Mohd Kamri Kamaruddin | |
---|---|
محمّد قمري قمرالدين | |
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor | |
Menyandang jawatan 19 September 2023 | |
Raja | Sultan Sharafuddin Idris Shah |
Menteri Besar | Amirudin Shari |
Yang di-Pertua | Lau Weng San |
Didahului oleh | Hasnul Baharuddin |
Kawasan pilihan raya | Bukit Antarabangsa |
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Bukit Antarabangsa | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Azmin Ali (PH–PKR) |
Majoriti | 16,280 (2023) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd Kamri bin Kamaruddin |
Kerakyatan | ![]() |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
Tempat belajar | Universiti Teknologi Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Mohd Kamri bin Kamaruddin merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor sejak September 2023 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Bukit Antarabangsa sejak Ogos 2023. Beliau ialah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).
Kerjaya politik
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor (sejak 2023)
Pada 19 September 2023, Mohd Kamri daripada Pakatan Harapan (PH) telah dicalonkan oleh Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri dan disokong oleh ADUN Teratai, Yew Jia Haur sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor. Beliau telah dipilih ke jawatan tersebut dengan memperoleh 34 undi, menewaskan lawannya iaitu ADUN Sungai Ramal, Mohd Shafie Ngah daripada Perikatan Nasional (PN), yang dicalonkan oleh ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi dan disokong oleh ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham dengan 22 undi.[1]
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)
Pilihan raya negeri Selangor 2023
Dalam pilihan raya negeri Selangor 2023, Mohd Kamri membuat penampilan sulung dalam pilihan raya apabila beliau dicalonkan oleh PH untuk bertanding di kerusi negeri Bukit Antarabangsa. Beliau memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai ADUN Bukit Antarabangsa bagi penggal pertama selepas menewaskan Sasha Lyna Abdul Latif daripada PN dan Melanie Ting Yi-Hlin daripada Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dengan majoriti 16,280 undi.[2]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N19 Bukit Antarabangsa | Mohd Kamri Kamaruddin (PKR) | 30,772 | 65.86% | Sasha Lyna Abdul Latif (BERSATU) | 14,492 | 31.01% | 46,726 | 16,280 | 67.23% | ||
Melanie Ting Yi-Hlin (MUDA) | 1,462 | 3.13% |
Rujukan
- ^ "Ex-Banting assemblyman Lau Weng San appointed Selangor speaker". New Straits Times. 19 September 2023. Dicapai pada 28 September 2023.
- ^ "Selangor polls: Official Results". New Straits Times. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 28 September 2023.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.