Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Dalam Mitologi Yunani, Apollo ialah dewa matahari, cahaya, inspirasi, puisi, muzik, tarian, penyembuhan, penyakit, kebenaran, ramalan, kemurnian, peradaban dan pelindung para lelaki yang belum berkahwin. Dia adalah anak lelaki Zeus dan Leto, dia juga adik kakaknya, Artemis.
Apollo adalah seorang dewa yang tinggi, maskulin dan sangat kacak. Dia dikatakan sebgai dewa yang paling kacak dari semua dewa-dewa di syurga. Dia diminat oleh ramai wanita dan lelaki kerana ketampanannya yang luar biasa. Apollo mempunyai rambut emas yang panjang, halus dan berkilat sehinggakan Dewi Hera iaitu ratu gunung Olympus, dewi wanita dan perkhawinan dan ibu tiri Apollo, berasa cemburu kepadanya.
Mitologi
Kelahiran Apollo dan Kecemburuan Hera
Menurut Mitologi Yunani, Leto seorang dewi-titaness yang baik dan lemah-lembut ada hubungan dengan Zeus, suami kepada dewi Hera. Hasilnya, Leto mengandung dengan kembar oleh Zeus. Ketika Hera mengetahui tentang hubungan suaminya dengan Leto, dia menjadi sangat marah dan cemburu. Hera yang murka melarang Leto memasuki Olympus dan memutuskan bahawa tidak ada tanah atau pulau di bumi yang akan melindunginya selama kehamilannya. Leto mengembara Bumi sejak sekian lama. Dia memohon kepada banyak negeri dan pulau-pulau untuk memberikannya tempat berlindung tetapi mereka semua menolaknya kerana mereka takut kemarahan Hera akan menimpa mereka. Tetapi Leto tidak menyerah dan terus mencari tempat berlindung sehingga dia dapat melahirkan anak kembarnya.
Kakak Leto, Asteria kasihan atas adiknya Leto. Jadi dia tidak mematuhi perintah Hera dan mengubah dirinya menjadi pulau sehingga Leto dapat melahirkan anak kembarnya di sana. Leto berjaya melahirkan Artemis, saudara perempuan Apollo dengan bantuan Eileithyia. Tetapi ketika dia akan melahirkan Apollo, Hera menculik Eileithyia dan dia memenjarakannya di Syurga. Leto menderita selama 9 hari untuk melahirkan Apollo. Walaupun tidak dibantu oleh sesiapa pun Leto masih dapat melahirkannya. Ketika Apollo dilahirkan, seluruh pulau itu berubah menjadi emas dan angsa menyanyikan lagu gembira untuknya dan kakak kembarnya. Kejadian ini menyebabkan Hera semakin cemburu dan marah. Hera tidak dapat mengawal kecemburuannya dan dengan demikian dia mengirim seekor ular raksasa yang menakutkan bernama Python untuk memburu dan membunuh Apollo, kembarnya dan ibunya sekali gus.
Zeus kasihan pada Leto dan dia menghantar anak perempuannya Hebe. Dia memerintahkan Hebe untuk memberi makan Apollo dengan ambrosia dan nektar yang merupakan makanan para dewa abadi. Hasilnya, Apollo menjadi besar dalam empat hari. Zeus menjadi sangat gembira melihat anaknya yang sudah dewasa. Dia memerintahkannya untuk membunuh Python di Delphi dan menyatakan kuil oracle di tempat kematian raksasa itu. Apollo melakukannya ketika ayahnya mengemukakan tawaran dan mengisytiharkan sebuah kuil di Delphi. Dia disambut oleh ayahnya ke Gunung Olympus dan menjadi anggota 12 Dewa Olympus.
Kematian Tityos
Hera sekali lagi menjadi cemburu pada Leto. Seperti biasa Hera tidak dapat mengawal kecemburuannya dan dengan itu dia menghantar Giant Tityos dan memerintahkannya untuk merogol ibu Apollo. Namun Tityos gagal dengan teruk dan dibunuh oleh Apollo dan kakaknya.
Apollo dan Kyrene
Puteri Cyrene adalah seorang wanita yang sangat cantik. Dia dikatakan menyaingi kecantikan the Graces, 3 dewi pesona dan godaan. Namun, Kyrene bukanlah seorang puteri yang duduk di istana, yang bertindak seperti wanita sombong, dia diperintahkan oleh bapanya untuk menjaga ternaknya. Kyrene dengan senang hati bersetuju dan menjalankan tugasnya dengan sangat baik.
