Alyah | |
---|---|
Kelahiran | Noor Hasliah binti Abu Hasan 3 Januari 1981 |
Pasangan | Dato' Ramli M. S. (k. 2013) |
Anak-anak | Nur Izara |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B, balada, elektropop, pop tarian |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, duta produk, usahawan |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1998–kini |
Syarikat rakaman | Like Music Entertainment |
Pengkarya berkait | The Fabulous Cats, Riz Zaizizi, Ajai, Aubrey Suwito, Habsah Hassan, Adira |
Datin Noor Hasliah Abu Hasan (lahir 3 Januari 1981) atau Alyah Hasan juga disebut Alyah merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1][2][3] Mula bergiat aktif dalam dunia seni sejak 2000 ketika beliau berusia 19 tahun, namun namanya mula meniti di bibir peminat sekitar tahun 2008 bersandarkan populariti lagu hit "Tak Mungkin Kerna Sayang" ciptaan Ajai, manakala lirik tulisan Datuk Habsah Hassan. Bakatnya dikesan menerusi pertandingan Bintang HMI 2000 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menobatkan beliau sebagai juara.[4][5][6][7]
Kerjaya
Ketika zaman remajanya di Johor, Alyah banyak menyertai pertandingan nyanyian baik dengan lagu-lagu pop mahupun lagu tradisional. Alyah mula mendapat perhatian ramai apabila menjadi Naib Juara Pertandingan Asia Bagus yang berlangsung di Jakarta pada tahun 1998 ketika beliau berusia 17 tahun. Seterusnya Alyah mencipta nama sekali lagi menerusi pertandingan Bintang HMI pada tahun 2000 dengan mempertaruhkan lagu nyanyian Francesca Peter berjudul Andainya dan Khatijah Ibrahim ("Ku Ingin Lari").[8] Kerjaya bermula apabila mengikat kontrak bersama sebuah syarikat rakaman kecil tempatan. Ketika itu bernaung di bawah syarikat Muzik Segar Embun (MSE) kerana syarikat itu serius dalam membuat tawaran. Alyah berguru bersama bapa saudaranya yang juga seorang penyanyi Azizul Khamis sebagai persiapan untuk album sulungnya. Album itu memuatkan juga tiga buah lagu yang berjudul Senandung Duka dan Bukan Begitu Caranya yang dipetik dari album kompilasi Kita Adalah Kita (Tribute to Mahathir Mohammad) pada tahun 2001. Album pertamanya berjudul Destinasi telah diterbitkan pada tahun 2002, malangnya ekoran masalah syarikat rakaman yang gulung tikar, kerjaya nyanyian Alyah yang baru bermula juga turut sama tenggelam.
Setelah itu beliau berjaya mendapat peluang oleh syarikat rakaman antarabangsa EMI untuk merakamkan album kedua. Peluang itu digunakan sebaik mungkin kerana beliau berpeluang bekerjasama dengan komposer hebat seperti LY, Bong, Miji, Aji, Kelly, Pacai, Ross Arifin, Zuraini dan Taj Mahal dan diterbitkan oleh Ahmad Izham Omar. Album tersebut diberi judul Permata akhirnya menemui pendengar pada tahun 2004. Biarpun beberapa lagu mendapat tempat di hati pendengar, album tersebut tidak begitu menyerlahkan nama Alyah malahan kerjayanya juga suram ekoran persaingan dengan bintang TV realiti yang lebih mendapat tempat ketika itu.
