Curtiss R3C | |
---|---|
Curtiss R3C-2 | |
Peranan | Pesawat lumba |
Pengeluar | Curtiss Aeroplane and Motor Company |
Penerbangan pertama | 18 September 1925 |
Pengenalan | 1925 |
Syarikat penerbangan utama | Tentera Laut Amerika Syarikat Tentera Amerika Syarikat |
Jumlah dibina | 3 |
Dibangunkan dari | Curtiss R2C |
Curtiss R3C ialah pesawat lumba Amerika yang dibina dalam bentuk pesawat darat dan pesawat terapung. Ia merupakan pesawat sayap berkembar (biplane) satu tempat duduk yang dibina oleh Curtiss Airplane and Motor Company .
R3C-1 [1] ialah versi pesawat darat dan Cyrus Bettis memenangi Perlumbaan Piala Pulitzer dalam satu pertandingan pada 12 Oktober 1925 dengan rekod kelajuan 248.9 mph (406.5 km/j).
R3C-2 pula ialah pesawat laut apungan berkembar yang dibina untuk perlumbaan Trofi Schneider yang diadakan di Teluk Chesapeake,Baltimore, Maryland pada tahun 1925. Juruterbang Jimmy Doolittle menerbangkan Curtiss R3C-2 dengan kelajuan 232.57 mph (374.274 km/j) telah memenangi trofi . Dua buah lagi R3C-2, dipandu oleh George Cuddihy dan Ralph Oftsie tidak sampai ke garisan penamat. Pada keesokannya Doolittle memandu pesawat yang sama pada laluan lurus, mencatatkan rekod dunia baharu dengan kelajuan 245.7 mph (395.4 km/j), . Bagi Pertandingan Trofi Schneider yang seterusnya pada 13 November 1926, enjin R3C-2 telah dipertingkatkan lagi dan juruterbang Christian Franck Schilt mendapat tempat kedua dengan kelajuan 231.364 mph (372.34 km/j).
Operator
- Tentera Laut Amerika Syarikat - dua buah pesawat contoh
- Perkhidmatan Tentera Udara Amerika Syarikat - sebuah pesawat contoh
Pesawat terpelihara
R3C-2 yang dipandu Jimmy Doolitle untuk memenangi perlumbaan Trofi Schneider 1925 dipelihara di Pusat Steven F. Udvar-Hazy Muzium Udara dan Angkasa Negara , di Lapangan Terbang Washington Dulles, Virginia . Ia masih memakai nombor perlumbaan '3' 1925.
Spesifikasi (R3C-2)
Data dari Curtiss Aircraft 1907–1947[2]
Ciri-ciri umum
- Krew: 1
- Panjang: 22 ka 0 in (6.71 m)
- Rentang sayap: 22 ka 0 in (6.71 m)
- Tinggi: 10 ka 4 in (3.15 m)
- Luas sayap: 144 ka2 (13.4 m2)
- Airfoil: Curtiss C-80[3]
- Berat kosong: 2,135 lb (968 kg)
- Berat kasar: 2,738 lb (1,242 kg)
- Janakuasa: 1 × Curtiss V-1400 V-12 water-cooled piston engine, 565 hp (421 kW)
- Bebaling: 2-bilah fixed-pitch propeller
Prestasi
- Halaju maksimum: 245 mph (394 km/j, 213 kn)
- Jarak: 290 bt (470 km, 250 nmi) at full throttle
Lihat juga
Dalam kebudayaan
Curtiss R3C muncul dalam filem animasi Porco Rosso arahan Hayao Miyazaki yang memaparkan penerbangan perang yang romantis. Curtiss R3C diterbangkan oleh juruterbang sendiri bernama Curtis. Dialognya juga merujuk kepada Piala Schneider 1925.
Rujukan
- ^ Also given the "paper" designation F3C as fighters in the US Navy designation system: Swanborough and Bowers 1976, p.127.
- ^ Bowers, Peter M. (1979). Curtiss aircraft, 1907-1947. London: Putnam. m/s. 233–239. ISBN 0370100298.
- ^ Lednicer, David. "The Incomplete Guide to Airfoil Usage". m-selig.ae.illinois.edu. Dicapai pada 16 April 2019.
Pautan luar
- Halaman Curtiss R3C
- gambar rekaan komputer (dan foto) di www.hydroretro.net
- foto R3C-2 di Muzium Udara dan Angkasa Negara Smithsonian