Michelle Ng | |
|---|---|
黄美诗 | |
| Setiausaha Politik kepada Menteri Digital | |
| Menyandang jawatan 6 Jun 2025 | |
| Raja | Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Menteri | Gobind Singh Deo |
| Didahului oleh | Suresh Singh |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Subang Jaya | |
| Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Hannah Yeoh (PR–DAP) |
| Majoriti | 48,272 (2018) 51,191 (2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Michelle Ng Mei Sze 7 April 1990 |
| Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
| Tempat belajar | London School of Economics |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Peguam |
| Laman web | www |
Michelle Ng Mei Sze (Cina ringkas: 黄美诗; Cina tradisional: 黃美詩; pinyin: Huáng Měishī; Pe̍h-ōe-jī: N̂g Bí-si; lahir 7 April 1990) ialah seorang rakyat Malaysia yang bergiat aktif dalam bidang politik. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Subang Jaya sejak Mei 2018. Beliau juga telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Digital,[1] YB Gobind Singh Deo. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), iaitu sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa DAP Selangor dan Setiausaha Biro Perundangan DAP.[2]
Kehidupan awal
Michelle menyelesaikan pengajian Sarjana Muda Undang-undang (LL.B.) di London School of Economics melalui tajaan biasiswa Maxis. Beliau turut diterima masuk sebagai seorang peguambela dan peguamcara di Inner Temple. Sebelum itu, Michelle menamatkan pengajian peringkat A-level di Universiti HELP menerusi Anugerah Biasiswa Pelajar Cemerlang. Pendidikan menengah dan rendahnya pula diperoleh dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Petaling Jaya dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yoke Nam.[3]
Kerjaya awal
Michelle Ng merupakan seorang peguam. Beliau pernah berkhidmat sebagai peguam litigasi dengan minat khusus dalam bidang perlembagaan, hak asasi manusia dan litigasi berkepentingan awam. Beliau pernah menjadi peguam bersekutu di firma guaman Sreenevasan Young sebelum menyertai firma guaman Gobind Singh Deo & Co, iaitu firma milik bekas Menteri dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.
Kerjaya politik
Dewan Undangan Negeri Selangor
Pilihan Raya
2018
Pada tahun 2018, Michelle Ng telah dicalonkan buat kali pertama oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kerusi Subang Jaya sempena Pilihan Raya Umum ke-14. Beliau memenangi kerusi tersebut dengan meraih 88.3% undi keseluruhan dan majoriti sebanyak 48,272 undi, menjadikannya salah seorang wakil rakyat termuda yang dipilih ke dalam Dewan Undangan Negeri Selangor pada usia 28 tahun.[4]
2023
Michelle telah dipilih semula dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023 dengan meraih 81.03% undi dan majoriti sebanyak 51,191 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang Zayd Shaukat daripada MUDA dan Gana Pragasam Sebastian daripada Perikatan Nasional.[5]
Tempoh perkhidmatan
Setelah melobi secara intensif untuk penambahbaikan dalam pengurusan air,[6][7][8] Jawatankuasa Pilihan Khas Sumber Air Selangor telah diwujudkan semula dalam persidangan Dewan Negeri Selangor pada Mac 2020, di mana Michelle telah dilantik sebagai Pengerusi.[9] Beliau juga merupakan Setiausaha Publisiti Wanita DAP bagi Jawatankuasa Negeri Selangor.[10]
Michelle giat melobi pembaharuan dalam sektor air yang dapat meningkatkan pengawasan terhadap sumber air di Selangor.[11] Beliau juga berjaya melobi kerajaan negeri untuk menambah baik akses kepada sistem keadilan jenayah melalui penubuhan Dana Bantuan Guaman Selangor.[12][13] Selain itu, Michelle turut menunjukkan minat yang mendalam terhadap akses penjagaan kesihatan mental, termasuk melobi agar rawatan kesihatan mental lebih disubsidi dan mendesak usaha ke arah penyahjenayahan percubaan bunuh diri.[14][15][16] Beliau juga memainkan peranan penting dalam membawa semula penggunaan van mini ke dalam sistem pengangkutan awam dengan melaksanakan perkhidmatan van tempahan atas permintaan di Subang Jaya melalui platform Kumpool.[17]
Kehidupan peribadi
Michelle berkahwin dengan Tan Cheng Leong. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 21 April 2022.[18]
Pada 3 Jun 2023, Michelle melancarkan buku pertamanya bertajuk "Beneath Calm Waters", yang mengisahkan perjuangannya mencari tapak untuk membawa perubahan sebagai wakil rakyat kerajaan negeri dari barisan belakang.ref>Zainah (2023-06-04). "ADN Subang Jaya tulis buku kumpul dana PRN". SelangorTV (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-18.</ref> Dalam buku ini, beliau menyampaikan secara jujur dan terbuka suka duka dalam usahanya mendorong pembaharuan sistemik, yang kebanyakannya diilhamkan oleh isu-isu yang diketengahkannya melalui kerja kemasyarakatan.
