Abusir | |
Lokasi | Mesir |
---|---|
Wilayah | Giza |
Koordinat | 29°54′N 31°12′E / 29.9°N 31.2°E / 29.9; 31.2 |
Kriteria | Kebudayaan: (i)(iii)(vi) |
Ditetapkan | 1979 (3rd session) |
Sebahagian daripada | Memphis dan Nekropolisnya – Padang Piramid dari Giza ke Dahsur |
No. rujukan | 86-002 |
Busiri dalam hieroglif | |||||
|
Abusir (Arab: ابو صير ; Mesir pr wsjr; Bahasa Qibti: ⲃⲟⲩⲥⲓⲣⲓ busiri, "tempat persemadian Osiris"; Bahasa Yunani Kuno: Βούσιρις ) ialah nama yang diberikan kepada sebuah kompleks piramid Mesir purba yang terdiri daripada runtuhan empat piramid raja yang berasal dari zaman Kerajaan Lama, dan merupakan sebahagian daripada Padang Piramid Tapak Warisan Dunia UNESCO Memphis dan Necropolisnya.[1]
Kompleks piramid ini dinamakan sempena kampung Abusir yang berhampiran, di markaz (mukim) Badrashin, Giza.[2] Kompleks piramid Abusir terletak di penara Gurun Barat di pinggir dataran bercucuk tanam. Piramid Giza berada di utara, dan Saqqarah di selatannya, dan kompleks itu salah satu tanah perkuburan golongan elit yang utama Memphis, ibu kota Mesir kuno. Beberapa kampung lain di utara dan selatan Mesir dinamakan Abusir atau Busiri.
Semasa Dinasti Ke-5 Kerajaan Lama, Abusir menjadi tempat penting untuk pengebumian berprestij di wilayah barat. Pada masa itu, Memphis adalah ibu kota. Kawasan Giza yang bersebelahan dengannya sudah sesak dengan piramid besar dan monumen-monumen dari Dinasti ke-4. Jadi, firaun-firaun Dinasti ke-5 memutuskan untuk mencari lokasi lain, seperti Abusir, untuk membina struktur pengebumian mereka sendiri..
Nekropolis
Makam terawal di tapak tersebut berasal dari Zaman Dinasti Awal, Dinasti Pertama. Makam-makam, termasuk makam tangga, telah ditemui di utara padang piramid.[3]
Terdapat empat buah piramid raja di tapak ini, yang menjadi tempat pengebumian diraja yangn utama semasa Dinasti Kelima. Kualiti pembinaan piramid-piramid Abusir lebih rendah daripada Dinasti Keempat; mungkin menandakan kelemahan kuasa raja atau ekonomi yang kurang cergas. Piramid lebih kecil daripada zaman sebelumnya, dan dibina dengan batu tempatan yang berkualiti rendah. Semua piramid utama di Abusir dibina sebagai piramid bertingkat, namun yang terbesar—Piramid Neferirkare—dipercayai pada asalnya sebuah piramid bertingkat berketinggian kira-kira 70 meter, kemudian berubah menjadi piramid "sebenar" dengan tangganya dibuat dengan batu-batu yang kurang baik.
