Gempak Most Wanted Awards 2024 | ||||
---|---|---|---|---|
Penerangan | Pencipta kandungan digital, pempengaruh (influencer) & selebriti | |||
Tarikh | 23 Februari 2025 | |||
Lokasi | Auditorium MBSA, Shah Alam | |||
Negara | Malaysia | |||
Singkatan gelaran | GMWA2024 | |||
Pengacara | ||||
Pengacara prapersembahan |
| |||
Cogan kata | Terpaling Trending | |||
Diasaskan | Astro Gempak | |||
Kali pertama | 2022 | |||
Kini dipegang oleh | Anna Jobling | |||
Liputan televisyen/radio | ||||
Rangkaian | ||||
Tempoh tayangan | 3 jam | |||
Tapak web | ||||
www | ||||
Kronologi | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Gempak Most Wanted Awards 2024 adalah anugerah untuk mengiktiraf bagi para pencipta kandungan digital menerusi kesemua platform digital iaitu Facebook, Instagram, TikTok, YouTube & X (dahulunya Twitter) dan juga selebriti di Malaysia yang dianjurkan oleh Astro Gempak melalui hasil daripada calonan setiap episod carta undian mingguan rancangan hiburan Gempak Most Wanted pada setiap hari Rabu jam 11 malam untuk dibawakan ke dalam Top 20 bagi anugerah ini setiap tahun. Tema pada edisi ketiga pada kali ini adalah 'Flex Your Art'.[1]
GMWA 2024 telah diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada 23 Februari 2025 dan disiarkan secara langsung di Astro Ria, Astro GO, On Demand & Sooka serta saluran tambahan secara Live+ di kesemua laman media sosial Astro Gempak.
Gambaran dan latar belakang
Majlis pelancaran anugerah ini telah diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada 15 Januari 2025 menerusi satu sidang media yang dihadiri oleh Ketua Kandungan Studio Astro Gempak, Syazwan Zakariah dan Ketua Kandungan Astro Gempak, Nazihah Dalhar.
'Flex Your Art' telah dipilih sebagai tema pada edisi tahun ini menyeru setiap pencipta kandungan digital untuk meneroka dan menonjolkan keunikan karya menerusi pelbagai medium. Ianya juga menjadi platform untuk meraikan nilai dan keistimewaan setiap ciptaan, memupuk rasa bangga secara positif, serta menginspirasi keberanian berkongsi karya di pentas dunia tanpa batasan.
Undian fasa pertama bagi calon Top 20 untuk menentukan calon Top 5 berikutnya bermula pada 28 November 2024, 12.00 malam sehingga 28 Disember 2024, 11.59 malam dengan pengenalan 2 kategori baharu. Undian fasa kedua pula bagi calon Top 5 untuk menentukan calon Juara bermula pada 15 Januari 2025, 6 petang sehingga 23 Februari 2025, 12 tengah hari. Pengumuman Juara di dalam Top 5 bagi kesemua setiap kategori juga akan diumumkan pada malam kemuncak anugerah tersebut pada hari yang sama.
Bagi fasa pertama undian, setiap kategori diberikan sebanyak 30 kredit undian manakala bagi fasa kedua undian pula diberikan sebanyak 50 kredit undian setiap hari, ditambah lagi sebanyak 70 kredit undian bonus iaitu 2 hari sebelum anugerah yang akan berlangsung. Para peminat diberikan kuasa penuh untuk kedua-dua fasa undian tersebut secara atas talian melalui laman web Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA24).
