Anugerah | Menang | Nominasi |
---|---|---|
Anugerah Bintang Popular Berita Harian | 5 | 8 |
Anugerah Industri Muzik | 4 | 11 |
Anugerah Juara Lagu | 16 | 17 |
Anugerah Gempak Most Wanted | 2 | 3 |
Anugerah MeleTOP Era | 0 | 1 |
Anugerah Tonton | 1 | 1 |
World Championship of Performing Arts (WCOPA) | 1 | 1 |
Anugerah Telenovela | 1 | 1 |
Anugerah KNKV Viral Awards | 1 | 1 |
Anugerah Melodi | 1 | 3 |
Anugerah NONA Superwoman | 1 | 1 |
Jumlah | 33 | 48 |
Aina Abdul ialah penyanyi dan komposer wanita Malaysia yang telah menerima pelbagai anugerah serta pencalonan atas sumbangannya dalam industri muzik. Beliau mula dikenali selepas muncul sebagai finalis rancangan realiti Mentor Legend pada 2014, sebelum mendapat perhatian lebih luas apabila menyertai Big Stage musim kedua pada 2019 sebagai juri. Namanya semakin menyerlah selepas melancarkan single “Sumpah” (2019) yang berjaya melayakkan beliau mara ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) dan seterusnya memenangi kategori Vokal Terbaik.
Album penuh pertamanya, IMAJI (2023), mendapat pengiktirafan meluas dan melayakkan beliau menerima beberapa pencalonan utama di Anugerah Industri Muzik (AIM24) termasuk Album Terbaik. Aina Abdul turut dikenali sebagai satu-satunya penyanyi wanita yang berjaya mara ke pentas AJL selama enam tahun berturut-turut, dengan karya-karya seperti "Sumpah", “Semalam”, “Sepi”, “Terus Hidup”, “Jangan Mati Rasa Itu” dan "Puas Sudah"
Menerusi AJL36, Aina Abdul mencipta sejarah apabila memenangi kategori Vokal Terbaik sekali lagi melalui lagu “Sepi”, manakala di AJL37, beliau muncul juara menerusi lagu “Terus Hidup”.
Selain bakat nyanyian, Aina Abdul juga diiktiraf sebagai komposer prolifik yang menghasilkan lagu untuk artis-artis lain termasuk Elly Mazlein dan penyanyi baharu, Didie Shazry. Kreativiti, keunikan gaya serta vokal yang luar biasa telah meletakkan Aina Abdul sebagai antara penyanyi generasi baharu paling berpengaruh dalam industri muzik Malaysia masa kini.
Anugerah dan pencalonan
Anugerah | Tahun | Edisi | Penerima dan pencalon | Kategori | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|---|
Anugerah Bintang Popular Berita Harian | 2019 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Aina Abdul | Artis Baharu Wanita Popular | Tercalon | |
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | |||
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | "Nafas Cinta" feat Khai Bahar | Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular | Menang | ||
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Aina Abdul | Penyanyi Wanita Popular | Menang | ||
"Terus Hidup" | Ekstra: Lagu Paling Boom | Menang | ||||
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Aina Abdul | Penyanyi Wanita Popular | Menang | ||
"Jangan Mati Rasa Itu" | Ekstra: Lagu Paling Boom | Tercalon | ||||
Aina Abdul | Bintang Paling Popular | Menang | ||||
Anugerah Industri Muzik | 2022 | Anugerah Industri Muzik (AIM23) | "Nada Kalbu" | Vokal Wanita Terbaik | Tercalon | |
"Tunggu Kamu" feat Lah Ahmad | Kolaborasi/Duo Terbaik | Tercalon | ||||
2025 | Anugerah Industri Muzik (AIM24) | "Imaji" | Album Terbaik | Tercalon | ||
"Jangan Mati Rasa Itu" | Lagu Terbaik | Menang | ||||
"Imaji Deluxe Edition" | Album Terbaik | Tercalon | ||||
