Nicolas Sarkozy | |
---|---|
Dalam jawatan 16 Mei 2007 – 15 Mei 2012 | |
Presiden | Jacques Chirac |
Didahului oleh | Jacques Chirac |
Digantikan oleh | François Hollande |
Dalam jawatan 7 Mei 2002 – 31 Mac 2004 31 Mei 2005–26 Mac 2007 | |
Didahului oleh | Daniel Vaillant Dominique de Villepin |
Digantikan oleh | Dominique de Villepin François Baroin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 28 Januari 1955 Paris, Perancis |
Parti politik | UMP |
Pasangan | (1) Marie-Dominique Culioli k. 1982, c. 1996 (2) Cécilia Ciganer-Albeniz k. 1996 |
Nicolas Sarkozy (IPA: [nikɔla saʁkɔzi] — sebutan (bantuan·maklumat)) ialah Presiden Republik Kelima Perancis ke-6. Beliau adalah bekas Menteri Dalam Negeri dan ahli parti Union pour un mouvement populaire (UMP). Pada 6 Mei 2007, Sarkozy dipilih menjadi Presiden setelah menewaskan calon Parti Sosialis, Segolene Royal dalam pilihan raya presiden. Beliau menggantikan Jacques Chirac.
Sarkozy terkenal dengan pendirian konservatif mengenai isu-isu undang-undang dan pujiannya terhadap model ekonomi baru bagi Perancis, dengan cadangan bahawa negara tersebut sepatutnya mempunyai ekonomi yang lebih bebas, berdasarkan contoh-contoh Amerika Syarikat dan United Kingdom. Beliau sering digelar Sarko oleh penyokong dan pembangkangnya.
Setelah menjadi Presiden, Sarkozy telah melantik François Fillon sebagai Perdana Menteri Perancis.
Pada 6 Mei 2012, tempoh jawatan Sarkozy sebagai presiden menemui noktah apabila beliau kalah dalam pilihan raya 2012 kepada François Hollande pada beza undian 3.2%.[1]
Pada 1 Mac 2021, Sarkozy dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun atas kesalahan rasuah. Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan tempoh hukuman penjara selama dua tahun digantung dan bakinya dikenakan tahanan di rumah.[2]
Kehidupan
Nicolas Paul Stéphane Sarközy de Nagy-Bocsa dilahirkan di Paris pada 28 Januari 1955. Bapanya merupakan imigran dari Hungary yang melarikan diri ketika penyerangan Kesatuan Soviet.
Selepas mendapat ijazah dalam bidang Undang-undang dan Sains Politik, beliau ditauliahkan menjadi peguam dan berkhidmat dalam bidang ini selama 20 tahun. Sarkozy memulakan kerjaya politiknya dalam Parti Gaullis. Beliau diundi menjadi Ahli Majlis Bandar Neuilly pada 1977. Pada tahun 1983, beliau menjadi Datuk Bandar Neuilly. Beliau juga menyandang jawatan Ahli Majlis Kawasan Ile-de-France, Ahli Parlimen ( Majlis Kebangsaan), Ahli Parlimen Eropah dan Presiden Majlis Départment des Hauts-de-Seine.
Pada tahun 1993, Sarkozy dilantik sebagai Menteri Bajet. Beliau kemudiannya dipilih menjadi Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kewangan. Beliau berjaya melaksanakan undang-undang dengan tegas semasa menjadi Menteri Dalam Negeri dengan mengukuhkan lagi peranan pihak polis bagi mengurangkan kadar jenayah. Dalam tempohnya sebagai Menteri Kewangan, beliau telah memperkenalkan pelbagai polisi ekonomi baru demi menghidupkan semula ekonomi Perancis.
Sarkozy pernah berkahwin dua kali, dan mempunyai 3 anak lelaki dan dua anak perempuan tiri.
Rujukan
- ^ "Francois Hollande, the new French President". RookPost. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-10. Dicapai pada 2012-12-12.
- ^ Nicolas Sarkozy dihukum penjara kerana rasuah
Pautan luar
- (Perancis) Laman rasmi Presiden Perancis
- (Perancis) Laman sesawang parti pimpinan Sarkozy, Union pour un mouvement populaire
- (Perancis) Laman sesawang persendirian Sarkozy Diarkibkan 2021-03-06 di Wayback Machine
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Nicolas Sarkozy |
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Jacques Chirac |
Presiden Perancis 2007–2012 |
Diikuti oleh: François Hollande |
Didahului oleh Janez Janša |
Presiden Majlis Eropah 2008 |
Diikuti oleh: Mirek Topolánek |
Gelaran pemerintah | ||
Didahului oleh Jacques Chirac |
Putera Bersama Andorra 2007–2012 Berkhidmat bersama: Joan Enric Vives Sicília |
Diikuti oleh: François Hollande |