Hasnul bin Baharuddin | |
|---|---|
| Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor | |
| Dalam jawatan 13 Julai 2020 – 23 Jun 2023 | |
| Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Ahli Dewan Negeri Selangor bagi Morib | |
| Dalam jawatan 21 Jun 2013 – 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 2,117 (PRU-14) 766 (PRU-13) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 9 Oktober 1967 Kajang, Selangor |
| Parti politik | |
| Pasangan | Nazratul Hasanah bt Sedali |
| Pendidikan | Sarjana Muda Sains Farmasi Dengan Kepujian (USM) |
| Pekerjaan | Ahli Politik dan Ahli Farmasi (Latar Belakang Pendidikan) |
Yang Berbahagia Tuan Hasnul bin Baharuddin (lahir 9 Oktober 1967) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) bagi DUN Morib selama dua penggal dari 2013-2018 dan 2018-2023. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor pada 2020[1] hingga 2023[2].
Politik
Pada pilihan raya 2013, beliau bertanding di bawah tiket Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan menang. Bagaimanapun, beliau telah keluar parti tersebut dan menyertai penubuhan AMANAH pada 2015[3]. Beliau telah mengekalkan kemenangan atas tiket AMANAH pada pilihan raya 2018[4], namun tewas pada pilihan raya 2023[5].
Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor pada 13 Julai 2020[1] menggantikan Daroyah Alwi yang meletak jawatan pada 16 Jun 2020. Beliau berkhidmat sehingga DUN dibubarkan pada 23 Jun 2023[2].
Keputusan pilihanraya
| Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Per | Lawan | Parti | Undi | Per | Jumlah undi | Majoriti | Turun mengundi % |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2004 | N53 Morib | Hasnul Baharuddin | PAS | 5,361 | 29.98% | Hasiman Sidom | BN (UMNO) | 12,523 | 70.02% | 17,884 | 7,162 | 75.86% |
| 2013 | Hasnul Baharuddin | 15,016 | 51.31% | Hasiman Sidom | BN (UMNO) | 14,250 | 48.69% | 29,746 | 766 | 88.80% | ||
| 2018 | Hasnul Baharuddin | PH (AMANAH) | 11,000 | 40.43% | Rozana Kamarulzaman | BN (UMNO) | 8,883 | 32.64% | 27,650 | 2,117 | 86.60% | |
| Mohammad Sallehuddin Hafiz | PAS | 7,328 | 26.93% | |||||||||
| 2023 | Hasnul Baharuddin | 15,093 | 44.35% | Rosnizan Ahmad | PN (BERSATU) | 18,936 | 55.65% | 34,029 | 3,843 | 78.14% |
Rujukan
- ^ a b "ADUN Morib dilantik Timbalan Speaker DUN Selangor yang baharu". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-09-20.
- ^ a b BERNAMA (2023-06-23). "Dun Selangor bubar secara rasmi hari ini". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-20.
- ^ "PAS 'Hilang' 10 Wakil Rakyat - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2015-08-31. Dicapai pada 2023-09-20.
- ^ Khalid, Mohammad Khairil Ashraf Mohd (2023-07-20). "'Cukuplah dua penggal Hasnul jadi Adun Morib, bagi peluang muka baru'". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-20.
- ^ Amin, Nur Aishah Mohd (2023-07-23). "AMANAH Selangor tampil enam muka baharu, Izham kekal kerusi Pandan Indah". Selangorkini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-20.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.









