Alexander Vallance Riddell Johnstone (2 Jun 1916 – 13 Disember 2000) adalah seorang pegawai Tentera Udara Diraja British yang pernah berkhidmat menjadi penasihat kepada Kerajaan Malaya dalam penubuhan Tentera Udara Diraja Malaysia. Beliau seterusnya dilantik menjadi Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia yang pertama.
Kerjaya
Kerjaya :
(AuxAF):
Plt Off: 3 May 1935,
Fg Off: 3 Nov 1936,
Flt Lt: 1 Sep 1939,
Sqn Ldr: Jul 1940,
(T) Wg Cdr: 1 Mar 1942,
Act Gp Capt: May 1944 - Dec 1946,
(RAF):
Sqn Ldr: 10 Dec 1946 [1 Jun 1944],
Wg Cdr: 1 Jul 1947,
Gp Capt: 1 Jan 1954,
Act A/Cdre: 1957 - Aug 1958,
A/Cdre: 1 Jan 1961,
AVM: 1 Jul 1965.
A.V.R. Johnstone dilahirkan pada 2 Jun 1916. Semasa beliau di tahun terakhir di Akademi Kelvinside, johnstne mengalami kecederaan teruk pada lututnya menyebabkan beliau terpasa berhenti bermain ragbi. Untuk mengisi waktu hujung minggunya, Johnstone memohon menyertai Pasukan Bantuan Tentera Udara Diraja British (No. 602 Skuadron “City of Glasgow”) dan diterima untuk menyertai program latihan juruterbang. Semasa menjalankan latihan juruterbang, Johnstone memohon bekerja di Scottish Aviation Ltd dalam tahun 1938 untuk ditempatkan di No. 1 Civil Air Navigation School. Johnstone bertanggungjawab melatih jurupandu arah sehinggalah meletusnya Perang Dunia II dalam tahun 1939.
Johnstone dipanggil untuk khidmat perang dengan 602 Skuadron dan terlibat dalam pertempuran menangkis pengebom Jerman yang menyerang pelabuhan Rosyth. Pada awal than 1940, Johnstone mengetuai “B” Flait dan sejurunya sebagai pegawai pemerintah 602 Skuadron. Dalam bulan Ogos 1940, Johnstone mengetuai 602 Skuadron menyertai Gerup No. 11 semasa Pertempuran Britain (Battle of Britain). Sejurus kemudian, Johnstone ditugaskan sebagai Pengawal Pesawat Pejuang.
Di Malta, Johnstone sepatutnya menjadi ketua satu Sayap tempur pesawat Spitfire , tetapi ditukarkan di saat akhir menjadi pengawal pesawat pejuang di Luqa. Selepas bertugas di Valleta, Johnstone akhirnya diberikan pemerintahan satu sayap pejuang terdiri dari No. 229 Skuadron dan No. 249 Skuadron.
Dari Malta, Johnstone ditugaskan semula ke Britain sebagai komander stesen di RAF Fairwood Common bersama-sama Gerup No 10. kenaikan pangkat membawa beliau ke Markas Tentera Berikat di mana beliau bertanggungjawab ke atas operasi kapal terbang pejuang British. Semasa di markas tersebut, Jeneral Dwight D. Eisenhower menghantar Johnstone menghadiri Kolej Turus. Selepas tamat Perang dunia II, Johnstone memutuskan untuk berkhidmat terus dengan Tentera Udara Diraja British. Rekod perangnya menunjukkan beliau menembak jatuh 7 buah kapal terbang musuh dan satu kebarangkalian ditembak jatuh serta 6 kapal terbang musuh mengalami kerosakan.
Johnstone dan TUDM
Dalam bulan Januari 1956, Johnstone ditugaskan sebagai Timbalan Ppemerintah Pertahanan Udara untuk Tentera Udara Diraja British di Malaya (HQ RAF Malaya). Johnstone bertanggungjawab dengan tugas menubuhkan Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya dan rangkaian pertahanan udara di Malaya. Tentera Udara Diraja British kemudiannya menawarkan khidmat Johnstone sebagai penasihat perihal udara kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Selepas penubuhan TUDM dalam tahun 1958, Johnstone dipinjam khidmat kepada TUDM sebagai Timbalan Panglima (Udara) dan menjadi panglima pertama TUDM dengan pangkat Komodor Udara. Johnstone bertanggungjawab menguruskan pembelian pesawat-pesawat awal TUDM. Beliau juga mencipta rekaan untuk insignia kebangsaan TUDM dan juga penubuhan struktur pengurusan TUDM.
Selepas TUDM
Selepas tamat tempoh pinjam khidmatnya, Johnstone kembali ke Britain ke RAF Middleton St. George. Selepas itu, beliau kembali ke Markas Tentera Udara. Semasa ini beliau membantu penubuhan Tentera Udara Rhodesia Utara (kini Zambia).
Semasa Konfrontasi, Johnstone kembali ke Malaysia sebagai Panglima tentera Komanwel di Borneo dan dapat melihat sendiri kematangan TUDM yang beliau tubuhkan dalam tahun 1958. Perlantikan terakhir Johnstone sebelum bersara adalah sebagai Panglima Pertahanan Udara Scotland. Selepas bersara pada 14 Disember 1968, Johnstone menceburi bidang penulisan (Diary Of An Aviator Pub. Airlife Publishing, 1993). Johnstone juga dilantik menjadi Timbalan Leftenan Glasgow (satu jawatan istiadat) dari tahun 1971 hingga 1991.