
| ||||
Isteri Diraja Agung dalam hieroglif Mesir | ||||
---|---|---|---|---|
Isteri Diraja Agung, atau alternatifnya, Isteri Utama Raja (Bahasa Mesir: ḥmt nswt wrt) merupakan gelaran yang digunakan untuk permaisuri firaun Mesir purba, yang memegang banyak fungsi rasmi.
Penerangan
Walaupun kebanyakan masyarakat Mesir purba mengamalkan monogami, seorang firaun lelaki boleh ada isteri-isteri lain yang berpangkat lebih rendah dan gundik selain Isteri Diraja Agung. Hal ini membolehkan firaun masuk peminangan diplomatik dengan puteri-puteri sekutu, seperti adat raja-raja purba.[1]
Pada masa lalu, urutan pewarisan takhta Mesir purba dipercayai melalui wanita-wanita diraja. Teori ini, yang dinamakan Teori Pewaris Wanita, telah ditolak berkenaan Dinasti Kelapan Belas sejak kajian 1980-an tentang kerabat diraja mereka.[2][3] Takhta berkemungkinan besar diwarisi oleh putera sulung firaun tersebut yang masih hidup.
Bonda kepada pewaris takhta tidak semestinya Isteri Diraja Agung, tetapi setelah seseorang firaun dimahkotakan, bonda raja tersebut boleh dianugerahkan gelaran Isteri Diraja Agung, bersama gelaran lain. Contoh termasuk Iset, bonda Thutmose III,[4] Tiaa, bonda Thutmose IV[2] dan Mutemwia, bonda Amenhotep III.[5]
Meretseger, isteri utama Senusret III, mungkin permaisuri pertama yang namanya muncul dengan gelaran ini; beliau juga merupakan permaisuri pertama yang diketahui menulis namanya dalam kartusy.[6] Walau bagaimanapun, beliau hanya disahkan wujud pada zaman Kerajaan Baru[7] jadi gelaran tersebut mungkin suatu sudah ketinggalan zaman. Mungkin pemegang pertama gelaran ini ialah Nubkhaes dari Tempoh Perantaraan Kedua.

Tempat khas dalam sejarah isteri-isteri diraja agung dipegang oleh Hatshepsut. Beliau merupakan Isteri Diraja Agung kepada abang tirinya Thutmose II. Pada masa ini, Hatshepsut juga menjadi Isteri Dewa Amun (pendeta wanita berpangkat tertinggi di kuil Amun di Karnak). Selepas kemangkatan suaminya, beliau menjadi pemangku raja kerana usia muda anak tirinya, satu-satunya pewaris lelaki (dilahirkan oleh Iset), yang akhirnya menjadi Thutmose III. Dalam tempoh ini, Hatshepsut dimahkotakan sebagai firaun dan memerintah dengan sangat berjaya secara sendiri selama bertahun-tahun. Walaupun wanita lain sebelum beliau pernah memerintah Mesir, Hatshepsut merupakan wanita pertama yang mengambil gelaran "firaun" kerana ia merupakan istilah baru yang digunakan untuk pemerintah, tidak pernah digunakan sebelum dinasti kelapan belas. Apabila beliau menjadi firaun, beliau menetapkan anak perempuannya, Neferure, sebagai Isteri Dewa Amun untuk melaksanakan tugas pendeta tinggi. Anak perempuannya mungkin merupakan isteri diraja agung Thutmose III, tetapi tiada bukti jelas untuk perkahwinan yang dicadangkan ini.[8]
Di tempat lain, di Kush dan negeri-negeri utama purba Afrika, pemerintah sering menyusun rumah tangga mereka dengan cara yang sama seperti yang baru sahaja diterangkan.[9][10]
Contoh
Mesir purba
Kerajaan Pertengahan
Dinasti | Nama | Suami | Komen |
---|---|---|---|
Dinasti ke-12 | Meretseger | Senusret III | Mungkin pemegang pertama gelaran ini, tetapi tidak disahkan secara pasti dalam sumber sezaman |
Tempoh Perantaraan Kedua
Dinasti | Nama | Suami | Komen |
---|---|---|---|
Dinasti ke-13 | Nubhotepti | Hor | |
Dinasti ke-13 | Nubkhaes (I) | Sobekhotep V, Sobekhotep VI atau Wahibre Ibiau | |
Dinasti ke-13 | Ineni | Merneferre Ai | |
