PORTAL MESIR PURBA
Kandungan pilihan tentang Mesir Purba![]()
Kemuncak kuasa Mesir purba dicapai semasa Kerajaan Baru, yang meluaskan pemerintahannya ke sebahagian besar Nubia dan sebahagian besar Levant. Selepas tempoh ini, Mesir perlahan-lahan memasuki era kemerosotan. Sepanjang sejarahnya, ia telah diserang atau ditakluki oleh beberapa tamadun asing, termasuk Hyksos, Kush, Assyria, Parsi, dan yang paling ketara, Yunani dan kemudian Rom. Persoalan bila Mesir purba tamat tidak disepakati: sama ada dengan berakhirnya Zaman Akhir semasa Perang Alexander Agung pada 332 SM atau dengan berakhirnya Kerajaan Ptolemaik yang diperintah Yunani semasa Rom menakluk Mesir pada 30 SM.[3] Pada 642 M, penaklukan Mesir oleh Arab menamatkan tempoh seribu tahun Zaman Yunani-Rom di rantau ini. Kejayaan tamadun Mesir purba sebahagiannya datang daripada keupayaannya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan Sungai Nil untuk pertanian. Banjir Nil yang boleh diramal dan pengairan terkawal di lembah suburnya menghasilkan hasil tanaman yang begitu banyak. Ia menyokong populasi yang lebih padat, seterusnya pembangunan sosial dan budaya yang ketara. Dengan sumber yang mencukupi, pentadbiran pun menaja pelombongan mineral-mineral di lembah dan kawasan gurun sekitarnya, pembangunan awal sistem penulisan sendiri, organisasi projek pembinaan dan pertanian kolektif, perdagangan dengan tamadun lain, dan tentera untuk menegaskan dominasi Mesir di seluruh Timur Dekat. Yang memotivasikan dan mengatur aktiviti-aktiviti ini ialah birokrasi jurutulis-jurutulis elit, ketua-ketua agama, dan pentadbir di bawah kawalan firaun yang memerintah, yang memastikan kerjasama dan perpaduan rakyat Mesir dalam konteks sistem kepercayaan agama yang rumit.[4] Antara banyak pencapaian Mesir purba ialah: teknik-teknik kuari, ukur, dan pembinaan yang menyokong pembinaan piramid, kuil, dan obelisk yang besar; sistem matematik; sistem perubatan praktikal dan berkesan; sistem pengairan dan teknik pengeluaran pertanian; kapal papan pertama yang diketahui;[5] faience Mesir dan teknologi kaca; bentuk baharu kesusasteraan; dan perjanjian damai terawal yang diketahui, yang diratifikasikan dengan Empayar Het yang berpusat di Anatolia.[6] Kesenian dan seni binanya banyak ditiru dan barangan antikuitinya dibawa untuk dikaji, dikagumi, atau direbutkan di seluruh pelosok dunia. Begitu juga, runtuhan monumen-monumennya menginspirasikan imaginasi pelancong dan penulis selama ribuan tahun. Rasa hormat baharu Eropah dan Mesir terhadap barangan purba dan penggalian yang bermula dengan serius pada zaman moden awal telah membawa kepada banyak penyiasatan saintifik tentang Mesir purba dan masyarakatnya, serta penghargaan yang lebih besar terhadap warisan budayanya.[7] [{{fullurl:{{{2}}}|action=edit}} sunting]
