سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada 26 Oktober 2002. Kini, kami mempunyai 435,463 buah rencana.
Senarai gerbang · Biografi · Falsafah · Geografi · Sejarah · Matematik · Sains · Sastera · Teknologi · Undang-undang |
|
Rencana pilihan Jambatan Wandsworth ialah sebuah jambatan yang merentasi sungai Thames di barat London, England. Ia membawa Jalan A217 di antara kawasan Battersea, berhampiran stesen Wandsworth Town dekat Boro London Wandsworth di sebelah selatan sungai dan Sands End dan Parsons Green dekat Boro London Hammersmith dan Fulham di sebelah utara. Jambatan pertama di tapak ini merupakan jambatan tol, yang dibina pada tahun 1873 dengan jangkaan bahawa terminal barat Kereta Api Hammersmith dan City akan dibina dalam masa terdekat di tebing utara. Terminal kereta api itu tidak dibina, dan masalah dengan saliran di jalan pendekatan menyebabkan capaian ke jambatan adalah sukar bagi kenderaan. Jambatan Wandsworth secara komersialnya tidak berjaya, dan pada tahun 1880, ia telah diambil alih oleh pemilikan awam dan dijadikan bebas tol. Kerana terlalu sempit dan lemah untuk membawa bas, jambatan itu dirobohkan pada 1937. Jambatan sekarang yang merupakan jambatan julur keluli tanpa hiasan telah dibuka pada tahun 1940. Pada masa pembukaannya, jambatan itu dicat dalam warna biru kusam sebagai penyamaran terhadap serangan udara, suatu skema warna yang dikekalkan. Jambatan Wandsworth merupakan salah satu jambatan tersibuk di London, membawa lebih 50 ribu kenderaan setiap hari. (Rencana penuh...)
Rencana pilihan sebelum ini:
Berita terkini
Tahukah anda...
Hari ini dalam sejarah 2 Januari: Hari Perayaan Gregory dari Nazianzus (Gereja Roman Katolik).
Gambar pilihan
Gotong-royong
|
|
|





















