Ahmed Wali Karzai احمد ولی کرزی | |
---|---|
Kelahiran | 1961 |
Meninggal dunia | 12 Julai 2011 (aged 50) Kandahar, Afghanistan |
Warganegara | Afghan |
Pekerjaan | Ahli politik dan ketua puak Popalzais di selatan Afghanistan |
Terkenal kerana | Politik |
Anak-anak | 2 lelaki 3 perempuan |
Ahmed Wali Karzai ( Pashto : احمد ولي کرزی, Ahmad Wali Karzay, 1961 - 12 Julai 2011) merupakan ahli politik di Afghanistan dan adik kepada Presiden Afghanistan Hamid Karzai dan anak kepada Abdul Ahad Karzai . Beliau dari keturunan Pashtun Popalzai ,dilantik ke pengerusi Majlis Wilayah Kandahar pada 2005.Ahmed Wali Karzai pernah tinggal di Chicago dan Illinois, Amerika Syarikat dan bekerja di sebuah restoran milik keluarganya.
Beliau kembali ke Afghanistan berikutan penyingkiran kerajaan Taliban pada akhir tahun 2001.
Ditembak rakan sendiri
Beliau telah ditembak dengan pistol oleh tetamu yang dikenalinya. Suspek Sardar Mohammad, adalah rakan lama dari kampung Karzai dan dia ditembak mati oleh pengawal keselamatan selepas pembunuhan. Tetamu itu tidak diperiksa kerana mempunyai hubungan baik. Beliau tidak ditembak oleh pengawal peribadi.
Ketika ini Presiden Afghanistan Hamid Karzai bertemu dengan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy yang mengadakan lawatan mengejut ke Afghanistan dan mengumumkan pengunduran 1,000 tenteranya hujung tahun 2012.
Dokumen Amerika yang dibocorkan laman web pembocor rahsia WikiLeaks akhir tahun 2010 menuduh beliau sebagai pengusaha dadah / candu , mengamalkan rasuah dan mempunyai firma keselamatan sendiri. Namun pegawai rasmi Barat berdiam diri terhadap rekod buruk adik tiri presiden itu.[2]
Rujukan
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamabbc
- ^ "Adik Hamid Karzai dibunuh". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-13. Dicapai pada 2011-07-15.