GMWA 2024 turut mencatat sejarah baharu menerusi undian fasa pertama yang berlangsung dari 28 November hingga 28 Disember 2024 apabila merekodkan jumlah undian yang luar biasa sebanyak 9.5 juta undian, iaitu lapan kali lebih tinggi berbanding edisi sebelumnya iaitu 1.3 juta undian. Undian fasa kedua pula juga turut mencatatkan lebih dari 30 juta undian sepanjang 3 minggu undian fasa kedua berlangsung. Mengulas kejayaan ini, Syazwan Zakariah, Ketua Kandungan Studio Astro, berkata, "Peningkatan undian yang luar biasa tahun ini mencerminkan sokongan serta minat mendalam rakyat Malaysia terhadap GMWA".[2]
Pada edisi ketiga kali ini, buat pertama kalinya GMWA 2024 mempunyai lagu temanya tersendiri iaitu nyanyian daripada Nadeera bersama Hael Husaini yang bertajuk 'Gempak Most Wanted'. Ia juga disiarkan secara eksklusif semasa pengumuman rasmi calon calon Top 5 GMWA 2024.[3]
Tambahannya lagi, pemenang bagi setiap kategori pula yang diumumkan pada malam kemuncak anugerah tersebut bakal ditawarkan untuk berlakon di dalam sebuah filem produksi terbitan Astro Shaw yang akan datang. Ia diumumkan oleh Astro Gempak di dalam posting rasmi Instagram tersebut.[4]
Anna Jobling telah memenangi 3 anugerah termasuk anugerah utama (Gempak Most Wanted Awards 2024) sebanyak 2 kali berturut-turut.
Pemenang dan pencalonan
- Calon 5 Teratas layak secara automatik ke GMWA 2024.
- Pemenang diletakkan di tangga teratas, ditebalkan dan diletakkan tanda
.
Kategori Utama
Digital Creator (Lifestyle) Tergempak 2024[5] | Digital Creator (Entertainment) Tergempak 2024 | Digital Creator (Foodie) Tergempak 2024 |
---|---|---|
Calon 5 Teratas
Calon 20 Teratas
|
Calon 5 Teratas
Calon 20 Teratas
|
Calon 5 Teratas
Calon 20 Teratas
|
Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak 2024 | Digital Creator (e-Sports) Tergempak 2024[8] | Selebriti Tergempak 2024 |
Calon 5 Teratas
Calon 20 Teratas
|
Calon 5 Teratas
Calon 20 Teratas
|
Calon 5 Teratas
Calon 20 Teratas |
Drama Tergempak 2024 | Video Muzik Tergempak 2024 | Lagu/Audio Tergempak 2024 |
Calon 5 Teratas
Calon 20 Teratas
|
Calon 5 Teratas
Calon 20 Teratas
|
Calon 5 Teratas
Calon 20 Teratas
|
Program Digital Tergempak 2024 | Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024 | Keluang Man Of The Year (Anugerah Khas)[12] |
Calon 5 Teratas
Calon 20 Teratas
|
Calon 5 Teratas
Calon 20 Teratas
|
Calon Wira WONDA Keluang Man Of The Year[e]
|
Persembahan dan penyampai
Senarai persembahan artis & senarai lagu yang dipersembahkan berserta jumlah yang distrim
- Hael Husaini & Nadeera [persembahan pembukaan] (Lagu terpaling FYP 2024) (Medley)
- Gempak Most Wanted
- Cinta Setandan Pisang (28 juta strim)
- That's So True (654 juta strim)
- Untungnya, Hidup Harus Berjalan (88 juta strim)
- Bunga Kemboja (1.9 juta strim)
- Mamushi (48 juta strim)
- Garam & Madu (28 juta strim)
- Bukan Lagi Kita (2.5 juta strim)
- POWER (10 juta strim)
- BIRDS OF A FEATHER (1.781 bilion strim)
- YENNODE MACHA (17 juta strim)
- APT.