Pada tahun 2006 beliau meninggalkan EMI dan mengambil keputusan untuk menyertai program nyanyian realiti di 8TV iaitu One In A Million. Beliau berjaya ke TOP 12 dan menamatkan saingan di tempat ke 6. Pertandingan yang sama turut disertai oleh penyanyi seperti Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Suki Low dan Alif Satar.[8][9] Seterusnya Alyah menyertai kumpulan hip hop The Fabulous Cats (TFC) pada tahun 2006 dan album sulung kumpulan itu yang berjudul Fantastik menampilan Alyah sebagai vokalis wanita sekaligus menguji Alyah dalam menyampaikan lagu-lagu dari nuansa muzik seperti Hip Hop, R&B, reggae, reggaeton, dan ‘80s pop serta swing. Single pertama kumpulan tersebut "Papa Jahat" melonjak ke tangga pertama carta muzik tempatan sementara lagu-lagu lain seperti "Fantastik", "Bila-Bila Katakan" dan "Rimas" juga mendapat tempat. Malangnya jodoh Alyah tidak bertahan lama dengan kumpulan tersebut kerana perselisihan faham. Alyah meninggalkan TFC dan melancarkan kerjaya muzik secara solo kembali.[8]
Pada tahun 2008, beliau kembali dengan album solo berjudul Alyah yang mendapat sentuhan komposer Ajai menerusi label Wake The Baby dan kerjasama Complete Version. Album ini diedarkan oleh Maestro Records. Album ini berkonsepkan indo pop dan mempertaruhkan lagu "Tak Mungkin Kerana Sayang" dan "Ku Pinjamkan Satu Bintang" yang menjadi hits terhebat pada tahun tersebut. Album ini berjaya meletakkan nama Alyah ke tempat tertinggi di kalangan artis tempatan sekaligus menjulang nama Alyah sebagai salah seorang penyanyi wanita popular masa kini.[8][10][11]
Beliau melancarkan single terbaharu, "Jutaan Purnama" pada awal 2018.[12]
Pada tahun 2019, Alyah meraikan 19 tahun kerjayanya dalam bidang muzik.[13]
Mania! (2012)
Pada tahun 2012 Alyah menyertai Mania!, iaitu sebuah program realiti TV terbaru di Astro Ria ketika itu. Program ini menghimpunkan 15 seniman tanah air untuk beradu suara dalam satu pentas setiap minggu dimana bakat mereka akan digilap oleh penerbit muzik yang terkenal seperti Dato' M. Nasir, Aubrey Suwito dan Ahmad Dhani. Alyah telah dipilih oleh Aubrey Suwito melalui empayar biru. Malangnya perjalanan beliau dalam program ini terhenti apabila beliau telah tersingkir pada konsert kelapan (suku akhir) berikutan undian SMS yang tidak menyebelahi beliau ketika itu. Berikut adalah persembahan beliau dalam Mania!:
Konsert | Lagu | Penyanyi Asal | Ked. |
---|---|---|---|
2 | "Russian Roulette" | Rihanna | Dipilih oleh Aubrey Suwito |
4 | "Tanpa Kekasihku" | Agnes Monica | Ke-11 |
5 | "Kau" | Glenn Fredly | Ke-11 |
6 | "Khatimah Cinta" | 6ixth Sense | Ke-11 |
7 | "Di Persimpangan Dilema"
(duet Nora) |
Nora | Ke-8 |
8
(Suku Akhir) |
"Jauh Di Sudut Hati" / "Kasih" | Dato' Sudirman | Tersingkir (Ke-9) |
Anugerah Juara Lagu
Tahun | Edisi | Lagu & Pencipta | Keputusan |
---|---|---|---|
2009 | Ke-24 | "Tak Mungkin Kerana Sayang"
(Ajai/Habsah Hassan) |
Dicalonkan/Finalis |
2011 | Ke-26 | "Kisah Hati"
(Manusia Putih) |
Pemenang Persembahan Terbaik |
2012 | Ke-28 | "Kau Yang Terindah" | Dicalonkan/Finalis |
2014 | Ke-29 | "Sesal Separuh Nyawa" | Dicalonkan/Finalis |
Kehidupan peribadi
Alyah mula bertudung pada 2012.[14]
Pada 18 Mac 2013 beliau berkahwin dengan maestro muzik Dato' Ramli M.S. di Indonesia tetapi merahsiakan perkahwinan selama setahun lima bulan sebelum dihidu media.[15][16] Pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.[17][18][19]
Abang sulungnya, Mohd Fadzil Abu Hasan meninggal dunia pada 28 April 2021 pada usia 41 tahun.[20]
One in a Million
Konsert | Lagu (penyanyi asal) | Rank |
---|---|---|
Top 20 | "Kasih Kita" (Aishah) | Mara ke Top 12 |
Top 12 | "Menghitung Hari" (Krisdayanti) | Selamat |
Top 10 | "Tentang Dia" (Melly Goeslaw & Evan) | Selamat |
Top 9 | "Sway" (Dean Martin) | Tersingkir |
Mania!
