Damansara Aliff atau Bandar Damansara Aliff merupakan sebuah kawasan perumahan yang terletak di kawasan Tampoi, Johor Bahru, Johor, Malaysia.[1] Pemaju kawasan tersebut terdiri daripada Johor Land Berhad [2]. Damansara Aliff juga terdiri daripada perumahan jenis banglo, teres dan pangsapuri serta pusat komersial yang hampir sama fungsi seperti di Mutiara Damansara yang di lengkapi kemudahan infrastruktur maju dan moden di negeri Selangor. Tetapi ia tidak boleh di bandingkan kerana negeri itu adalah asal usul kewujudan bandar Damansara yang di lengkapi kemudahan maju seperti jaringan lebuhraya yang moden dan efisyen, sistem pengangkutan MRT dan LRT. Selain itu, terdapat pusat beli belah bersebelahan dan berdekatan perumahan sehinggakan Singapura turut mencontohi seperti di Tampines. Manakala di Damansara Aliff terdapat beberapa kemudahan seperti perumahan kedai, kawasan komersial dan sekolah bagi penduduk di sekitar kawasan tersebut. Bandar ini terletak berhampiran dengan Lebuhraya Pasir Gudang.
Rujukan
- ^ Taman Damansara Aliff residents commended for neighbourliness
- ^ "Hartanah di Damansara Aliff". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-06. Dicapai pada 2014-11-05.