- Insomniacks
- Belum Mulai
- Reminisensi
- 53 Universe
- PP At Bukit Tabur
- Zizan Razak
- Infiniti Cinta
- Chentaku
- Mimifly
- Angkat
- Amir Masdi
- Asmara
- Nurcinta
- Krisya & Sekumpulan Orang Gila (S.O.G)
- Keluang Man
- Najmie Niery
- Dekati
- NAKI
- Masa
- Ara Johari
- Menjaga Jodoh Orang Lain
- Ernie Zakri
- Ku Bersuara
- Masing-Masing
- Gundah
- Hujan
- Rahsia Tuhan - Noh Salleh
- Dugaannya
- Aku Skandal
- Dato Sheila Majid
- Hitam Putih Kehidupan
- Dia
- Sinaran
- DISKORIA
- C.H.R.I.S.Y.E. [persembahan penutup]
Penyampai Anugerah
- Mira Filzah
- Anna Jobling
- Amir Ahnaf
- Evertts Gomes
- Nas-T
- Shweta Sekhon
- Azhar Sulaiman
- Kasih Iris Leona
- Andika Rees Pahamin
- Azira Shafinaz
- Kimberly Chuah
Nota
- ^ Satu-satunya calon pasangan kembar yang digelar sebagai Phineas & Ferb Malaysia ini memenangi 2 anugerah pada edisi GMWA tahun lalu dan edisi yang kini.
- ^ Ryan Bakery juga pernah memenangi kategori pada GMWA edisi yang pertama.
- ^ Azfar Heri mewakilkan Khairul Aming untuk menerima anugerah tersebut.
- ^ Pok Ro juga satu satunya calon pernah memenangi 2 anugerah pada edisi tahun lalu dan yang terkini bagi kategori Gamer Tergempak dan juga E-Sports Tergempak.
- ^ Anugerah Khas Yang Mengiktiraf Individu Yang Memberi Impak Positif Dalam Komuniti Masyarakat Berdasarkan Calon Yang Menjuarai Keluang Man Of The Month Sepanjang Tahun 2024 Untuk Merebut Gelaran Keluang Man Of The Year.
Lihat juga
Pautan luar
Rujukan
- ^ Gempak Most Wanted Awards Kembali Dengan Tema ‘Flex Your Art’, Sajikan Persembahan Kejutan & Visual Artistik Februari Ini, dicapai pada 2025-01-16
- ^ Angkat Tema 'Flex Your Art', Aina Abdul, Ezra Kairo Dominasi Kategori Gempak Most Wanted Awards 2024, dicapai pada 2025-01-15
- ^ Hael Husaini, Nadeera - Gempak Most Wanted (Official Lyric Video), dicapai pada 2025-01-20
- ^ Pemenang setiap kategori Gempak Most Wanted Awards 2024 bukan sekadar juara, tapi juga bakal menjadi bintang filem dari Astro Shaw!, dicapai pada 2025-02-04
- ^ #GMWA24: Fikri Zamri, Rasyidinneedyou, Afie Bersaing Dengan Amin Abid & Nor Padilah Untuk 'Digital Creator (Lifestyle) Tergempak 2024', dicapai pada 2025-01-15
- ^ #GMWA24: Amin & Abid Memang Power! Menang lagi 'Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak', dicapai pada 2025-02-23
- ^ #GMWA24: Janji Jangan Dicapati, Ryan Bakery Menang 'Digital Content Creator (Entertainment) Tergempak 2024', dicapai pada 2025-02-23
- ^ #GMWA24: Kambing Golek, King Yonnyz, Pok Ro, Thanuk Nukk & Zulfikar Obot Bersaing Untuk 'Digital Creator (E-Sports) Tergempak 2024', dicapai pada 2025-01-15
- ^ #GMWA24: Dr Say Tewas! Fathi Hussein Rampas Semula Gelaran 'Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak 2024', dicapai pada 2025-02-23
- ^ #GMWA24: Kekalkan Takhta Dua Tahun Berturut, Pok Ro Bawa Pulang Trofi 'Digital Creator (E-Sports) Tergempak 2024', dicapai pada 2025-02-23
- ^ #GMWA24: #GMWA24: Gandingan Duet Insomniacks dan Nabila Taqiyyah Menjadi, ‘Belum Mulai’ Dinobat Video Muzik Tergempak, Kalahkan Aina Abdul, dicapai pada 2025-02-23
- ^ #GMWA24: Perkenalkan Anugerah Khas, Ini Senarai 8 Calon Untuk 'Keluang Man Of The Year 2024', dicapai pada 2025-01-15
- ^ #GMWA24: #SterkNaikStage Jadi Realiti, Menang Program Digital Tergempak 2024', dicapai pada 2025-02-23