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | N31 Subang Jaya | Michelle Ng Mei Sze (DAP) | 55,354 | 88.33% | Chong Ah Watt (MCA) | 7,082 | 11.30% | 62,664 | 48,272 | 85.56% | ||
| Toh Sin Wah (BEBAS) | 228 | 0.36% | ||||||||||
| 2023 | Michelle Ng Mei Sze (DAP) | 60,364 | 81.03% | Gana Pragasam Sebastian (BERSATU) | 9,173 | 12.31% | 74,493 | 51,191 | 66.53% | |||
| Zayd Shaukat (MUDA) | 4,749 | 6.38% | ||||||||||
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Directory | Ministry of Digital". digital.gov.my (dalam bahasa Inggeris). 2025-02-20. Dicapai pada 2025-06-25.
- ^ "[UPDATED]: Gobind out of Selangor DAP 2024-2027 term committee list" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-02-01.
- ^ "Michelle Ng: Profile". Dicapai pada 9 Mei 2018.
- ^ "10 young new politicos in GE14 looking to serve their communities". The Star. Star Publications. 7 Mei 2018. Dicapai pada 8 Julai 2018.
- ^ "PH catat majoriti tertinggi lebih 30,000". Sinar Harian. 2023-08-13. Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ "Water supply to be restored in stages – Air Selangor". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 29 September 2019. Dicapai pada 10 Ogos 2020.
- ^ "'Instal sensors to check water quality in three rivers' | The Star". www.thestar.com.my. Dicapai pada 10 Ogos 2020.
- ^ "One cut too many | The Star". www.thestar.com.my. Dicapai pada 10 Ogos 2020.
- ^ "Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Negeri Selangor (JPK-SAS)". Dewan Negeri Selangor (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Ogos 2020.
- ^ Roketkini (22 Mac 2019). "Wanita DAP Selangor ucap takziah pada keluarga mangsa serangan masjid di NZ". roketkini.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Ogos 2020.
- ^ "Penyata jawatankuasa pilihan khas pengurusan sumber air selangor bagi dewan negeri selangor berhubung pencemaran sumber air sehingga menyebabkan henti tugas tidak berjadual loji-loji rawatan air dan pembekalan air semasa kecemasan" [Statement by the Selangor Water Resources Management Special Select Committee to the Selangor State Assembly regarding the pollution of water resources resulting in unscheduled shutdowns of water treatment plants and water supply during emergencies] (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-09-19.
- ^ Amin, Nur Aishah Mohd (2020-07-14). "Kerajaan Negeri dicadang peruntuk dana bantuan guaman". Selangorkini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ Alhadjri, Alyaa (2022-07-24). "Selangor sediakan RM1 juta untuk Dana Bantuan Guaman". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ "PROGRAM SUBSIDI KESIHATAN MENTAL – Dewan Negeri Selangor" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ ZAINURY, MOHD AZLIM (2022-11-30). "Selangor tawar subsidi rawatan psikiatri". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ "Repeal Section 309 Penal Code, Decriminalise Attempted Suicide — Dr Kelvin Yii, Michelle Ng & Lim Yi Wei". CodeBlue. Dicapai pada 25 Ogos 2023.
- ^ "App-based shuttle service a boon to Subang Jaya folk". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ "Facebook". z-upload.facebook.com. Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.








