Adiwarna | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 29 Jun 1998 [1] | |||
Dirakamkan pada | Oktober 1997 - Mei 1998 | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 46:45 | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | Suria RecordsBlackboard IndonesiaEMI Music Indonesia | |||
Penerbit | Adnan Abu Hassan, Azmeer, Salman, LY, Johari Teh, Azlan Abu Hassan | |||
Kronologi Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
Single daripada Adiwarna | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Penarafan profesional | |
---|---|
Markah ulasan | |
Sumber | Taraf |
Discogs | [2] |
Adiwarna[3] merupakan album studio keempat Siti Nurhaliza,[4] dilancarkan pada 29 Jun 1998. Adiwarna merupakan album pertama Siti yang berjaya merangkul anguerah "Album Terbaik" di Anugerah Industri Muzik. Album ini juga memuatkan beberapa single yang cukup sinonim dengan nama Siti Nurhaliza, iaitu, “Diari Hatimu”,[a] "Purnama Merindu" dan "Satu Cinta Dua Jiwa". Album ini telah terjual melebihi 100,000 unit.[5]
Lagu "Satu Cinta Dua Jiwa" juga telah dialih bahasa kepada bahasa Inggeris dengan judul "We'll Be As One". Lagu ini telah dihantar untuk menyertai Pertandingan Nyanyian Antarabangsa Pasifik Selatan di Australia. Dengan hanya menghantar kaset demo, lagu ini berjaya menggondol dua anugerah.
Penerbitan
Biarpun album terdahulunya mempunyai alunan muzik pop tulen, meneruskan kejayaan album Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza II dan Cindai. Untuk album Adiwarna, Siti Nurhaliza bersama mentornya, Adnan Abu Hassan mula bereksperimen dengan mengadun muzik pop dengan balada untuk hasil terbaik, dimana Adnan mencipta dua lagu dalam album ini – “Gelora Asmara” dan “Tak Rela Berpisah Dari Mu”. Adik Adnan, Azlan Abu Hassan menyumbangkan lagu Satu Cinta Dua Jiwa.[5]
Pasangan suami isteri yang juga komposer dan penulis lirik terkenal, LY dan Baiduri yang sebelum ini bekerja dengan Siti menerusi lagu "Aku Cinta Padamu" dalam album kedua Siti, menyumbangkan dua lagu – "Sendiri" dan “Demi Kasih Sayang”. Rakaman album Adiwarna dimulakan pada Oktober 1997 semasa Siti dalam proses terakhir menyiapkan album Cindai dan ia siap sepenuhnya pada Mei 1998.[5]
Tajuk album
Dalam satu temuramah dengan Utusan Malaysia pada 20 Jun 1998,[4] Siti berkata, beliau memilih Adiwarna sebagai judul album solo keempatnya menjelaskan, istilah tersebut cukup untuk menggambarkan segala kecantikan dan keindahan dalam bidang seni suara yang mahu ditampilkan.[4] Selain itu, Adiwarna bagi Siti, juga merupakan kepelbagaian kesenian dalam sesebuah album sepertimana yang cuba ditampilkan kali ini.[4]
Menurutnya: "ini bukan album asli tetapi album pop biasa, cuma judulnya sahaja yang agak klasik dan kemelayuan,".[4] Dengan pemilihan istilah berunsur kemelayuan sebagai judul album, Siti berpeluang untuk kembali mempopularkan banyak perkataan lama yang semakin dilupakan.[4]
Keluaran dan sambutan
Adiwarna dikeluarkan pada 29 Jun 1998 dan mendapat sambutan yang baik semasa pelancarannya dan telah terjual sebanyak 100, 000 unit dan menerima pensijilan 4x platinum. Di samping itu, muzik video untuk lagu "Purnama Merindu", “Diari Hatimu”, “Satu Cinta Dua Jiwa”, “Laguku Di Hatimu”, “Demi Kasih Sayang” dan “Gelora Asmara” telah dikeluarkan.[5]
Sepertimanya tiga album Siti Nurhaliza terdahulu, album Adiwarna juga diterbitkan dalam versi alternatif dengan kulit album yang berbeza. Album ini juga dikeluarkan enam bulan selepas Siti menubuhkan syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions pada 12 Januari, sehari selepas ulang tahun kelahirannya ke-19.
