pada 2008-01-07.
- ^ Chinese Herbal Medicine: Materia Medica, Third Edition, by Dan Bensky, Steven Clavey, Erich Stoger, and Andrew Gamble. September 2004
- ^ Parry-Jones, Rob and Amanda Vincent (January 3, 1998). "Can we tame wild medicine? To save a rare species, Western conservationists may have to make their peace with traditional Chinese medicine". New Scientist. 157 (2115). Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-22. Dicapai pada 2008-09-05. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Milledge, Simon. Rhino Horn StockpilePDF (1.33 MiB), TRAFFIC, 2005. Accessed 2008-01-09
Rujukan
- Cerdeño, Esperanza (1995), "Cladistic Analysis of the Family Rhinocerotidae (Perissodactyla)" (PDF), Novitates, American Museum of Natural History (3143), ISSN 0003-0082
- Chapman, January 1999. The Art of Rhinoceros Horn Carving in China. Christies Books, London. ISBN 0-903432-57-9.
- Emslie, R. and Brooks, M. (1999), African Rhino. Status Survey and Conservation Action Plan, IUCN/SSC African Rhino Specialist Group. IUCN, Gland, Switzerland and Cambridge, UK, ISBN 2831705029
- Foose, Thomas J. and van Strien, Nico (1997), Asian Rhinos – Status Survey and Conservation Action Plan, IUCN, Gland, Switzerland, and Cambridge, UK, ISBN 2-8317-0336-0
- Hieronymus, Tobin L. (2006), "Structure of White Rhinoceros (Ceratotherium simum) Horn Investigated by X-ray Computed Tomography and Histology With Implications for Growth and External Form" (PDF), Journal of Morphology, 267: 1172–1176, doi:10.1002/jmor.10465 Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - Laufer, Berthold. 1914. "History of the Rhinoceros." In: Chinese Clay Figures, Part I: Prolegomena on the History of Defence Armour. Field Museum of Natural History, Chicago, pp. 73-173.
Pautan luar
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Badak sumbu |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Badak sumbu |
- Maklumat dari Jabatan Hidupan Liar Malaysia. Diarkibkan 2008-10-13 di Wayback Machine
- Rhino Species & Rhino Images page on the Rhino Resource Center
- International Rhino Foundation Diarkibkan 2007-10-11 di Wayback Machine
- The Ol Pejeta Conservancy, Kenya Diarkibkan 2007-10-16 di Wayback Machine
- SOS Rhino
- Save the Rhino
- The SAVE FOUNDATION of Australia
- Rhinoceros entry on World Wide Fund for Nature website.
- Rhino photographs and information