| Lesotho di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 | |
|---|---|
| Kod IOC | LES |
| NOC | Majlis Olimpik Kebangsaan Lesotho |
| di Tokyo, Jepun | |
| Peserta | 2 dalam 1 sukan |
| Pembawa bendera (pembukaan) | Wakil TOCOG |
| Pembawa bendera (penutupan) | Neheng Khatala |
| Pingat |
|
| Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas | |
Lesotho telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun. Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tetapi ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik COVID-19.[1] Ia merupakan penyertaan ke-12 Lesotho dalam Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1972, dengan tiada penyertaan pada Sukan Olimpik Musim Panas 1976 di Montreal disebabkan sokongan Lesotho terhadap boikot yang diadakan negara-negara Afrika.
Peserta
Hanya dua orang atlet mewakili Lesotho dalam sukan olahraga;
| Atlet | Sukan | Jantina | Acara |
|---|---|---|---|
| Khoarahlane Seutloali | Olahraga | Lelaki | Maraton |
| Neheng Khatala | Wanita |
Rujukan
- ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.








