Papa Ricky | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Keluarga |
Berdasarkan daripada | Diadaptasi dari telenovela Chile, Papi Ricky |
Pengarah | Harris Fadzilah |
Dibintangi oleh | Fadlan Hazim Siti Elizad Qistina Raisah Farah Nabilah Anne Abdullah |
Lagu pembukaan | Rapuh by Nastia |
Lagu penutup | Rapuh by Nastia |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 80 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Zetty Adilla Dato' Ramly Zetty Alia Dato' Ramly |
Penerbit | Datin Zaiton Muhd Jiwa |
Tempoh siaran | Isnin - Jumaat, 6 petang. |
Syarikat penerbitan | Global Station Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Prima Astro Maya HD |
Siaran asal | 16 Januari 2017 | – 5 Mei 2017
Kronologi | |
Mengikuti | Lara Aishah |
Diikuti oleh | Arluna |
Papa Ricky ialah sebuah siri drama televisyen 2017 yang diadaptasi daripada telenovela dari negara Chile, Papi Ricky. Siri ini merupakan drama terbitan Global Station Sdn Bhd atas arahan saudara Harris Fadzilah. Drama bergenre konflik kekeluargaan ini akan bersiaran 16 Januari 2017 di saluran Astro Prima.[1]
Pengarah
Drama ini diarahkan oleh Harris Fadzilah dibawah terbitan Global Station Sdn. Bhd.
Pelakon
- Pelakon utama
- Fadlan Hazim sebagai Riqmal (Ricky)
- Siti Elizad sebagai Zara
- Qistina Raisah sebagai Alisya
- Farah Nabilah sebagai Kathy
- Anne Abdullah sebagai Puan Ida
- Pelakon pembantu
- Ewal Ismail sebagai Jaz
- Mathni Razak sebagai Dr. Zarul (Bercerai Zara)
- Zarynn Min sebagai Suzila
- Hafizul Kamal sebagai Dr. Gibran
- Riz Amin sebagai Taufik
- Tunku Hanis sebagai Maria
- Syafnida Shuhaimi sebagai Andrea
- Dilla Ahmad sebagai Aini
- Doria Rachel sebagai Maya
- Nazmi Nordin sebagai Abol
- Hafiz Bahari sebagai Hazri
- Shakilla Khoriri sebagai Kayla
- Khaty Azian sebagai Misah
- Mahmud Ali Bashah sebagai Latiff
- Roy Azman sebagai Fuad
- Zulkifli Ismail sebagai Shah
- Delimawati sebagai Juita
- Natasha Elyzza sebagai Fifi
- Mimi Ernida sebagai Amani
- Nina Iskandar sebagai Lola
Sinopsis
Templat:Spoiler Mengisahkan cabaran seorang bapa tunggal bernama Ricky / Riqmal (Fadlan Hazim) yang terpaksa membesarkan anak perempuannya selepas Zara (Siti Elizad) meninggalkannya kerana belum bersedia menjadi seorang ibu. Beberapa tahun kemudian, Ricky menaruh perasaan terhadap seorang wanita bernama Kathy (Farah Nabilah). Kathy seorang guru tadika di sekolah anaknya yang bernama Alisya (Qistina Raisah). Alisha percaya yang Kathy tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu angkatnya. Kathy tetap berusaha untuk memikat hati Alisya dan Riqmal agar dia menjadi sebahagian keluarga baharu Riqmal. Namun pelbagai konflik kekeluargaan telah berlaku setelah Zara kembali semula untuk menebus kesalahan silamnya terhadap Riqmal dan Alisya. Namun begitu, Riqmal membuat keputusan untuk mengahwini Kathy. Perkahwinan tersebut juga dipersetujui Alisya memandangkan dia amat menyanyangi Kathy sebagai ibu tiriny. Zara tetap berusaha untuk membuat kekacauan dalam rumah tangga Riqmal dan Kathy sehinggakan menjadi berantakan. Kathy diusir keluar dari rumah walaupun dia sedang sarat mengandung anak Riqmal tanpa pengetahuan dari suaminya. Hasil pujukan dari ibu dan nenek Zara agar melupakan Riqmal dan menyatukan semula hubungan antara Riqmal dan Kathy diatas rasa simpati mereka terhadap Kathy. Zara akhirnya akur dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Dr. Gibran sebagai ganti cintanya terhadap Riqmal. Tiba dihari pernikahan tersebut, Kathy tidak dapat menghadirinya kerana masa bersalinnya sudah tiba. Hanya Alisya seorang sahaja pergi ke majlis pernikahan ibunya. Manakala Riqmal menemani isterinya di hospital. Kathy disahkan kritikal selepas melahirkan seorang anak lelaki dan boleh meninggal dunia. Riqmal sungguh terkejut dengan pemberitahuan tersebut namun Riqmal tetap tabahkan hati untuk berjumpa dengan Kathy buat kali terakhir. Beberapa minit kemudian, Kathy disahkan meninggal dunia. Riqmal redha dengan ketentuan tersebut. Riqmal sekali lagi membesarkan seorang lagi anaknya tanpa kasih sayang seorang ibu disisi. Manakala Alisya pula berbahagia tinggal bersama Riqmal dan Zara secara bergilir-gilir. Kini Riqmal semakin matang kerana dialah dialah seorang bapa dan dialah seorang ibu bagi kedua-dua orang anaknya. Templat:Endspoiler
Lagu
- Rapuh dari Nastia
- ^ Drama Papa Ricky mCentralMY