Senarai lengkap struktur-struktur yang telah digali sehingga tahun 2019 tersedia dalam rencana ini.[4] Petanya juga diterbitkan dalam talian dan boleh didapati dalam bentuk aplikasi.[5]
Piramid utama
Tiga piramid diraja yang utama ialah
- yang terawal, Piramid Sahure, terkenal dengan ukiran yang halus
- Piramid Neferirkare Kakai, piramid tertinggi di tapak tersebut
- Piramid Niuserre, piramid yang paling utuh di tapak tersebut
Dua piramid diraja yang tidak diselesaikan ialah
Piramid yang lebih kecil
- piramid Permaisuri Khentkaus II, isteri Neferirkare dan ibu kepada Neferefre dan Niuserre[8]
- Piramid Lepsius no. 24 — Piramid milik seorang wanita, mungkin seorang ratu. Nama wazir Ptahshepses terdapat dalam kalangan tanda pembinanya, yang menunjukkan piramid itu berasal dari zaman Firaun Nyuserre [7]
- Piramid Lepsius no. 25 — Kemungkinan piramid seorang ratu dari Dinasti Kelima[7]
Mastaba orang istana
Makam beberapa pegawai tinggi dan ahli keluarga mereka terletak di sekitar piramid raja mereka:
- mastaba Ptahshepses (wazir di bawah Nyuserre)[9]
Empat mastaba di tenggara kompleks piramid Raneferef dipanggil tanah perkuburan "Nakthsare", mungkin makam orang-orang yang ada hubungan dengan Raja Raneferef:
- mastaba Putera Nakhtsare (anak Raneferef atau Nyuserre)
- mastaba "Datuk" Kakaibaef
- mastaba Ratu Khentkaus III, kemungkinan isteri Raneferef
- mastaba pemilik tanpa nama AS 31
Abusir Selatan
Tepat di utara Saqqara terdapat tanah perkuburan pegawai rendah Zaman Dinasti Awal dan Kerajaan Lama. Makam-makam Dinasti Pertama yang terawal terletak di tempat yang dipanggil "tanah perkuburan Bonnet" yang dinamakan sempena Hans Bonnet, yang menerbitkan tapak tersebut.[10] Ia telah digali pada tahun 1910 oleh Georg Steindorff dan Uvo Hölscher. Baru-baru ini, artifak tembaga dalam koleksi Universiti Leipzig dari tapak tersebut telah dikaji. Satu kapal, ÄMUL 2162, diperbuat daripada bahan khas, tembaga arsenik dengan nikel, mungkin barangan import ke Mesir.[11]
Tanah perkuburan Kerajaan Lama di Abusir Selatan termasuk makam-makam berikut:
- makam Ity (Dinasti Keempat awal) [12]
- makam Hetepi (pendeta, permulaan Dinasti Ketiga) [13]
- makam Nyankhseshat (bendahari raja, awal Dinasti Keempat), dengan stele pegawai Dinasti Kelima, Sekhemka, dan isterinya Henutsen[14]
- makam Kaaper (arkitek dan pendeta, awal Dinasti Kelima)[12]
- makam Rahotep (pendeta, akhir Dinasti Kelima)
- makam Fetekti (pendeta, akhir Dinasti Kelima)
- makam Qar dan anak-anaknya (wazir, awal Dinasti Keenam, anak-anak dari akhir Dinasti Keenam, pemerintahan Pepi II Neferkare)[15]
- makam batu tarah Kerajaan Baru milik Nakhtmin (Panglima Penunggang Rata)[16]
Tanah perkuburan Saite-Parsi
Di atas sebuah bukit kecil tepat ke selatan piramid Neferefre terdapat makam-makam dari zaman Saite:
- makam Udjahorresnet[17]
- makam Iufaa[18]
- makam Menekhibneko[19]
- makam Padihor
- makam R3
Sebuah kuil
Turut ditemui di Abusir ialah peninggalan kuil zaman Ramesses, mungkin dibina oleh Ramses II. Kuil ini terletak kira-kira 500 meter di tenggara piramid, berhampiran dengan kawasan bercucuk tanam di gurun situ. Bangunan utama kuil dibina daripada batu kapur. Terdapat tiga bilik bawah tanah, sebuah dewan kecil dengan empat tiang dan halaman (dengan dinding bata lumpur) dengan sepuluh tiang batu kapur. Bangunan batu kapur itu berada di dalam kompleks yang lebih besar dibuat daripada bata lumpur dengan tonggak pedaka dan gudang senjata.[20] Kuil itu nampaknya dibuat untuk pemujaan matahari, khususnya dewa Ra, Amun, dan Nekhbet. Serpihan ukiran warna-warni dan banyak gelaran Ramesses II telah ditemui.[21] Kuil itu dibina di atas makam-makam bata lumpur Dinasti Ketiga dan Kelima.[22]
Penjarahan tapak semasa protes 2011
Abusir, Saqqarah dan Dahsyur mengalami kerosakan oleh perompak semasa protes Mesir 2011. Sebahagian daripada pintu palsu makam pendeta Rahotep telah dicuri, dan bilik stor dipecah masuk.[23][24] Struktur-struktur yang dirompak dipetakan contohnya dalam rencana ini.[25]
Iklim
Sistem pengelasan iklim Köppen-Geiger mengelaskan iklimnya sebagai gurun panas (BWh), [26] sama seperti seluruh Mesir.
