"7 Nasihat" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Siti Nurhaliza menampilkan Kmy Kmo dan Luca Sickta | ||||
daripada album ManifestaSITI2020 | ||||
Dilancarkan | 20 Februari 2020 (Digital) | |||
Dirakamkan | 5 Februari 2020 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Format | Muat turun digital | |||
Genre | ||||
Panjang | 3:39 | |||
Syarikat | Siti Nurhaliza Productions, Universal Music Group | |||
Penulis | Kmy Kmo & Luca Sickta | |||
Penggubah | Kmy Kmo & Luca Sickta | |||
Penerbit | Luca Sickta | |||
Kronologi Kronologi single Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"7 Nasihat" merupakan lagu nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza duet bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta yang dikeluarkan pada 20 Februari 2020.[1] Lagu ini ialah hasil nukilan sepenuhnya oleh Kmy Kmo & Luca Sickta. "7 Nasihat" berpaksikan kepada elemen muzik kemelayuan dan bait-bait lirik turut melambangkan kesantunan orang Melayu dalam memberi kritikan sosial menggunakan bahasa kiasan.[2] Ia dikeluarkan sebagai single keempat untuk album ke-19 Siti, ManifestaSITI2020 yang dikeluarkan pada 3 Julai 2020.[3]
Latar belakang
Selepas kejayaan single terdahulu seperti "Anta Permana" dan "Terang", Siti Nurhaliza mengumumkan akan muncul dengan single terbaru dalam tempoh terdekat. Siti mendakwa perlu menunggu rakan duet Kmy Kmo dan Luca Sickta yang terlewat 30 minit pada hari rakaman "7 Nasihat". Siti yang tiba dahulu di studio rakaman, terpaksa menunggu mereka yang kelam-kabut hingga sesat mencari lokasi premis.[4] Ini merupakan kali kedua Siti membawakan lagu berentak hip hop selepas kali terakhir kali terakhir tampil dengan lagu irama hip hop bersama Too Phat, bertajuk "Dua Dunia" pada 2005, Siti mengaku tidak mahu ketinggalan dengan peredaran muzik semasa.[5] Siti berkata mengenai lagu ini:
"Sebagai artis senior, saya tidak mahu ketinggalan dengan peredaran muzik semasa. Peluang bergandingan dengan kmy dan luca merupakan salah satu cara untuk saya mendekati peminat muzik dan pendengar yang lebih muda. Lagu "7 Nasihat" merupakan sebuah karya istimewa kerana menggabungkan hip-hop, rap dan tradisional. Ini juga dapat menyuntik minat generasi muda menghayati gabungan irama yang digarap dengan begitu baik sekali,"[6]
Siti mengumumkan pada Jun 2020 bahawa beliau akan merakamkan muzik video untuk lagu "7 Nasihat".[7]
Nilai murni
Menerusi akaun Twitter miliknya, Siti mendedahkan nilai murni menerusi satu kicauan. Antara nilai dalam "7 Nasihat" ialah:[8]
- Nak berjaya jangan sombong
- Dahulukan hormat
- Jaga lidah dan tulisan
- Jangan lupa diri
- Bersihkan hati
- Berbaik budi sesama kita
- Ingat pesan yang tua
Kicauan lagu ini telah menerima hampir 9,000 ulang kicau dan lebih 10,000 tanda suka daripada warga Twitter.[8]
Keluaran
"7 Nasihat" dikeluarkan pada 20 Februari 2020, ia boleh didapati di semua pelantar digital termasuk Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music. Single ini juga ialah bingkisan awal untuk album studio Siti ke-18 yang dijadulkan akan dilancarkan pada 1 April 2020.
Namun tidak lama selepas ia dikeluarkan, "7 Nasihat" telah dimuatnaik di YouTube tanpa kebenaran Siti. Beliau meluahkan kekecewaannya menerusi ciapan di Instagram dan meminta ramai pihak agar memadamkan video tersebut dan menghormati karya orang lain.[9] Beliau juga meminta agar para peminat membantunya dengan cara membuat laporan terhadap akaun YouTube terbabit.[10][11]
Format dan senarai runut
- Muat turun digital[12]
- "7 Nasihat" – 3:39
Persembahan carta
Carta (2020) | Kedudukan carta |
---|---|
Carta RIM (Domestik)[13] | 5 |
Carta 40 Suria FM | 1 |
Muzik Muzik 35 | 1 |
Sejarah keluaran
Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 20 Februari 2020 | Muat turun digital[12] pensitriman digital[14] |
Siti Nurhaliza Productions Universal Music Group (Malaysia) |
Rujukan
- ^ Kritikan Sosial Siti Nurhaliza Menerusi Single Terbaharu 7 Nasihat Kopi Planet. 20 Februari 2020. Dicapai pada 4 Julai 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (20 Februari 2020). 7 Nasihat sarat kemelayuan Harian Metro. Dicapai pada 23 Februari 2020.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (30 Jun 2020). "Album Siti habis dijual". Harian Metro. Dicapai pada 2 Julai 2020.
- ^ Zaidi Mohamad (22 Februari 2020). Siti tunggu BBNU setengah jam Berita Harian. Dicapai pada 23 Februari 2020.
- ^ Zaidi Mohamad (20 Februari 2020). Siti cuba hip hop pula Berita Harian. Dicapai pada 23 Februari 2020.
- ^ Fiza Kamarudin (20 Februari 2020). Berpantun Dalam Hip Hop? Dengarkan 7 Nasihat Daripada Siti Nurhaliza, Kmy Kmo dan Luca Sickta! Astro Gempak. Dicapai pada 23 Februari 2020.
- ^ Khai Azfar (17 Jun 2020). Siti Nurhaliza Umum Rakam Video Muzik 7 Nasihat Murai.com.my. Dicapai pada 4 Julai 2020.
- ^ a b Azwa Rahman (21 Februari 2020). “Nak Berjaya Jangan Sombong” – Siti Nurhaliza Dedah Nilai Murni Di Sebalik Lagu 7 Nasihat Astro Gempak. Dicapai pada 4 Julai 2020.
- ^ Siti Nurhaliza berdukacita... lagu baharu 7 Nasihat dicuri secara berleluasa - “Saya mohon hormati hak cipta!” mStar Online (20 Februari 2020). Dicapai pada 23 Februari 2020.
- ^ Wawann Mohd (20 Februari 2020). Siti Nurhaliza kesal, single 7 Nasihat dimuat naik secara tidak sah di Youtube Sinar Harian. Dicapai pada 23 Februari 2020.
- ^ Shamsul Azree Shamshir (20 Februari 2020). 'Tolong padamkan sekarang!' Berita Harian. Dicapai pada 23 Februari 2020.
- ^ a b "7 Nasihat - Single". iTunes Store (MY). Apple. 20 Februari 2020. Dicapai pada 4 Julai 2020.
- ^ RIM (27 February 2020). "RIM CHARTS Top 10 Most Streamed Domestic Singles in Malaysia". RIM.org.my. Dicapai pada 10 March 2020.
- ^ "7 Nasihat - Single by Siti Nurhaliza". Spotify. 20 Februari 2020. Dicapai pada 4 Julai 2020.