Dalam mitos Yunani, Titan (Yunani: Τιτάν —Ti-tan; jamak: Τιτᾶνες —Ti-tânes) merupakan sebuah kaum dewa-dewi yang gagah perkasa belaka, iaitu keturunan dewi Gaia (Bumi) dan Ouranos (Kayangan) yang berkuasa pada Zaman Keemasan. Mereka merupakan makhluk gergasi daim yang teramat kuat dan juga dewata pertama dewa-dewi Yunani-Rom.
Pada generasi pertama dua belas Titan, yang jantan adalah Okeanos, Hyperion, Koios, Kronos, Krios dan Iapetos manakala yang betina adalah Mnemosyne, Tethys, Theia, Phoibe, Rea dan Themis. Generasi kedua Titan terdiri daripada putera dan puteri Hyperion iaitu Eos, Helios, dan Selene; puteri-puteri Koios iaitu Leto dan Asteria; putera-putera Iapetos iaitu Atlas, Prometheos, Epimetheos, Kalypso and Menoetius; puteri Okeanos iaitu Metis; dan putera-putera Krius iaitu Astraeos, Pallas, dan Perses.
Kaum Titan digulingkan oleh sebuah bangsa dewa-dewi muda iaitu Olimpian, dalam Perang Titan. Ini melambangkan anjakan paradigma mitos yang mungkin diserap oleh bangsa Yunani dari Timur Dekat Purba.[1]
Rujukan
- ^ Burkert, pp. 94f, 125–27.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Titan (mitos) |
Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
- Theoi Project, Titans references to Titans in classical literature, in translation
- Greek Mythology Link, Titans summary of the Titans myth