| Laluan Persekutuan Malaysia 19 dan 5 | |
|---|---|
| Lebuh AMJ (Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin) | |
| Maklumat laluan | |
| Wujud | 2001–kini |
| Sejarah | Siap pada 2007[1] |
| Simpang utama | |
| Hujung barat laut | Bulatan Taboh Naning, Melaka |
| Hujung tenggara | Parit Bunga, Muar, Johor |
| Lokasi | |
| Destinasi utama | Simpang Ampat Tampin Alor Gajah Batu Berendam Bandaraya Melaka Umbai Merlimau |
| Sistem lebuh raya | |
| Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri | |
Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin,[1] atau lebih popular dengan panggilan Lebuh AMJ, Jalan Persekutuan 19 (sebelah Melaka) dan 5 (sebelah Johor) merupakan sebuah lebuh raya kembar yang merentasi negeri Melaka, Malaysia.
Latar belakang laluan
Secara amnya, Lebuh AMJ menganjur dari utara ke selatan, iaitu dari Simpang Ampat ke Bandaraya Melaka sebelum menghala ke timur dari Bandaraya Melaka ke Muar. Keseluruhan jajaran Lebuh AMJ di Melaka diwartakan sebagai Jalan Persekutuan 19, manakala jajaran lebuh raya tersebut di Johor pula diwartakan sebagai Jalan Persekutuan 5. Kedua-dua nombor laluan bertindih di jajaran antara Persimpangan Sungai Duyong ke Persimpangan Semabok. Sementara itu, jajaran antara Malim hingga Semabok asalnya diwartakan sebagai Jalan Persekutuan 191 tetapi kemudiannya telah dilucutkan pewartaannya pada tahun 2012 setelah keseluruhan Lebuh AMJ diwartakan sebagai FT19.
Mengikut sejarah, Kilometer Sifar bagi Jalan Persekutuan 19 asalnya terletak di persimpangan Jalan Hang Tuah-Jalan Kubu di Bandaraya Melaka. Setelah Lebuh AMJ diwartakan sebagai Jalan Persekutuan 19 pada 2012, Kilometer sifar bagi Jalan Persekutuan 19 dialihkan ke Persimpangan Jalan Lama Kesang di Kesang, Johor.[2]
Sejarah
Lebuh AMJ dibina bagi mengatasi kesesakan di sepanjang Jalan Persekutuan 19 (Melaka-Simpang Ampat) dan 5 (Melaka-Muar). Jajaran Simpang Ampat-Malim bagi lebuh raya itu dibina sebagai naik taraf kepada Laluan Persekutuan 19 sedia ada, manakala jajaran Sungai Duyong-Kesang bagi lebuh raya tersebut dibina sebagai laluan baharu.[2] Projek pembinaan bermula pada tahun 2001 dan siap pada tahun 2007 dengan kos sejumlah RM505 juta. Tiga persimpangan bertingkat telah dibina di sepanjang lebuh raya, iaitu Persimpangan Semabok, Persimpangan Al Azim dan Persimpangan Malim Jaya. Keseluruhan jajaran Lebuh AMJ dibuka kepada lalu lintas pada 29 Jun 2007.[1]
Lebuh AMJ terkenal kerana terdapat banyak lembu yang dibiarkan berkeliaran di sepanjang jajaran Sungai Duyong-Kesang tanpa sebarang pengawasan, mendedahkan risiko kemalangan terhadap pengguna jalan raya.[3] Untuk mengurangkan kemalangan yang disebabkan oleh lembu-lembu yang tidak diawasi, kerajaan negeri Melaka mencadangkan pemasangan ciri-ciri keselamatan seperti lampu jalan, pencahayaan tiang tinggi dan pagar di sepanjang jajaran tersebut, yang bakal menelan kos RM5 juta.[4]
Ciri-ciri
- Terdapat lima kawasan rehat dan rawat (RSA) di sepanjang Lebuh AMJ: dua di Sungai Rambai, satu di Paya Rumput, satu di Rembia dan satu di Melekek. Kesemua kawasan rehat tersebut diselenggara oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.[2]
Ciri utama
Lebuh AMJ dibina mengikut piawaian jalan raya JKR R5 sebagai lebuh raya kembar dengan kawalan masuk separa, membolehkan had laju maksimum 90 km/j. Lebuh raya ini turut menampilkan pusingan-U lorong laju ke lorong perlahan.[2]
Laluan bertindih
Laluan alternatif
Tiada
Jajaran dengan lorong motosikal
Tiada
Senarai persimpangan
Petunjuk:
- I/C - Persimpangan, I/S - Persilangan, RSA - Kawasan rehat dan rawat, OBR - Restoran jejantas, L/B - hentian sebelah, V/P - titik vista, TN - terowong, T/P - plaza tol, BR - jambatan
| Negeri | Daerah | km | Keluar | Nama[2] | Destinasi | Nota |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Menuju ke | ||||||
| 39 | Parit Bunga I/C | Penamatan selatan | ||||
| Parit Ismail | ||||||
| BR | Jambatan Parit Ismail | |||||
| Pusingan-U bertingkat Parit Ismail | Pusingan-U – Tanjung Agas, Bandar Maharani Bandar Diraja (Muar) town centre | |||||
