Di dalam bidang pengangkutan jalan raya, persimpangan bertingkat adalah sejenis simpang jalan yang mengaplikasikan prinsip pengasingan aras melalui penggunaan jejambat serta penggunaan beberapa jalan susur untuk membolehkan pemandu melintasi persimpangan tanpa melangkau aliran trafik yang lain. Pembinaan persimpangan bertingkat dapat mengurangkan kejadian kemalangan jalan raya yang mudah berlaku di simpang jalan konvensional memandangkan pemandu terpaksa melangkau aliran trafik bertentangan untuk memasuki sesuatu simpang.Persimpangan bertingkat juga dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas seperti di Kuala Lumpur, Malaysia dan Amerika Syarikat dan juga di beberapa tempat di negara-negara tertentu.
Persimpangan bertingkat sering digunakan di lebuh raya serta sesetengah jalan raya yang sibuk di bandar raya besar.
Jenis persimpangan bertingkat
Menghubungkan 2 lebuh raya
- Persimpangan bunga cengkih, contohnya di Persimpangan Skudai di Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan Lebuhraya Utara Selatan, Johor Bahru.
- Persimpangan bertenggek, contohnya di Persimpangan Bukit Kiara di Lebuhraya Sprint Lebuhraya Sprint.
- Persimpangan halaan T (directional-T) seperti di Persimpangan Jalan Duta di Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara Lebuhraya Baru Lembah Klang, Kuala Lumpur.
- Persimpangan bulatan bertingkat seperti Bulatan Kampung Pandan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
- Persimpangan trompet seperti di Persimpangan Shah Alam di Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara Lebuhraya Baru Lembah Klang.
Menghubungkan lebuh raya dan jalan perbandaran
- Persimpangan berlian
- Persimpangan bunga cengkih
- Persimpangan parclo (separa bunga cengkih)
- Persimpangan perbandaran titik tunggal (SPUI)
-
Persimpangan bunga cengkih
-
Persimpangan bertenggek
-
Persimpangan trompet
-
Persimpangan berlian
-
Persimpangan parclo
-
Persimpangan SPUI
Lihat juga
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Persimpangan bertingkat |