Konsert | Lagu (penyanyi asal) | Rank |
---|---|---|
Minggu 2 | "Russian Roulette" (Rihanna) | Empayar Biru |
Minggu 4 | "Tanpa Kekasihku" (Agnes Monica) | 11th |
Minggu 5 | "Kau" (Glenn Fredly) | 11th |
Minggu 6 | "Khatimah Cinta" (6ixth Sense) | 11th |
Minggu 7 | "Di Persimpangan Dilema" (Nora) (duet bersama Nora) |
8th |
Minggu 8 | "Jauh Di Sudut Hati" + "Kasih" (Dato' Sudirman) | Tersingkir |
Anugerah Juara Lagu
Peringkat Akhir
Tahun | Edisi | Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
2009 | 24 | "Tak Mungkin Kerna Sayang" | Ajai | Finalis | |
2011 | 26 | "Kisah Hati" | Manusia Putih | Persembahan Terbaik | |
2014 | 29 | "Sesal Separuh Nyawa" | Nik Aidil Zamri Alfi Alwi | Shah Shamsiri & Alyah | Finalis |
Peringkat Separuh Akhir
Tahun | Edisi | Lagu | Komposer | Lirik | Keputusan |
---|
Diskografi
Album studio
EP
- Kisah Hati (2011)
Album studio (bersama The Fabulous Cats)
- Fantastik (2006)
Single
Tahun | Lagu | Album |
---|---|---|
2001 | "Senandung Duka" | Kita Adalah Kita |
2002 | "Setelah Kau Pergi" | Destinasi |
"Sesungguhnya" | ||
2003 | "Mengapa" | Permata |
"Permata" | ||
2008 | "Tak Mungkin Kerana Sayang" | Alyah |
"Ku Pinjam Satu Bintang" (duet Riz AF6) | ||
2009 | "Realiti Dewi" | Kisah Hati |
2010 | "Kau Bisu" | |
2011 | "Kisah Hati" | |
2012 | "Lena Sahara" | Single |
"Pesananmu | Single | |
"Kau Yang Terindah" | OST Drama Kau Yang Terindah | |
2014 | "Sesal Separuh Nyawa" | Single |
2015 | "Dendam Cinta" | OST Filem Jwanita |
"Syurga" | Single | |
2016 | "Engkau Milikku" | |
2017 | "Mengapa Harus Aku" (duet bersama Farawahida) | |
2018 | "Jutaan Purnama" | OST Drama Seribu Rindu |
2019 | "Meluruh" | OST Drama Cemburu Seorang Perempuan |
2020 | "Cintaiku" | OST Drama Camelia |
2021 | "Thank You Allah" (duet bersama Cat Farish & Ustaz Haris) | Single |
Single (bersama The Fabulous Cats)
Tahun | Lagu | Album |
---|---|---|
2006 | "Papa Jahat" | Fantastik |
2007 | "Fantastik" | |
"Macam Itu Macam Ini" | ||
"Rimas" | ||
"Bila Bila Katakan" |
Filemografi
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran | Nota |
---|---|---|---|---|
1999 | Asia Bagus | Naib Juara | TV3 | |
2000 | Bintang HMI | Peserta | RTM | |
2006 | OIAM | Peserta | 8TV | Tersingkir di konsert Top 9 |
2012 | Mania! | Peserta | Astro Ria | Tersingkir di konsert Minggu 8 (Suku Akhir) |
Idola Kecil (Musim 5) | Juri tetap | TV9 | ||
2020 | The Masked Singer Malaysia (musim 1) | Peserta | Astro Warna | Sebagai Wau |
Muzik video
Tahun | Lagu | Pengarah Video |
---|---|---|
2008 | "Tak Mungkin Kerna Sayang" | Hedy Suryawan |
"Ku Pinjam Satu Bintang"
(feat Riz Zaizizi) | ||
2010 | "Kau Bisu" | Ghaz Abu Bakar |
2011 | "Kisah Hati" | |
2012 | "Pesananmu" | |
"Kau Yang Terindah | Eirma Fatima | |
2014 | "Sesal Separuh Nyawa" | Ghaz Abu Bakar |
2015 | "Dendam Cinta" | |
"Syurga" | ||
2016 | "Engkau Milikku" | Izuan Mokhtar |
2017 | "Mengapa Harus Aku"
(duet Farawahida) |
|
2018 | "Jutaan Purnama" | |
2019 | "Meluruh" | |
2020 | "Cintaiku" |
Anugerah dan pencalonan
- Juara Wirawan EON (1994)
- Juara Suara Johor (1997)
- Juara Bintang Asli (1998)
- Juara Bintang Sensasi Johor (1998)
