Mesir Prasejarah dan Mesir Pradinasti merupakan tempoh masa yang bermula dari petempatan manusia pertama dan berakhir dengan Dinasti Pertama Mesir sekitar tahun 3100 SM.
Pada penghujung zaman prasejarah, "Mesir Pradinasti" secara tradisional ditakrifkan sebagai tempoh dari bahagian akhir zaman Neolitik bermula sekitar tahun 6210 SM hingga akhir zaman Naqada III sekitar tahun 3000 SM. Tarikh bagi zaman Pradinasti ini mula-mula ditetapkan sebelum penggalian arkeologi secara meluas di Mesir dijalankan, dan penemuan terkini yang menunjukkan perkembangan Pradinasti yang sangat beransur-ansur telah menimbulkan perdebatan mengenai bilakah sebenarnya zaman Pradinasti berakhir. Oleh itu, pelbagai istilah seperti "tempoh Protodinasti", "Dinasti Sifar" atau "Dinasti 0"[1] digunakan untuk menamakan bahagian tempoh yang ada sesetengah pihak menganggapnya sebagai Pradinasti dan yang lain pula menganggapnya sebagai Awal Dinasti.
Tempoh Pradinasti lazimnya dibahagikan kepada era kebudayaan, setiap satunya dinamakan sempena tempat di mana satu jenis penempatan Mesir tertentu mula-mula ditemui. Namun, perkembangan beransur-ansur yang sama yang mencirikan tempoh Protodinasti juga terdapat sepanjang tempoh Pradinasti, dan satu-satu "budaya" ini tidak boleh ditafsirkan sebagai entiti yang terpisah tetapi lebih kepada pembahagian subjektif yang digunakan untuk memudahkan kajian terhadap keseluruhan tempoh tersebut.
Sebahagian besar penemuan arkeologi Pradinasti berada di Mesir Hulu, kerana kelodak Sungai Nil lebih banyak mendap di kawasan Delta Nil, lalu menimbus kebanyakan tapak Delta lama sebelum zaman moden.[2]
s. 10,500 SM: Penuaian bijirin liar di sepanjang Sungai Nil, budaya pengisar bijirin mencipta bilah sabit batu terawal di dunia,[4] kira-kira pada penghujung zaman Pleistosen
s. 8000 SM: Penghijarahn manusia ke kawasan Nil, membentuk masyarakat yang lebih berpusat dan ekonomi pertanian menetap
s. 7500 SM: Pengimportan haiwan dari Asia ke Sahara
s. 7000 SM: Pertanian—haiwan dan biji-bijian—di Sahara Timur
s. 7000 SM: Di Nabta Playa, perigi dalam berair sepanjang tahun digali, dan penempatan besar tersusun dibina dengan susun atur terancang
s. 6000 SM: Kapal asas (didayung, satu layar) digambarkan dalam seni batu Mesir
s. 5500 SM: Bilik bawah tanah berbumbung batu dan kompleks bawah tanah lain di Nabta Playa yang mengandungi lembu korban yang ditanam
^Kemp, Barry John (2018). Ancient Egypt: anatomy of a civilization (ed. 3rd). New-York (NY): Routledge. m/s. 14/44, Fig.2.6. ISBN978-0-415-82726-3. Early in the developmental sequence of kingship is tomb 100 (the 'Decorated Tomb'), probably the tomb of an early king of Hierakonpolis of the Nagada IIC phase (c. 3400–3300 BC).
^Malville, J. McKim (2015), "Astronomy at Nabta Playa, Egypt", dalam Ruggles, C.L.N. (penyunting), Handbook of Archaeoastronomy and Ethnoastronomy, 2, New York: Springer Science+Business Media, m/s. 1079–1091, ISBN978-1-4614-6140-1
^"Iron beads were worn in Egypt as early as 4000 B.C., but these were of meteoric iron, evidently shaped by the rubbing process used in shaping implements of stone", quoted under the heading "Columbia Encyclopedia: Iron Age" at Iron Age, Answers.com. Also, see History of ferrous metallurgy#Meteoric iron—"Around 4000 BC small items, such as the tips of spears and ornaments, were being fashioned from iron recovered from meteorites" – attributed to R. F. Tylecote, A History of Metallurgy (2nd edition, 1992), p. 3.