Aliyah (Ibrani: עלייה, rumi: ʿAliyah "kenaikan", keberangkatan") adalah sebuah istilah yang dipergunakan luas untuk merujuk kepada penghijrahan orang Yahudi ke kawasan selatan tanah Syam terangkum dalam tanah Israel bersejarah disebutkan kitab Taurat.
Pergerakan ini diterapkan menjadi polisi negara Israel lanjutan menguatnya fahaman utama Zionisme pada abad ke-19.[1] Sebanyak lebih 3 juta orang Yahudi telah berhijrah dan menempat di kawasan Syam didorong fahaman ini sejak tertubuhnya entiti Israel tahun 1948.[2]
Pengistilahan
Istilah עלייה ʿaliyah asal Ibrani terbitan kata kerja עָלָה alá "naik" (juga serumpun Semitik Arab: عَلَا, rumi: `alā "menjadi tinggi"[3]). Kata ini mula-mula disebut dalam Kitab Kejadian menerangkan keadaan anak-anak Yakub yang "naik/berangkat" (עֹלִים olim) dari Mesir ke Kanaan untuk mengebumikan mayat ayah mereka:[4]
וַיָּשָׁב יֹוסֵף מִצְרַיְמָה הוּא וְאֶחָיו וְכָל־הָעֹלִים אִתֹּו לִקְבֹּר אֶת־אָבִיו אַחֲרֵי קָבְרֹו אֶת־אָבִיו׃
Ia kemudiannya berulang dalam Kitab Bilangan di mana Kaleb diceritakan cuba meyakinkan Musa agar kerabat mereka dapat menetap di tanah Kanaan sama yang disuruh tinjau:[5]
וַיַּהַס כָּלֵב אֶת־הָעָם אֶל־מֹשֶׁה וַיֹּאמֶר עָלֹה נַעֲלֶה וְיָרַשְׁנוּ אֹתָהּ כִּי־יָכֹול נוּכַל לָהּ׃
Pengungkapan begini dalam konteks perjalanan ke sesebuah tempat difahamkan kerana keadaan geografi kawasan Syam yang terletak 2,500 kaki (750 meter) lebih tinggi dari kawasan banyak diduduki orang Yahudi pada ketika kisah-kisah utama mengenai mereka maujud sama ada di Delta Nil, Mesopotamia atau Lembangan Mediterranean.[6]
Rujukan
- ^ Rosenzweig, Rafael N. (1989). The Economic Consequences of Zionism. E.J. Brill. m/s. 1. ISBN 9-004091-47-5.
Zionism, the urge of the Jewish people to return to Palestine, is almost as ancient as the Jewish diaspora itself. Some Talmudic statements ... Almost a millennium later, the poet and philosopher Yehuda Halevi ... In the 19th century ...
- ^ Branovsky, Yael (6 May 2008). "400 olim arrive in Israel ahead of Independence Day". Yedioth Ahronoth. Dicapai pada 2013-04-29.
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 256. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ Kitab Kejadian 50:5-14 (Borneo, SABDA)
- ^ Kitab Bilangan 30:1-30 (Borneo, SABDA)
- ^ "Move On Up". The Forward. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-18. Dicapai pada 2013-04-29.