Rencana pilihan -Sirius (Jawi: سيريوس) ialah bintang tercerah di langit malam. Dengan magnitud ketara penglihatan sebanyak −1.46, bintang ini hampir dua kali ganda secerah Canopus, bintang tercerah seterusnya. Nama "Sirius" diterbitkan daripada daripada bahasa Yunani purba: Σείριος Seirios ("berbara" atau "terik"). Bintang ini mempunyai designasi Bayer Alpha Canis Majoris (α CMa). Yang diamati oleh mata kasar sebagai sebuah bintang tunggal sebenarnya merupakan sistem bintang dedua, terdiri daripada bintang jujukan utama jenis spektrum A1V, beristilahkan Sirius A, dan teman kerdil putih kelam jenis spektrum DA2, dipanggil Sirius B. Jarak yang memisahkan Sirius A daripada temannya berubah-ubah pada antara 8.2 dan 31.5 AU. Sirius kelihatan cerah kerana kedua-dua kekilauan intrinsiknya dan kehampirannya dengan Bumi. Pada jarak 2.6 parsek (8.6 ly), seperti ditentukan oleh satelit astrometri Hipparcos, sistem Sirius ialah salah satu jiran dekat Bumi. Untuk pencerap di hemisfera Utara pada antara 30 darjah dan 73 darjah garis lintang (termasuk hampir keseluruhan Eropah dan Amerika Utara), bintang ini merupakan bintang terhampir (selepas Matahari) yang boleh dilihat dengan mata kasar. Sirius secara beransur bergerak semakin hampir dengan Sistem Suria, maka kecerahannya akan meningkat dengan sedikit selama 60,000 tahun seterusnya. Selepas waktu itu jaraknya akan mula merosot, tetapi akan Sirius akan terus menjadi bintang tercerah di langit Bumi selama 210,000 tahun seterusnya. (Rencana penuh...)Gambar pilihanHalaman "Gerbang:Mesir Purba/Gambar pilihan/5" tidak wujud. Tahukah anda...
Berita5hb September 2018. Rock-cut Tomb discovered in a 4,000-year-old Elite Cemetery Ogos 2018: di makam datuk bandar Memphis Ptahmose yang bertarikh sekitar 1300 SM ditemui keju yang dipelihara dengan baik, berusia lebih daripada 3000 tahun. [1] [{{fullurl:{{{2}}}|action=edit}} sunting]
Biografi pilihan -Hathor (Jawi: هتحور, Hat-Ḥur; IPA: /ˈhʌt ɔr/; Mesir: Ḥwt-Ḥr, "Mahligai Heru"), atau juga dikenali sebagai Hut Heru, merupakan dewi keriangan dan langit dengan banyak peranan. Oleh kerana dia seorang dewi langit, Hathor ialah bonda dan juga isteri kepada Horus dan Ra. Kedua-dua dewa ini mempunyai peranan sebagai raja, jadi Hathor juga ialah bonda simbolik kepada para firaun. Hathor juga merupakan salah satu daripada empat dewi lain dalam jelmaan mata Ra (suatu jelmaan dengan semua sifat kewanitaan Ra), dan dalam jelmaan ini Hathor mempunyai sifat dendam demi mempertahankan Ra daripada musuh-musuhnya. Sifat pengasihnya pula menjadi dewi muzik, tari-menari, cinta, keghairahan dan keibuan, dan Hathor menjadi isteri kepada beberapa dewa dan ibu kepada anak-anak mereka. Dua sifat ini merupakan contoh terhadap sifat kewanitaan dalam budaya Mesir purba. Hathor juga dapat merentas antara alam tanah dan alam baqa, untuk membantu roh-roh si mati untuk tiba ke akhirat. Hathor juga digambarkan dengan lembu, untuk melambangkan sifat lemah lembut dan firdausinya, tetapi biasa digambarkan sebagai seorang wanita dengan hiasan kepala bertanduk dua dan cakera suria di tengah. Kadang-kadang, dia juga digambarkan sebagai seekor singa betina, ular tedung atau pokok ara. (Rencana penuh...)[{{fullurl:{{{2}}}|action=edit}} sunting]
Imej umumBerikut ialah imej daripada pelbagai rencana berkaitan Mesir Purba di Wikipedia.
Portal berkaitanWikiProjekTopik utama
Firaun yang terkenal
Pakar kaji Mesir KategoriKandungan diiktirafPengguna:JL-Bot/Project content Rencana pilihan
Senarai pilihanRencana baik
Tahukah anda?
Gambar pilihan
Rencana dalam beritaRencana utama laman utama
Senarai utama laman utamaGambar hari ini
Perkara untuk dilakukanWikimediaSumber
Portal
|