- Naib Johan Asia Bagus (1998)
- Juara Bintang MPPJ (1999)
- Juara Bintang HMI (2000)
- Top 12 8TV’s OIAM (2006)
- Top 5 Anugerah Industri Muzik Ke-16(2009) - Album Pop Terbaik
- Finalis Anugerah Juara Lagu 24 (2010) - lagu Tak Mungkin Kerna Sayang
- Persembahan Terbaik GAH1 Akhir RTM (2010)
- Lagu Terbaik GAH1 Akhir RTM (2010)
- Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu 25 (2011) - lagu Kisah Hati
- Lagu Terbaik Anugerah Planet Muzik 2012 - Kisah Hati
- Lagu Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-21(2014 ) - lagu Sesal Separuh Nyawa
- Lagu Nasyid Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-23(2022 ) - lagu 'Thank You Allah'
Rujukan
- ^ Sudirman Mohd Tahir (21 November 2015). "Alyah makin bahagia". Harian Metro. Dicapai pada 29 April 2016.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (3 Februari 2018). "Alyah tak mengalah". Harian Metro. Dicapai pada 29 April 2018.
- ^ Sudirma Mohd Tahir (18 Mac 2017). "Alyah buat strategi baru". Harian Metro. Dicapai pada 29 April 2017.
- ^ "Semangat tinggi Alyah". Berita Minggu. 23 September 2012. Dicapai pada 29 April 2013.
- ^ "Alyah tidak pernah mengecewakan". Harian Metro. 3 Disember 2016. Dicapai pada 29 April 2017.
- ^ Syanty Octavia Amry (22 Oktober 2012). "Alyah berani mencuba". Harian Metro. Dicapai pada 29 April 2013.
- ^ Rozaimi Zubaidi (17 Mei 2019). ""Kerana 'Tidak Mungkin Kerna Sayang, saya korbankan..." - Alyah akui 10 tahun tidak banyak waktu bersama keluarga". Astro Gempak. Dicapai pada 29 April 2020.
- ^ a b c d Norhayati Nordin (23 Oktober 2018). "Tiada batu loncatan". Harian Metro. Dicapai pada 29 April 2019.
- ^ "Beauty with a golden voice". New Straits Times. 6 Februari 2015. Dicapai pada 29 April 2015.
- ^ Roslen Fadzil (26 Jun 2008). "Alyah nekad buat comeback solo". Murai.com.my. Dicapai pada 29 April 2010.
- ^ Thani Hasbullah (24 November 2008). "Lagu-lagu Alyah dijangka meletup". Murai.com.my. Dicapai pada 29 April 2010.
- ^ "Alyah seeking a comeback with new single". The Star Online. 28 Februari 2018. Dicapai pada 29 April 2018.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (29 Mei 2019). "Tebus detik penting". Harian Metro. Dicapai pada 29 April 2020.
- ^ "Imej Alyah bukan penghalang". Harian Metro. 4 Julai 2014. Dicapai pada 29 April 2015.
- ^ Mohd Al Qayum Azizi (5 September 2014). "Lewat Daftar Nikah: Ramli MS & Alyah Boleh Dipenjara". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-07. Dicapai pada 25 September 2014.
- ^ "Datuk Ramli M.S. dan Alyah sah sudah nikah". Rotikaya. 28 Ogos 2014. Dicapai pada 29 April 2015.
- ^ Dennis Chua (20 November 2018). "#Showbiz: 'Try being in my place for a day and you'll know what it's like". New Straits Times. Dicapai pada 29 April 2019.
- ^ "Netizen doa Alyah, Tok Ram dikurnia cahaya mata". Astro Awani. 5 Februari 2019. Dicapai pada 29 April 2019.
- ^ Dennis Chua (2 Oktober 2020). "#Showbiz: I'd love to have children but now's not the time - Alyah". New Straits Times. Dicapai pada 29 April 2020.
- ^ Norhayati Nordin (29 April 2021). "Abang sulung Alyah meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 29 April 2021.