Hos Bandar | Moscow, Kesatuan Soviet |
---|---|
Negara | 80 |
Atlet | 5,138 (4,114 lelaki, 1,114 wanita) |
Acara | 203 acara dalam 21 sukan |
Pembukaan | 19 Julai 1980 |
Penutupan | 3 Ogos 1980 |
Dibuka oleh | |
Kawah Obor | |
Stadium | Stadium Lenin |
Musim Panas Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 1980 |
Sukan Olimpik Musim Panas 1980 (bahasa Inggeris: 1980 Summer Olympics , Rusia: Летние Олимпийские игры 1980 ) atau secara rasminya Sukan Olimpik XXII (bahasa Inggeris: Games of the XXII Olympiad ), merupakan acara pelbagai sukan yang telah diadakan di Moscow, Kesatuan Republik Sosialis Soviet (kini dikenali sebagai Rusia) dari 19 Julai hingga 3 Ogos 1980. Temasya ini merupakan kali pertama Sukan Olimpik diadakan di sebuah negara Eropah Timur, negara berbahasa Slavik dan negara komunis. Rusia akan menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 manakala China akan menjadi negara komunis kedua yang menganjurkan Sukan Olimpik pada tahun 2008.
Lapan puluh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan telah menyertai edisi Sukan Olimpik ini, bilangan yang terrendah sejak 1956. Hal ini adalah disebabkan oleh pemboikotan yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan disertai oleh 66 negara disebabkan oleh Perang Soviet di Afghanistan. Sebilangan atlet dari negara-negara memboikot telah menyertai Sukan Olimpik 1980 di bawah Bendera Olimpik. Kesatuan Soviet pula akan memboikot Sukan Olimpik Musim Panas 1984 yang diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Pemboikotan
65 negara telah memboikot edisi Sukan Olimpik ini disebabkan oleh Serangan Soviet terhadap Afghanistan. Pemboikotan ini diketuai oleh Presiden Amerika Syarikat pada masa tersebut, Jimmy Carter. Beliau telah mengeluarkan ultimatum pada 20 Januari 1980 yang mengatakan bahawa AS akan memboikot Sukan Olimpik 1980 sekiranya tentera Kesatuan Soviet tidak diundurkan dari Afghanistan dalam tempoh sebulan.[1][2] Walaupun Iran merupakan musuh Amerika, negara tersebut turut memboikot Sukan Olimpik 1980 setelah Persidangan Islam mengutuk serangan Soviet.[3] Qatar tidak dijemput untuk menyertai kerana JOK negara tersebut tidak sempat untuk mendapat pengiktirafan IOC dan sebaliknya bersedia untuk Sukan Olimpik Musim Panas 1984 di Los Angeles, Taiwan pula enggan menyertai temasya tersebut kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Resolusi Nagoya, di mana mereka hendaklah bertanding di bawah nama "Taipei Cina". Atlet Australia, Andorra, Denmark, Ireland dan Puerto Rico pula menyokong pemboikotan tersebut dengan bertanding di bawah Bendera Olimpik.[2]
Temasya
Acara sukan
|
|
|
Jadual pingat
Jadual Pingat Sukan Olimpik Musim Panas 1980
Penyertaan
Lihat juga
Rujukan
- ^ "The Olympic Boycott, 1980". state.gov. U.S. Department of State. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 February 2010. Dicapai pada 7 December 2015.
- ^ a b "Partial Boycott – New IOC President". Keesing's Record of World Events. 26: 30599. December 1980.
- ^ Freedman, Robert O.; Moscow and the Middle East: Soviet Policy since the Invasion of Afghanistan, p. 78 ISBN 0-521-35976-7
Didahului oleh Montreal |
Sukan Olimpik Musim Panas Moscow Sukan Olimpik XXII (1980) |
Diikuti oleh: Los Angeles |