Dinasti ke-13 | Nehyt | (?) | Hanya diketahui daripada dua meterai skarab |
Dinasti ke-13 | Satsobek | (?) | Hanya diketahui daripada satu meterai skarab |
Dinasti ke-13 | Sathathor | (?) | Hanya diketahui daripada satu meterai skarab, bacaan nama tidak sepenuhnya pasti |
Dinasti ke-16 | Mentuhotep | Djehuti | |
Dinasti ke-16 | Sitmut | Mentuhotep VI (?) | |
Dinasti ke-17 | Nubemhat | Sobekemsaf I | |
Dinasti ke-17 | Sobekemsaf | Nubkheperre Intef | Saudara perempuan raja yang tidak diketahui, dikebumikan di Edfu |
Dinasti ke-17 | Nubkhaes (II) | Sobekemsaf II | |
Dinasti ke-17 | Tetisheri | Senakhtenre Ahmose | Bonda Seqenenre Tao |
Dinasti ke-17 | Ahhotep I | Seqenenre Tao | Bonda Ahmose I dan Ahmose-Nefertari |
Kerajaan Baru
Dinasti | Nama | Suami | Komen |
---|---|---|---|
Dinasti ke-18 | Ahmose-Nefertari | Ahmose I | Bonda Amenhotep I dan Ahmose-Meritamon |
Dinasti ke-18 | Sitkamose | Ahmose I (?) | |
Dinasti ke-18 | Ahmose-Henuttamehu | Ahmose I (?) | Anak perempuan Permaisuri Inhapi |
Dinasti ke-18 | Ahmose-Meritamon | Amenhotep I | |
Dinasti ke-18 | Ahmose | Thutmose I | Bonda Hatshepsut |
Dinasti ke-18 | Hatshepsut | Thutmose II | Isteri diraja agung kedua kepada ayahnya, Thutmose I, dan kemudian, memerintah sebagai firaun dengan anak perempuannya, Neferure, sebagai isteri diraja agung |
Dinasti ke-18 | Iset | Thutmose II | Menerima gelaran daripada anaknya Thutmose III setelah beliau menjadi firaun |
Dinasti ke-18 | Neferure (?) | Thutmose III | Tiada bukti mendokumenkan perkahwinan mereka |
Dinasti ke-18 | Satiah | Thutmose III | |
Dinasti ke-18 | Merytre-Hatshepsut | Thutmose III | Bonda Amenhotep II |
Dinasti ke-18 | Tiaa | Amenhotep II | Menerima gelaran daripada anaknya Thutmose IV selepas kemangkatan suaminya - Amenhotep II cuba memutuskan keturunan diraja dengan tidak merekodkan mana-mana isterinya, yang mungkin tidak berdarah diraja, dan Tiaa hanya dikenal pasti kemudian, oleh anak lelakinya |
Dinasti ke-18 | Nefertari | Thutmose IV | |
Dinasti ke-18 | Iaret | Thutmose IV | |
Dinasti ke-18 | Tenettepihu | Thutmose IV (?) | Diketahui daripada shabti dan patung pengebumian, dipercayai berasal dari zaman Tuthmosis IV (?) |
Dinasti ke-18 | Mutemwia | Thutmose IV | Menerima gelaran daripada anaknya, Amenhotep III, selepas kematian suaminya untuk menjadikan kelahirannya sendiri kelihatan diraja |
Dinasti ke-18 | Tiye | Amenhotep III | Bonda Akhenaten |
Dinasti ke-18 | Sitamun | Amenhotep III | Anak perempuan sulung Amenhotep III dan Tiye |
Dinasti ke-18 | Iset | Amenhotep III | Anak perempuan Amenhotep III dan Tiye |
Dinasti ke-18 | Nebetnehat | Tidak dikenal pasti | Diketahui daripada kartusy yang ditemui pada serpihan takar kanopik, beliau hidup pada pertengahan hingga akhir Dinasti ke-18 |
Dinasti ke-18 | Nefertiti | Akhenaten | Bonda Meritaten dan Ankhesenamun, kemungkinan anak perempuan Ay, mungkin menjadi firaun sendiri sebagai Raja Neferneferuaten |
Dinasti ke-18 | Meritaten | Smenkhkare | Anak perempuan Akhenaten dan Nefertiti |
Dinasti ke-18 | Ankhesenamen | Tutankhamen | Anak perempuan Akhenaten dan Nefertiti |
Dinasti ke-18 | Tey | Ay | |
Dinasti ke-18 | Mutnedjmet | Horemheb | Kemungkinan anak perempuan Ay dan Tey |
Dinasti ke-19 | Sitre | Ramesses I | Bonda Seti I |
Dinasti ke-19 | Tuya | Seti I | Bonda Ramesses II |
Dinasti ke-19 | Nefertari | Ramesses II | |
Dinasti ke-19 | Isetnofret | Ramesses II | Bonda Merenptah |