Suatu hari seekor singa ganas menyerang lembu bapanya. Kyrene bergulat dengan singa yang ganas dan akibatnya dia membunuh singa itu dengan tangan kosong. Apollo yang hadir di tempat kejadian, jatuh cinta dengan puteri kerana bukan sahaja kecantikannya tetapi juga kerana kekuatan dan keberaniannya.
Apollo mengunjungi Kyrene dan dia mencurahkan kata-kata manisnya kepadanya. Dia tanpa henti menggoda puteri. Kyrene juga, jatuh cinta pada Apollo, kata-kata manisnya dan wajahnya yang tampan. Dia membawanya ke Libya dan di sana mereka mengadakan sesi bercinta yang intens di gunung tertentu.
Dengan Apollo, dia memperanakkan Idmon, seorang penyihir argonaut dan Aristaeus, dewa sarang lebah. Tidak lama kemudian, kunjungan Apollo menjadi jarang, kecantikannya mulai pudar, anak-anaknya memulakan keluarga mereka sendiri di wilayah lain dan anjingnya yang sering menemaninya semua mati. Kyrene menjadi sendirian dan sedih. Dia kembali ke tanah air tetapi semua saudara perempuannya sudah berkahwin, ibu bapanya sudah meninggal dunia dan saudara-mara tidak mengenalinya lagi. Oleh itu, dia kembali ke Libya dan menemui Ares, abang tiri Apollo ketika dalam perjalanannya ke Libya.
Dia bertempur dalam pertempuran dengannya dan tinggal bersama Ares selama berbulan-bulan dan mempunyai seorang anak lelaki dengannya. Selepas bulan cinta yang indah itu, dia kembali ke Libya dan bertemu dengan kekasih pertamanya, Apollo sekali lagi. Apollo meminta maaf kepadanya kerana tidak menjadi kekasih yang bertanggungjawab kepadanya. Kyrene mengampuni dia. Apollo kemudian memberikannya keabadian dengan mengubahnya menjadi nimfa dan memberi dia juga mendirikan kota untuknya. Dia menamakan kota itu setelah kekasihnya Kyrene. Dengan itu, Apollo mengakhiri hubungannya dengan Kyrene. Kyrene sudah bersedia untuk hidup dalam kehidupan yang damai dan tenang.
Kematian Erymanthus
Erymanthus adalah anak Apollo dengan wanita yang fana. Suatu hari dia pergi memburu dan secara tidak sengaja dia menemui Dewi Aphrodite, dewi kecantikan dan cinta yang merupakan kakak tiri Apollo sedang melakukan hubungan seks dengan gundik yang paling digemarinya, pemuda kacak, Putera Adonis dari Cyprus, iaitu anak lelaki Puteri Smyrna dan Raja Cinyras Kejadian tersebut membuat Aphrodite menjadi sangat murka. Oleh itu, Aphrodite membutakan Erymanthus yang akhirnya membawanya ke kematian yang tragis.
Apollo dan Kassandra
Kassandra adalah anak perempuan Raja Priam dan Ratu Hecuba dari Troy yang paling cantik. Banyak lelaki dan dewa datang kepada ayahnya untuk meminta Kassandra sebagai isteri mereka. Namun pada suatu hari, Apollo mengunjunginya dan berusaha memikatnya untuk melakukan hubungan seks dengannya. Namun Kassandra mengatakan bahawa dia akan melakukan hubungan seks dengannya hanya jika dia memberinya kemampuan untuk menubuatkan masa depan.
Apollo bersetuju dan memenuhi permintaannya. Tetapi dia tiba-tiba berubah pikiran dan enggan melakukan hubungan seks dengannya. Apollo sangat marah, dia menyumpahnya bahawa tidak sesiapa pun yang akan mempercayai ramalannya. Sumpah Apollo menjadi dipenuhi, Kassandra yang mempunyai kebolehan untuk menampak masa hadapan, dia cuba untuk membuat penduduk percaya dengan ramalannya tetapi tiada satu pun yang mempercayai dia.
Ketika Kerajaan Troy diserang oleh orang Yunani dengan bantuan Hera, ratu para dewa, dewi wanita dan perkhawinan dengan dewi kebijaksanaan dan peperangan, Athena dan Poseidon, dewa laut dan air. Kassandra menampak kejatuhan air tanahnya melalui ramalannya dia cuba untuk membuat orang Troy percaya kepadanya tetapi tidak ada satu pun yang mempercayainya. Ayahnya pula meganggap bahawa dia sudah gila dan memenjarakan anak perempuannya. Semasa Troy dibakar oleh Tentera Yunani, Kassandra berlari ke kuil dewi Athena dan berdoa kepada dewi itu untuk perlindungan. Tetapi Athena menolak doa-doanya dan Kassandra dirogol oleh Locrian Ajax di dalam kuil tersebut.