Data iklim untuk Abusir | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 19.6 (67.3) |
21.2 (70.2) |
24.5 (76.1) |
29 (84) |
32.9 (91.2) |
35.3 (95.5) |
35.5 (95.9) |
35.2 (95.4) |
32.9 (91.2) |
30.7 (87.3) |
25.9 (78.6) |
21.4 (70.5) |
28.7 (83.6) |
Purata suhu harian, °C (°F) | 13.5 (56.3) |
14.5 (58.1) |
17.5 (63.5) |
21.1 (70.0) |
24.8 (76.6) |
27.5 (81.5) |
28.4 (83.1) |
28.3 (82.9) |
26.2 (79.2) |
24.1 (75.4) |
19.8 (67.6) |
15.4 (59.7) |
21.8 (71.2) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 7.4 (45.3) |
7.9 (46.2) |
10.6 (51.1) |
13.3 (55.9) |
16.8 (62.2) |
19.8 (67.6) |
21.3 (70.3) |
21.4 (70.5) |
19.5 (67.1) |
17.5 (63.5) |
13.7 (56.7) |
9.4 (48.9) |
14.9 (58.8) |
Purata kerpasan, mm (inci) | 4 (0.2) |
3 (0.1) |
2 (0.1) |
1 (0.0) |
0 (0) |
0 (0) |
0 (0) |
0 (0) |
0 (0) |
0 (0) |
2 (0.1) |
4 (0.2) |
16 (0.7) |
Sumber: Climate-Data.org, altitude: 18m[26] |
Lihat juga
- Nekropolis Memphit
- Senarai bandar dan bandar Mesir purba
- Senarai tapak Mesir purba, termasuk tapak kuil
- Piramid Berganda
- Senarai tapak megalitik
Rujukan
- ^ "Memphis and its Necropolis – the Pyramid Fields from Giza to Dahshur". UNESCO World Heritage Centre. United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organization. Dicapai pada 7 September 2021.
- ^ "Markaz al-Badrashin Map". www.giza.gov.eg. Dicapai pada 2023-01-22.
- ^ Radwan, Ali (1991). "Ein Treppengrab der 1. Dynastie aus Abusir". Mitteilungen des Deutschen Archäologischen Instituts, Abteilung Kairo. 47: 305–308.
- ^ Bárta, Miroslav; Brůna, Vladimír; Bareš, Ladislav; Krejčí, Jaromír; Dulíková, Veronika; Odler, Martin; Vymazalová, Hana (2020). "Map of archaeological features in Abusir" (PDF). Prague Egyptological Studies. 25: 7–34.
- ^ Brůna, Vladimír (2019). "Map of the archaeological objects in Abusir". Dicapai pada 1 May 2023.
- ^ Verner, Miroslav (2006). The pyramid complex of Raneferef. Abusir. Prague: Czech Institute of egyptology, Faculty of arts, Charles university in Prague Academia, publishing house of the academy of sciences of the Czech Republic. ISBN 978-80-200-1357-6.
- ^ a b c Verner, Miroslav. The Pyramids: The Mystery, Culture, and Science of Egypt's Great Monuments. Grove Press. 2001 (1997). ISBN 0-8021-3935-3 Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "MV" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Verner, Miroslav; Posener-Kriéger, Paule; Jánosi, Peter, penyunting (1995). The Pyramid complex of Khentkaus. Abusir. Praha: Univ. Carolina Pragensis Acad. ISBN 978-80-7066-909-9.
- ^ Krejčí, Jaromír (2009). The architecture of the mastaba of Ptahshepses. Abusir. Praha: Czech Institute of Egyptology. ISBN 978-80-200-1728-4.