Rakaman Album Terbaik | Menang | |||||
Dirinya sendiri menerusi lagu "Jangan Mati Rasa Itu" | Vokal Wanita Terbaik | Menang | ||||
"Jangan Mati Rasa Itu" | Lagu Pop Terbaik | Menang | ||||
Kulit Single/Album Terbaik | Tercalon | |||||
"Kasih Merintih" (OST) Filem Trinil: Kembalikan Tubuhku | Runut Bunyi (OST) Terbaik | Tercalon | ||||
Kamu (Remaster 2024) | Rakaman Lagu Terbaik | Tercalon | ||||
"Cinta Tak Pernah Tepat Waktu ft. Fabio Asher" | Kolaborasi Artis Tempatan & Luar Negara Terbaik | Tercalon | ||||
Anugerah Juara Lagu | 2020 | Anugerah Juara Lagu Ke-34 | "Sumpah" | Terbuka | Finalis | |
2021 | Anugerah Juara Lagu ke-35 | "Semalam" | Penyanyi untuk lagu "Semalam" | Menang | ||
Komposer untuk lagu "Semalam" | Menang | |||||
Penulis lirik untuk lagu "Semalam" | Menang | |||||
2022 | Anugerah Juara Lagu ke-36 | Dirinya sendiri menerusi lagu "Sepi" | Anugerah Vokal Terbaik AJL36 | Menang | ||
"Nafas Cinta" feat Khai Bahar | Penyanyi Pilihan Popular Oppo AJL | Menang | ||||
2023 | Anugerah Juara Lagu ke-37 | Dirinya sendiri menerusi lagu "Terus Hidup" | Anugerah Vokal Terbaik AJL37 | Menang | ||
Aina Abdul | Penyanyi untuk lagu "Terus Hidup" | Menang | ||||
Komposer untuk lagu "Terus Hidup" | Menang | |||||
Penulis lirik untuk lagu "Terus Hidup" | Menang | |||||
2024 | Anugerah Juara Lagu ke-38 | Aina Abdul | Penyanyi untuk lagu "Jangan Mati Rasa Itu" | Menang | ||
Komposer untuk lagu "Jangan Mati Rasa Itu" | Menang | |||||
Penulis lirik untuk lagu "Jangan Mati Rasa Itu" | Menang | |||||
Dirinya sendiri menerusi lagu "Jangan Mati Rasa Itu" | Anugerah Vokal Terbaik AJL38 | Menang | ||||
Aina Abdul | Anugerah Pilihan Alha Alfa | Menang | ||||
2025 | Anugerah Juara Lagu ke-39 | Dirinya sendiri menerusi lagu "Puas Sudah" | Anugerah Persembahan Terbaik | Menang | ||
Aina Abdul | Anugerah Pilihan Unifi Mobile | Menang | ||||
Anugerah Gempak Most Wanted | 2024 | Gempak Most Wanted Awards 2023 | "Jangan Mati Rasa Itu" | Lagu/Audio Tergempak | Menang | |
2024 | Gempak Most Wanted Awards 2024 | "Cinta Tak Pernah Tepat Waktu" | Lagu/Audio Tergempak | Menang | ||
"Puas Sudah" | Muzik Video Tergempak | Tercalon | ||||
Anugerah MeleTOP Era | 2025 | Anugerah MeleTOP Era 2025 | “Cinta Tak Pernah Tepat Waktu” bersama Fabio Asher | Grup/Duo Meletop Era | Tercalon | |
Anugerah Tonton | 2023 | Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 | "Nafas Cinta" feat Khai Bahar. (OST) Drama: Kekasih Hati Mr Bodyguard | OST Terbaik | Menang | |
World Championship of Performing Arts (WCOPA) | 2014 | World Championship of Performing Arts (WCOPA) @ Los Angeles, A.S. 2014 | Aina Abdul | Senior Vocalist of The World | Menang | |
Anugerah Telenovela | 2018 | Anugerah Telenovela 2018 | "Ribut Hati" (OST) Filem: Tombiruo | Lagu OST Filem Terbaik | Menang | |
Anugerah KNKV | 2024 | Anugerah KNKV Viral Award 2024 | Aina Abdul | Anugerah Diva Terulung | Menang | |
Anugerah Melodi | 2024 | Anugerah Melodi 2024 | Aina Abdul | Anugerah Ikon Melodi 2024 | Menang | |
2025 | Anugerah Melodi Terhangat 2025 | Aina Abdul | Selebriti Ikon Terhangat | Tercalon | ||
Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat | Tercalon | |||||
Anugerah Nona | 2025 | NONA Superwoman Award 2024 | Aina Abdul | NONA Celebrity Award | Menang |