Dinasti ke-19 | Bintanath | Ramesses II | Anak perempuan sulung Ramesses II dan Isetnofret |
Dinasti ke-19 | Meritamen | Ramesses II | Anak perempuan Ramesses II dan Nefertari |
Dinasti ke-19 | Nebettawy | Ramesses II | Anak perempuan Ramesses II dan Nefertari |
Dinasti ke-19 | Henutmire | Ramesses II | Saudara perempuan atau anak perempuan Ramesses II |
Dinasti ke-19 | Maathorneferure | Ramesses II | Puteri dari Het |
Dinasti ke-19 | Isetnofret II | Merenptah | Saudara perempuan atau anak saudara perempuan suaminya |
Dinasti ke-19 | Tawosret | Seti II | Kemudian menjadi firaun |
Dinasti ke-19 | Takhat | Seti II (?) | Digambarkan sebagai isteri Seti II pada sebuah patung (yang dirampas), mungkin bonda Amenmesse (?) |
Dinasti ke-20 | Tiye-Mereniset | Setnakhte | Bonda Ramesses III |
Dinasti ke-20 | Iset Ta-Hemdjert | Ramesses III | Bonda Ramesses IV dan Ramesses VI |
Dinasti ke-20 | Henutwati | Ramesses V | Permaisuri yang disebut dalam Papirus Wilbour |
Dinasti ke-20 | Nubkhesbed | Ramesses VI | Bonda Puteri Isis, yang kemudiannya, akan menjadi Isteri Dewa Amun |
Dinasti ke-20 | Baketwernel | Ramesses IX | |
Dinasti ke-20 | Tyti | Ramesses X | Mungkin isteri Ramesses X, dikebumikan di QV52 |
Dinasti ke-20 | Anuketemheb | tidak diketahui | Pemilik asal keranda dan balang kanopi yang kemudian digunakan untuk Permaisuri Takhat dalam KV10, berasal dari Dinasti ke-19 atau ke-20 |
Tempoh Perantaraan Ketiga
Dinasti | Nama | Suami | Komen |
---|---|---|---|
Dinasti ke-21 | Nodjmet | Herihor | Kemungkinan bonda Pinedjem I |
Dinasti ke-21 | Mutnedjmet | Psusennes I | |
Dinasti ke-23 | Karomama | Takelot II | Bonda Osorkon III |
Dinasti ke-25 | Khensa | Piye | |
Dinasti ke-25 | Peksater | Piye | |
Dinasti ke-25 | Takahatenamun | Taharqa | |
Dinasti ke-25 | Isetemkheb | Tanutamon |
Tempoh Akhir
Dinasti | Nama | Suami | Komen |
---|---|---|---|
Dinasti ke-26 | Mehytenweskhet | Psamtik I | Bonda Necho II |
Dinasti ke-26 | Takhuit | Psamtik II | Bonda Wahibre |
Lihat juga
- Senarai permaisuri Mesir Purba
- Senarai permaisuri dinasti Muhammad Ali, untuk permaisuri dan sultanah moden Mesir
- Isteri Dewa Amun
- Pemuja Kudus Amun
- Permaisuri interim
- Isteri Agung, untuk istilah moden bagi isteri utama poligini di Afrika
- Konspirasi dalam Mesir Purba
Rujukan
- ^ Shaw, Garry J. The Pharaoh, Life at Court and on Campaign, Thames and Hudson, 2012, p. 48, 91-94.
- ^ a b O'Connor and Cline (Editors), Amenhotep III: Perspectives on his reign, pg 6
- ^ G. Robins, A Critical examination of the Theory that the Right to the Throne in Ancient Egypt Passed through the Female Line in the Eighteenth Dynasty. GM 62: pg 67-77
- ^ O'Conner and Cline, Thutmose III: A new biography, 2006
- ^ Joann Fletcher: Egypt's Sun King – Amenhotep III (Duncan Baird Publishers, London, 2000) ISBN 1-900131-09-9, p.167
- ^ Aidan Dodson & Dyan Hilton: The Complete Royal Families of Ancient Egypt. Thames & Hudson, 2004, ISBN 0-500-05128-3, pp.25-26
- ^ L. Holden, in: Egypt's Golden Age: The Art of Living in the New Kingdom, 1558-1085 B.C., Boston 1982, S. 302f.
- ^ Tyldesley, Chronicle of the Queens of Ancient Egypt, pg 110
- ^ Schiller, L. D. (1990). The Royal Women of Buganda. The International Journal of African Historical Studies, 23(3), 455–473. https://doi.org/10.2307/219599
- ^ "The Queen Mother in the Kingdom of Kush: Status, Power and Cultic Role (PDF)". academia.edu. Dicapai pada June 13, 2023.