Asmara adalah merupakan sebuah drama percintaan dan kekeluargaan yang penuh konflik kehidupan. Diarahkan oleh pengarah Heykal Hanafiah dan dibintangi oleh Shahz Jaszle, Faezah Elai, Faralyna Idris, Fiza Halim dan ramai lagi. Disiarkan setiap hari selasa pada jam 9 malam bermula pada 31 Ogos 2010 di Slot Lestary, TV3.
Asmara | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Keluarga Konflik |
Ditulis oleh | Sharifah Abu Salem |
Pengarah | Heykal Hanafiah |
Dibintangi oleh | Shahz Jaszle Faezah Elai Faralyna Idris Nazim Othman Fiza Halim |
Lagu pembukaan | "Menyesal" nyanyian 6ixth Sense |
Lagu penutup | "Menyesal" nyanyian 6ixth Sense |
Penggubah | Gjie |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
Penerbit | Rosyam Nor Runika Mohd Yusof |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 48 minit (per episod) |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Lestary) |
Format gambar | 480i (SDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 31 Ogos 2010 – 23 November 2010 |
Kronologi | |
Mengikuti | Hotel Mania |
Diikuti oleh | Hani |
Rancangan berkaitan | Asmara 2 |
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah. Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shahz Jaszle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya.
Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna Idris).
Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.
Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Shahz Jaszle sebagai Asmara
- Faezah Elai sebagai Zaliya
- Faralyna Idris sebagai Melati
- Nazim Othman sebagai Raziq
- Fiza Halim sebagai Tria
- Syed Ali sebagai Aman
- Rahim Jailani sebagai Sahlan
- Dian P. Ramlee sebagai Rahayu
- Mustapha Kamal sebagai Malik
- Maria Farida sebagai Marini
- Fauziah Nawi sebagai Nek Mah
- Zoee Tan sebagai Vivian
- Illey Mohtada sebagai Zizi
- Baharin Abu Hassan sebagai Imran
Lagu-lagu
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Menyesal" (6ixth Sense) | Adi Priyo Sambodo | Gjie | ||
2. | "Andai Itu Takdir Mu" (Syah Basree) | Sulu Sarawak | Omar K | ||
3. | "Terima Kasih Cinta" (Afgan) | Mario Kacang | Mario Kacang | ||
4. | "Masih (Sahabat Ku Kekasih Ku)" (Ada Band) | Krishna | Krishna | ||
5. | "Berganti Hati" (Anggun) | Anggun & Sissoko | Anggun & Sissoko | ||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Sumber: http://blog.mohdisa.com/sinopsis-drama-asmara-2-tv3.html#ixzz1H25rAEVg Diarkibkan 2011-03-03 di Wayback Machine