Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 | ||||
---|---|---|---|---|
Penerangan | Mengiktiraf dan menghargai tenaga kerja penerbitan yang menjadi penyedia kandungan kreatif drama televisyen Malaysia. | |||
Penaja | KFC | |||
Tarikh | 12 Mac 2023 | |||
Lokasi | Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya | |||
Negara | Malaysia | |||
Pengacara | ||||
Liputan televisyen/radio | ||||
Rangkaian | TV3 meWATCH (Singapura) [1] | |||
Tempoh tayangan | 180 minit | |||
Diterbitkan oleh |
| |||
Tapak web | ||||
www.xtra.com.my/ anugerahdramasangat | ||||
Kronologi | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 ialah sebuah majlis anugerah anjuran TV3 melalui jenama Drama Sangat. Berlangsung pada 12 Mac 2023 di PICC, Putrajaya, anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai warga penerbitan yang menjadi penyedia kandungan kreatif drama tempatan di Malaysia. Anugerah Drama Sangat Julung Kali Diadakan pada 2023, Gandingan 2 Pengacara Hebat! Pada anugerah tahun ini, rakan digital adalah XTRA dan rakan media adalah BH dan Harian Metro
Gambaran keseluruhan
Acara berprestij Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) bakal berlangsung pada 12 Mac 2023 (Ahad) bersiaran secara langsung dari Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pukul 9.00 malam di TV3 dengan menampilkan hos gandingan Sherry Alhadad dan Sharifah Shahirah.
Sebanyak 15 kategori dipertandingkan iaitu Drama Terbaik, Drama Popular, Drama Terbaik 8TV, Pengarah Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pelakon Antagonis Terbaik, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik, Drama Novel Adaptasi Terbaik, Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Tonton. Lapan kategori melalui undian peminat dan selebihnya melalui penilaian juri professional.
Antara barisan artis tanah air yang akan menggalas tanggungjawab sebagai penyampai anugerah malam tersebut termasuk Ummi Nazeera, Nabila Huda, Meerqeen, Anna Jobling, Fasha Sandha, Datuk Rosyam Nor, Aniq Suhair, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi.
Acara malam kemuncak TADS itu bakal dimeriahkan dengan persembahan oleh Stacy, Mimi Fly, Liza Hanim, Misha Omar, Bella Astillah, Wani Kayrie, Ayda Jebat, Fyna Jebat, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Amir Masdi, Rahmad Mega, Zaki Yamani, Yamani Abdillah dan Hael Husaini.
Saksikan Tonton Anugerah Drama Sangat pada 12 Mac 2023 (Ahad) jam 9 malam di TV3. Bukan itu sahaja, anda juga boleh strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.
Persembahan
Artis | Lagu |
---|---|
Stacy Mimifly |
"Bosan" "Superfly" |
Amir Masdi Rahmad Mega |
"Pejam" "Sejati" oleh Faizal Tahir "Azura" oleh Dato' Jamal Abdillah |
Zaki Yamani Yamani Abdillah |
"Kong Kali Kong" oleh Floor 88 dan Namie "Santai" oleh Faizal Tahir |
Afieq Shazwan Haqiem Rusli |
"Di Alam Fana Cintamu" |
Wani Kayrie Bella Astillah Ayda Jebat Fyna Jebat |
"Vroom Vroom" oleh Nabila Razali "Caramu" oleh Nikki Palikat (bersama Zahid) "Watch Me Glow" oleh Dolla |
Misha Omar Ernie Zakri Liza Hanim |
"Semakin" oleh Siti Sarah "Sehati dan Sejiwa" oleh Haslinda |
Hael Husaini | "Hajat" "Hati" "Jampi" "Kelentang-Kelentong" |
Penyampai anugerah
- Janna Nick dan Siti Khadijah - menyampaikan anugerah Pelakon Antagonis Terbaik dan Penulis Skrip Terbaik
- Zara Zya dan Hisyam Hamid - menyampaikan anugerah Drama Adaptasi Novel Terbaik dan Anugerah BBNU Tonton
- Faizal Hussein dan Zahirah MacWilson - menyampaikan anugerah Pasangan Drama Terbaik dan OST Terbaik
- Jan Chin dan Daniel Fong - menyampaikan anugerah Drama 8TV Terbaik
- MK K-Clique dan Nabila Razali - menyampaikan anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik
- Meerqeen dan Anna Jobling - menyampaikan anugerah Oppa Pilihan Tonton
- Nabila Huda dan Ummi Nazeera - menyampaikan anugerah Pelakon Lelaki Popular dan Pelakon Wanita Popular
- Izzue Islam dan Riena Diana - menyampaikan anugerah Drama Popular
- Sabri Yunus, Fauziah Dato' Ahmad Daud dan Datuk Rosyam Nor - menyampaikan anugerah Pengarah Terbaik dan Drama Terbaik
Pemenang dan pencalonan
Undian untuk enam kategori iaitu Drama Popular, Drama Adaptasi Novel Terbaik, Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pasangan Drama Terbaik dan OST Terbaik bermula pada 2 Disember hingga 30 Disember 2022.[2] Undian dibuka semula pada 1 Februari hingga 26 Februari 2023 dengan penambahan dua kategori baharu iaitu Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Tonton.[3] Bagi kategori Oppa Pilihan Tonton, 30% undian adalah daripada peminat, manakala 70% pula adalah permarkahan juri profesional.[4][5]
Pemenang disenaraikan terlebih dahulu dan diserlahkan dalam teks tebal.[6][7]
Pelakon Antagonis Terbaik | Penulis Skrip Terbaik |
---|---|
| |
Drama Adaptasi Novel Terbaik | Anugerah BBNU Tonton |
|
|
Pasangan Drama Terbaik | OST Terbaik |
| |
Drama 8TV Terbaik | |
| |
Pelakon Lelaki Terbaik | Pelakon Wanita Terbaik |
Oppa Pilihan Tonton | Pelakon Lelaki Popular |
Pelakon Wanita Popular | Drama Popular |
| |
Pengarah Terbaik | Drama Terbaik |
|
Pautan luar
- ^ https://www.instagram.com/p/Cprg5RIPCMc/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
- ^ "Tonton Anugerah Drama Sangat 2023". Drama Sangat (Facebook). 2 December 2022. Dicapai pada 12 September 2025.
- ^ "Tempoh undian Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 dilanjutkan". Berita Harian. 10 Februari 2023. Dicapai pada 12 September 2025.
- ^ "Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS 2023)". FUH.MY. 21 Februari 2023. Dicapai pada 12 September 2025.
- ^ "Info Penuh & Senarai Calon Kategori Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) 2023". Iluminasi. 11 Mac 2023. Dicapai pada 12 September 2025.
- ^ "Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Drama Sangat 2023 - Tonton (TADS) TV3". Iluminasi. 12 Mac 2023. Dicapai pada 12 September 2025.
- ^ "Senarai Penuh Pemenang Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 TADS2023". Budiey. 13 Mac 2023. Dicapai pada 12 September 2025.