"Bisikan Asmara" | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Single oleh Siti Nurhaliza | ||||||||
daripada album Siti Nurhaliza | ||||||||
Dilancarkan | 22 Ogos 1997 | |||||||
Dirakamkan | 1996 | |||||||
Format | Single CD | |||||||
Genre | Pop | |||||||
Panjang | 4:57 | |||||||
Syarikat | Suria Records | |||||||
Penulis | Helen Yap, Amran Omar | |||||||
Penerbit | Adnan Abu Hassan | |||||||
Kronologi single Siti Nurhaliza | ||||||||
| ||||||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Bisikan Asmara" ialah single ketiga daripada album kedua Siti Nurhaliza, menyusuli "Aku Cinta Padamu" dan "Wajah Kekasih". Lagu ini digubah oleh Helen Yap dan Amran Omar. Lagu ini juga bertanding di separuh akhir Juara Lagu 1998 tetapi gagal meraih sebarang anugerah.
Komposisi dan lirik
Berdurasi selama 4 minit dan 57 saat, Bisikan Asmara merupakan sebuah lagu berentak soft rock dengan alunan petikan gitar elektrik pada pertengahannya, dicipta oleh Helen Yap dan lirik ditulis oleh Amran Omar.
Muzik video
Muzik video lagu ini berlatarbelakangkan studio terang berwarna putih di mana Siti diiringi oleh dua penarinya dari awal hingga akhir muzik video.
Senarai runut
No. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "Bisikan Asmara" | 4:57 | |
Kedudukan carta
Carta (1997) | Kedudukan carta |
---|---|
Muzik FM | 12 |
Muzik Muzik | 2 |
Anugerah
Anugerah Juara Lagu
Tahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1998[1][2] | "Bisikan Asmara" | Lagu Terbaik | Tercalon |
Rujukan
- ^ "Nurhaliza dan Adnan kuasai juara lagu". Utusan Malaysia Online. 11 November 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-17. Dicapai pada 24 Ogos 2010.
- ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (8 Disember 1998). "Juara Lagu dikuasai irama Malaysia". Utusan Malaysia Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-17. Dicapai pada 24 Ogos 2010.
Pautan luar
- Lirik lagu Bisikan Asmara di LyricsMode.com