Kejayaan album Adiwarna meyakinkan Siti Nurhaliza bahawa sesetengah album perlu disinergikan pada platform media lain untuk memastikan ia berjaya.[6]
Senarai runut
No. | Tajuk | Penulis | Penerbit | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Purnama Merindu" | Lukhman S | Azmeer | 4:27 | ||||||
2. | " Sendiri[b]" | Baiduri | LY | 5:36 | ||||||
3. | "Kita Kan Bersama" | Sham Amir Hussain | Malek Osman | 3:54 | ||||||
4. | "Tak Rela Berpisah Darimu" | Hani MJ | Adnan Abu Hassan | 5:18 | ||||||
5. | "Lagu Ku Di Hatimu" | Siti Nurhaliza | Salman | 4:36 | ||||||
6. | "Diari Hatimu" | Ferdi Khalid NS | Ferdi Khalid NS | 6:03 | ||||||
7. | "Satu Cinta Dua Jiwa" | Ucu | Azlan Abu Hassan | 4:09 | ||||||
8. | "Demi Kasih Sayang" | Baiduri | LY | 4:04 | ||||||
9. | "Tak Boleh Lupa" | Juwie | Johari Teh | 4:50 | ||||||
10. | "Gelora Asmara" | Hazida | Adnan Abu Hassan | 4:20 | ||||||
Jumlah masa: 46:45 |
Versi Indonesia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Penulis | Penerbit | Masa | ||||||
1. | "Menyintaimu Selamanya" | Baiduri | L.Y. | 5:33 | ||||||
2. | "Purnama Merindu" | Lukhman S | Azmeer | 4:24 | ||||||
3. | "Kita Kan Bersama" | Sham Amir Hussain | Malek Osman | 3:50 | ||||||
4. | "Tak Rela Berpisah Dari Mu" | Hani MJ | Adnan Abu Hassan | 5:14 | ||||||
5. | "Lagu Ku Di Hati Mu" | Siti Nurhaliza | Salman | 4:32 | ||||||
6. | "Diari Hatimu" | Ferdi Khalid NS | Ferdi Khalid NS | 6:00 | ||||||
7. | "Satu Cinta Dua Jiwa" | Ucu | Azlan Abu Hassan | 4:05 | ||||||
8. | "Demi Kasih Sayang" | Baiduri | L.Y. | 4:02 | ||||||
9. | "Tak Boleh Lupa" | Juwie | Johari Teh | 4:47 | ||||||
10. | "Gelora Asmara" | Hazida | Adnan Abu Hassan | 4:18 | ||||||
Jumlah masa: 46:45 |
Tenaga kerja
Kredit diperoleh daripada sisipan buku kecil album Adiwarna.[7]
|
|
Kedudukan carta
Album
Carta (1998) | Kedudukan tertinggi carta |
---|---|
Malaysia (Carta RIM) | 1[8] |
Single
Tahun | Tajuk | Kedudukan tertinggi | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Radio Muzik | ERA fm | HOT fm | Muzik Muzik | |||||||
1998 | 5 | 1 | - | 1 | ||||||
9 | - | - | - | |||||||
Gelora Asmara |
16 | - | - | 17 | ||||||
18 | - | - | 7 | |||||||
10 | - | - | - |
Pensijilan
Negara | Pensijilan | Jualan/penghantaran |
---|---|---|
Malaysia (RIM) | 4× Platinum | 100,000 |
Anugerah
Anugerah Industri Muzik
Tahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1999[9][10] | Adiwarna | Album Pop Terbaik | Menang |
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) | Menang | ||
Album Terbaik | Menang |
Anugerah Carta RIM
Tahun | Penerima/Karya tercalon | Anugerah | Keputusan |
---|---|---|---|
1998 | Adiwarna | Pencapaian Terbaik Untuk Album Melayu | Menang |
Anugerah Juara Lagu
Tahun | Penerima/Karya tercalon | Anugerah | Keputusan |
---|---|---|---|
1999 | Purnama Merindu | Lagu Balada Terbaik | Menang |
Satu Cinta Dua Jiwa | Lagu Pop Rock Terbaik | Tercalon |
South Pacific International Song and Singing Competition
Tahun | Penerima | Anugerah | Keputusan | Negara Hos |
---|---|---|---|---|
1999[10][11] | "We'll Be As One" | Best Female Vocal Performance | Menang | Australia |
Pop Winner/Top 40 Category International Song | Menang |
Shanghai Music Festival
Tahun | Penerima | Anugerah | Keputusan | Negara Hos |
---|---|---|---|---|
1999[10] | Dirinya sendiri | Shanghai Asia Music Festival 1999 (Asia New Singer Competition) | Anugerah Emas
|
China |
Voice of Asia
Tahun | Penerima | Anugerah | Keputusan | Negara Hos |
---|---|---|---|---|
2002[12] | Dirinya sendiri - mempersembahkan "Purnama Merindu" | Voice of Asia 2002 | Juara Grand Prix
|
Kazakhstan |
Catatan
Rujukan
- ^ Adiwarna oleh Siti Nurhaliza di iTunes Malaysia.
- ^ Adiwarna. Discogs.
- ^ Siti Nurhaliza – Adiwarna Diarkibkan 2016-10-05 di Wayback Machine di Siti Sentral @ Weebly.com.
- ^ a b c d e f Tengku Khalidah Tengku Bidin (20 Jun 1998). Siti Nurhaliza menyingkap di sebalik falsafah Adiwarna Diarkibkan 2016-12-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 26 Disember 2015.
- ^ a b c d Adiwarna SitiZone. Diperoleh pada 18 Disember 2010.
- ^ Siti Nurhaliza yakin kepada kemampuan Adiwarna Diarkibkan 2016-12-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia (5 Julai 1998). Diperoleh pada 25 Disember 2015.
- ^ Adiwarna (liner notes). Siti Nurhaliza. Suria Records. 1998.CS1 maint: others (link)
- ^ Hits Of The World - Malaysia Dominic Pride and Allison Smith (29 August 1998). Billboard. Books.google.com. Retrieved on 25 February 2011.
- ^ "Anugerah Industri Muzik... satu pengiktirafan kepada warga seni". Utusan Malaysia Online. 12 April 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-17. Dicapai pada 21 September 2010.
- ^ a b c "Siti Nurhaliza paling berjaya tahun 1999". Utusan Malaysia Online. 30 Disember 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-17. Dicapai pada 21 September 2010.
- ^ Siti Nurhaliza menang anugerah antarabangsa Diarkibkan 2013-08-29 di Wayback Machine Utusan Malaysia Online (21 Mei 1999). Diperoleh pada 1 Januari 2011.
- ^ Voice of Asia - Siti Nurhaliza rangkul hadiah Grand Prix Diarkibkan 2011-06-17 di Wayback Machine Saharudin Mustafa (7 Ogos 2000). Utusan Malaysia Online. Diperoleh pada 1 Januari 2011.
Pautan luar
- SitiZone: Adiwarna Diarkibkan 2010-08-04 di Wayback Machine