- ^ Bonnet, Hans (1928). Ein frühgeschichtliches Gräberfeld bei Abusir (dalam bahasa German) (ed. 1). Leipzig: Hinrichs’sche Buchhandlung.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Kmošek, Jiří; Odler, Martin; Fikrle, Marek; Kochergina, Yulia V. (2018). "Invisible connections. Early Dynastic and Old Kingdom Egyptian metalwork in the Egyptian Museum of Leipzig University". Journal of Archaeological Science (dalam bahasa Inggeris). 96: 191–207. doi:10.1016/j.jas.2018.04.004 – melalui Elsevier Science Direct.
- ^ a b Bárta, Miroslav (2001). The cemeteries at Abusir South I (ed. 1). Praha: Czech Institut of Egyptology. ISBN 978-80-86277-18-9.
- ^ Abusir XIX: Tomb of Hetepi (AS 20), Tombs AS 33-35 and AS 50-53. Excavations of the Czech institute of egyptology. Prague: Charles University, Faculty of arts. 2010. ISBN 978-80-7308-325-0.
- ^ Odler, Martin; Peterková Hlouchová, Marie; Dulíková, Veronika (2021). "A unique piece of Old Kingdom art: the Funerary Stela of Sekhemka and Henutsen from Abusir South". Ägypten und Levante (dalam bahasa Jerman). 31: 403–424. doi:10.1553/AEundL31s403. ISSN 1015-5104.
- ^ Bárta, Miroslav (2009). Abusir South 2: tomb complex of the vizier Qar, his sons Qar Junior and Senedjemib, and Iykai. Prague: Czech Institute of Egyptology Dryada. ISBN 978-80-87025-21-5.
- ^ Daoud, Khaled Abdalla; Farag, Sabry; Eyre, Christopher J. (2016). "Nakht-Min: Ramesses II's charioteer and envoy". Egyptian Archaeology. 48: 9–13.
- ^ Bareš, Ladislav; Smoláriková, Květa, penyunting (1999). The shaft tomb of Udjahorresnet at Abusir (ed. 1. vyd). Praha: Universitas Carolina Pragensis, The Karolinum Press. ISBN 978-80-7184-822-6.
- ^ Bareš, Ladislav; Smoláriková, Květa (2008). The shaft tomb of Iufaa. Abusir. Prague: Czech Institute of Egyptology, Faculty of Arts, Charles University in Prague. ISBN 978-80-7308-238-3.
- ^ Bareš, Ladislav; Smoláriková, Květa (2011). Abusir XXV: the shaft tomb of Menekhibnekau. Excavations of the Czech Institute of Egyptology (ed. 1). Prague: Czech Institute of Egyptology, Faculty of Arts, Charles University in Prague. ISBN 978-80-7308-380-9.
- ^ M. Bárta, L. Varadzin, J. Janák, J. Mynářová, V. Brůna: The temple of Ramesses II in Abusir, in Egyptian Archaeology, Spring 2018, 52, 10-14
- ^ "Abusir Necropolis | Ancient Egypt Online" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-25.
- ^ Odler, Martin; Peterková Hlouchová, Marie; Arias Kytnarová, Katarína; Havelková, Petra (2018). "New Egyptian tomb type found at Abusir South? Report on the excavations of mud brick complex AS 103" (PDF). Prague Egyptological Studies. 21: 27–34.
- ^ "Egyptological Looting Database 2011".
- ^ "iDNES.cz".
- ^ Odler, Martin; Dulíková, Veronika; Juřičková, Lucie (2013). "Molluscs from the Stone and Mud-brick Tombs in Abusir (Egypt) and the Provenance of so-called "Nile-mud"" (PDF). Interdisciplinaria Archaeologica - Natural Sciences in Archaeology. IV (1): 9–22. doi:10.24916/iansa.2013.1.1.
- ^ a b "Climate: Abu Sir - Climate graph, Temperature graph, Climate table". Climate-Data.org. Dicapai pada 28 October 2013.
Pautan luar
- Institut Mesirologi Czech: Abúsír, tapak
- Peta interaktif struktur arkeologi di Abusir
- Prague Egyptological Studies, jurnal akses terbuka dalam talian dengan penyelidikan terkini di tapak Abusir
- Monumen-monumen Mesir: Nekropolis Abusir
- Ekspedisi Universiti Waseda ke Abusir Selatan Diarkibkan 2018-10-01 di Wayback Machine