Tahajjud Cinta | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 9 September 2009 | |||
Dirakamkan pada | Januari-Ogos 2009 | |||
Genre | Kerohanian | |||
Bahasa | Bahasa Melayu dan bahasa Arab | |||
Syarikat | Siti Nurhaliza ProductionsSuria Records | |||
Penerbit | Dato' Siti Nurhaliza, Audi Mok, Eddie Marzuki, Tya Subkiato | |||
Kronologi Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
Single daripada Tahajjud Cinta | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Tahajjud Cinta ialah album ke-15 oleh Datuk Siti Nurhaliza dan album pertamanya yang boleh dikategorikan sebagai album kerohanian atau keagamaan. Album yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions dan diedarkan oleh Suria Records ini mula dipasarkan pada 9 September 2009 semasa bulan Ramadhan. Siti Nurhaliza merasakan amat tepat album ini dilancarkan pada bulan Ramadhan yang berkat kerana ia bertepatan dengan konsep atau mesej kerohanian yang disampaikan menerusi album tersebut. Tidak banyak artis yang menampilkan sebuah album yang bermesejkan kerohanian[2] selain album yang dinyanyikan oleh artis atau kumpulan nasyid. Album ini telah terjual melebihi 5,000 unit, di mana jualan album Siti Nurhaliza dilihat menurun berbanding 10,000 unit bagi album yang sebelumnya. Album yang diedarkan oleh Suria Records ini dijual dalam bentuk cakera padat dengan harga RM 29.90.
Latar belakang
Sebagai seorang penyanyi, Siti Nurhaliza telahpun muncul dengan album pop dan tradisional sebelum ini dan kini beliau membuat cubaan pertama menghasilkan sebuah album pop yang keseluruhan mesej atau liriknya ke arah kerohanian. Album yang diterbitkan oleh Eddie Marzuki, Audi Mok, Dato’ Siti Nurhaliza dan Tya Subiakto ini memuatkan 8 buah lagu.
Dalam album ini, Siti Nurhaliza menyanyikan kembali lagu yang pernah dipopularkan oleh Raihan iaitu 'Ya Rasulullah' dalam versi yang telah digubah semula kerana merasakan lagu tersebut amat menyentuh perasaannya sewaktu mendendangkan lagu itu dalam teater Sirah Junjungan di Istana Budaya tidak lama dahulu. Lagu 'Ketika Cinta' adalah lagu asal penyanyi dakwah Indonesia, Opick telah dirakamkan semula dengan susunan muzik baru dan lagu itu juga menjadi lagu tema filem Indonesia `Perempuan Berkalung Sorban’. Lagu 'Pintu Rindu' (asal lagu Arab yang telah dibuat lirik bahasa Melayu) dan 'Selawat' juga dimuatkan dalam album ini kerana ia mempunyai kekuatan yang tersendiri dari segi melodi dan mesejnya.[3]
Manakala lagu ciptaan baru yang dihasilkan dalam album ini ialah Asma Ul Husna, Tahajjud Cinta, Ku Percaya Ada Cinta dan Batasku Asaku.
Senarai runut
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Asma Ul Husna" | Erma Fatima | Erma Fatima | 6:00 | |
2. | "Pintu Rindu" | Hairul Anuar Harun | Hairul Anuar Harun | 4:58 | |
3. | "Tahajjud Cinta" | Hairul Anuar Harun | Erma Fatima | 5:12 | |
4. | "Batasku Asaku" | Attan Hardilas | Dato' Siti Nurhaliza | 4:10 | |
5. | "Ku Percaya Ada Cinta" | Habsah Hassan | Audi Mok | 4:36 | |
6. | "Ya Rasulullah" | Abu Bakar Mohd Yatim | Abu Bakar Mohd Yatim | 4:55 | |
7. | "Ketika Cinta" (OST Perempuan Berkalung Sorban) | Opick | Opick | 4:03 | |
8. | "Selawat" | Copyright Control | Copyright Control | 4:43 | |
Kedudukan carta
Single
Tahun | Tajuk | Kedudukan tertinggi | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Radio Muzik | ERA fm | HOT fm | Muzik Muzik | |||||||||
2009 |
Ketika Cinta |
- | - | - | - | |||||||
4 | 1 | 1 | - | |||||||||
Batasku Asaku |
- | - | - | - |
Rujukan
- ^ "Siti Komen Tentang KD, Tahajjud Cinta". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-25. Dicapai pada 29 September 2009.
- ^ "Tahajjud Cinta". Dicapai pada 28 September 2009.
- ^ "Tahajjud Cinta Dato' Siti Nurhaliza". Dicapai pada 28 September 2009.