| BR | Jambatan Parit Karang | |||||
| Parit Karang | ||||||
| Stesen Kuatkuasa JPJ | Menghala Muar | |||||
| BR | Jambatan Parit Kemang | |||||
| 38 | Kesang Laut I/S | Menghala Melaka | ||||
| Pusingan-U | Menghala selatan | |||||
| 37 | Kesang I/S | Penamatan utara Penamatan selatan | ||||
| BR | Jambatan Sungai Kesang | |||||
| Jasin | RSA | Sungai Rambai recreational area | Westbound | |||
| 36 | Sungai Rambai I/S | Westbound | ||||
| RSA | Sungai Rambai RSA | Eastbound | ||||
| RSA | Sungai Rambai RSA | Westbound | ||||
| 35 | Parit Putat I/S | |||||
| BR | Parit Putat bridge | |||||
| U-turn | Both bounds | |||||
| BR | Parit Sebatu bridge | |||||
| 34A 34B |
Sebatu I/S | |||||
| U-turn | Both bounds | |||||
| 33 | Batu Gajah I/S | |||||
| 32 | Merlimau (North) I/S | |||||
| U-turn | Both bounds | |||||
| 31 | Tiang Dua I/S | |||||
| U-turn | Both bounds | |||||
| Melaka Tengah | 30 | Umbai (North) I/S | ||||
| BR | Sungai Umbai bridge | |||||
| U-turn | Both bounds | |||||
| BR | Sungai Punggor bridge | |||||
| 29A 29B |
Sempang Bugis I/S | |||||
| U-turn | Both bounds | |||||
| BR | Jalan Balik Bukit overpass | |||||
| 28 | Kandang I/S | |||||
| BR | Sungai Duyong bridge | |||||
| 27 | Duyong I/S | Pertindihan dengan | ||||
| 26 | Duyong-Bukit Katil I/S | |||||
| 25 | Semabok I/C | |||||
| Taman Semabok | ||||||
| 24 | Bukit Piatu I/S | Jalan Bukit Piatu – Bukit Piatu, Bukit Baru, Bandar Hilir, Malacca City Centre, Historical Places of Malacca (UNESCO World Heritage Sites) | ||||
| 23A | Bukit Baru I/S | Jalan Bukit Baru – Bukit Baru, Malacca General Hospital |
||||
| 23 | Al-Azim I/C | |||||
| Pringgit | ||||||
| Malacca Sentral | ||||||
| 22 | Malacca Sentral I/S | Jalan Melaka Sentral – Melaka Sentral Jalan Panglima Awang – Malacca City Centre, Historical Places of Malacca (UNESCO World Heritage Sites) |
||||
| Tesco Malacca | ||||||
| BR | Sungai Melaka (Malacca River) bridge | |||||
| 21 | Bachang I/S | |||||
| 20 | Kesidang I/S | |||||
| 19 | Malim Jaya I/C | Jalan Malim Jaya – Malim Jaya | ||||
| 18 | Pokok Mangga I/S | |||||
| Taman ASEAN | ||||||
| BR | Sungai Bertam (Malim River) bridge | |||||
| Kampung Bertam | ||||||
| 17 | Pulau Gadong I/S | |||||
| 16B | Batu Berendam Industrial Area I/S | |||||
| 16A | Bukit Cheng I/S | |||||
| Kampung Cheng | ||||||
| 15 | Jalan Tangga Batu I/S | |||||
| 14 | Cheng I/S | Taman Cheng Baru, Cheng Perdana(Eden Heights), Taman Bukit Cheng | ||||
| 13 | Lebuh SPA I/C | |||||
| RSA | Paya Rumput RSA | Northbound | ||||
| BR | Sungai Paya Rumput bridge | |||||
| 12 | Paya Rumput I/S | |||||
| Kampung Solok Haji Dollah | ||||||
| Alor Gajah | 11 | Zarina Industrial Area I/S | Zarina Industrial Area | |||
| 10 | Rembia I/S | |||||
| BR | Sungai Rembia bridge | |||||
| RSA | Rembia RSA | Northbound | ||||
| 9 | Gajah Mati I/S | |||||
| 8 | Seri Pengkalan I/S | |||||
| 7 | Jelatang I/S | |||||
| 6 | Datuk Seri Mohd Zin I/S (Pengkalan I/S) |
|||||
| 5 | Paya Datuk I/S | |||||
| 4 | Melekek I/S | |||||
| Kampung Paya Datuk | ||||||
| Kampung Solok Sinda | ||||||
| 3 | Pegoh Industrial Estate I/S | Jalan Kawasan Perindustrian Pegoh – Pegoh Industrial Estate, Honda Car Assembly Plant | ||||
| Kampung Batang Melekek | ||||||
| Kampung Pereling | ||||||
| RSA | Melekek RSA | Northbound | ||||
| 2 | Simpang Ampat I/S | |||||
| L/B | Simpang Ampat Craft L/B | Northbound | ||||
| 1 | Bulatan Taboh Naning | Bulatan 3-arah | ||||
| Menuju ke | ||||||
Rujukan
- ^ a b c "Lebuh AMJ Bernilai RM505 Juta Mula Dibuka Kepada Pengguna". Bernama. 29 Jun 2007. Dicapai pada 25 Oktober 2013.
- ^ a b c d e f "Jelajah Maharani Part 3: Lebuh AMJ FT19". Blog Jalan Raya Malaysia. 25 Mac 2012. Dicapai pada 25 Oktober 2013.
- ^ Rasul Azli Samad (21 September 2012). "Biar lembu di Lebuh AMJ" (dalam bahasa Malay). Harian Metro. Dicapai pada 25 Oktober 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "RM5j diperlu naik taraf Lebuh AMJ arah Selatan". Utusan Malaysia. 8 September 2012. Dicapai pada 25 Oktober 2013.









